click this to be awesome person

Monday, 13 October 2014

Muhammad Darwisy Outing With Ibu + Bonda @ Paradigm Mall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kebiasaan hujung minggu Iza memang dok rumah je
jadi suri rumah sepenuh masa.
Maklumlah hari biasa kerja balik kerja pun sampai rumah
dah hampir maghrib kan?
Jadi hujung minggu je la waktu nak rest
tapi rest disertai dengan tugas2 mendobi, melipat kain baju,
mengemas rumah dan seangkatan dengannya.

My BFF Cik Puan Hajar Fil'alam tu ada text
ajak temankan die ke KL nak tengok persembahan Tattoo tapi last minute
tukar plan sebab faktor kemalasan nak bersesak dengan orang 
ramai dengan cuaca yang x menentu.
Baiklah kite ke Mall yang berhawa dingin
memandangkan bawak Muhammad Darwisy kan.
Kena fikir lah faktor2 cuaca dan keselesaan.

Hajar nak ke #Kaison sebenarnya, die tanya Iza
mana yang terdekat selain KL Festival City.
Of course lah Iza jawab Paradigm Mall, Kelana Jaya.
Maka ke sana lah kami bertiga tuju.



Sesampainya di Paradigm Mall macam biasa kite
window shopping dulu cuci mata.
Masuk H&M kejap, sambil belek2 apa yang patut.
Hajar yang byk membelek.
Iza ngan Darwisy just mingle around sambil 
ber-selfie dekat cermin besar.
Tu dia muka budak mengantuk tahan mata 
dari tidur. Tu masam mencuka tu.
Oh, muka ibu begitu bujur pulak sebab shawl
terlebih muncung di atas. Hiks.
Natural look, no make up applied.
Ni namanya naked-face konon.T_T



Apa lah agaknya yang bermain di fikiran 
dak kenit ni ek? Macam x puas hati je pandang ibu
tengah selfie tu. Esok kalau dah pandai cakap
ntah apa agaknya statement yang keluar dari mulut die ye.
Ngeri pulak ibu nak bayangkan, sebab kata budak2 kan jujur.


Satu lagi habit terkini selain mengamuk serba tak kena
suka jelir lidah. Suka nau jelir lidah.
Nak2 kalau orang panggil nama die berkali2.
Lagi die jelir kan lidah die tu.
OOTD : Kemeja-T (Baby Poney), Seluar + Kasut (Mother Care)
TQ to Bonda Hajar sebab banyak 
bagi baju + etc kat Muhammad Darwisy.
Kecik2 lagi dah pandai melaram ye.


Masuk #Kaison je Hajar dah mula menjalankan misi nya.
Iza ngan Darwisy pun cuci2 mata.
Then ternampak spek mata ni comel sungguh.
Cuba pakaikan kat Darwisy and look so adorable.
Terus ibu grab untuk Darwisy.
Banyak sgt choice tapi yang Mickey ni tinggal
satu je pun. Yang lain ibu x berkenan dan kurang
bersesuaian dengan Darwisy sbb boy.
Takkan nak belikan Hello Kitty pulak ek.
Range of price between RM2.90 - RM3.90 if not mistaken.


Ni muka dah kebosanan sangat ni.
Tunggu masa die nak mengamuk je.
Tengok sampai ibu tanggalkan harness tu sebelum
Muhammad Darwisy mengamuk.
Ni kalau sepanjang masa tak pasang harness silap hari bulan
ibu tolak stroller kosong je sebab Darwisy tercicir.
Bukan main lasak lagi die.
Dalam stroller boleh buat macam2 aksi.
Kuak lentang, kuak kupu2 lah. Haishhh.
Iza x brp ada pengalaman sgt anak mengamuk dekat 
public so agak risau di situ.
Kalau mengamuk kat rumah selalu n biasa handle.
Syukur setakat ni Darwisy belum pandai mengamuk
teruk klu outing. Paling kuat pun die merengek.
Kalau mengamuk tahap teruk tu dukung pun xnak senyap.

Lepas ke #Kaison terus ke #Daiso pulak.
Satu yang Iza suka ke Paradigm Mall ni sebab ada 
dua kedai yang Iza admirer sgt iaitu #Kaison + #Daiso.
Level yang sama bezanya wing yang berlainan.
Dah puas dan penat berjalan mula lah perut rasa lapar.
Tapi Iza x brp suka makan dalam Mall ni.
Takde makanan yang kena ngan tekak sangat.



Dah penat berjalan dah lastly Hajar suggest makan kat
Chilis je la. Iza kalau Chilis ke, Nandos ke, TGI Friday je 
memang bukan kegemaran lah ye.
Sebab Iza ni tekak melayu, mesti nak NASI.
Ye, NASI okey.
Iza prefer macam Teppanyaki, Ayam Penyet,
Chicken Rice Shop dan seangkatan dengannya.
Kalau g Secret Recipe pun Iza order menu yang ada nasi.
Tapi ni sebab Hajar dah lapar bebenar ikutkan aje.
Oh ye, Muhammad Darwisy tido dengan begitu lena
selepas keluar dari #Daiso.


Sebelum makanan yang diorder sampai
kite self-us dulu.
Amek ko muka besar pinggan.
Sian Darwisy stroller sampai kena masuk bawah meja
sebab nak bagi laluan orang lalu lalang.
Dah sapa suruh duduk dekat ngan main entrance.
Nasib lah ye.


Disebabkan Iza x brp biasa makan kat Chilic ni
so order Fish and Chips je la.
Nak order yang pelik2 takut kang xboleh terima tekak
sudahnya membazir.
Pernah makan kat TGI Friday, order apa ntah.
Sudahnya my yayang yang abiskan. T_T my bad tekak orang melayu sgt.


Hajar portion.
Besar gila burger die wei.
Rabak mulut nak makan sekali hadap.
Ketebalan dagingnya pun boleh tahan tebal.
Kentang tu macam x brp nak garing.
Iza suka yang garing sket.
Huhu. Banyak songeh.



Dah nak balik lalu kat main entrance/exit ni nampak teddy bear
besar Dinosaur ni hah self-us lagik.
Sian xde gambar Darwisy. Sebab tido.


Sampai rumah pun dah malam,
Hajar drop kejap xsinggah pun.
Terus bukak baju dak kenit ni
lap2 badan die ngan air suam.
Pastu salin baju tido.
Ingat die nak tido rupanya tidak ye.
Nak main. Nasiblah ibu berjaga sampai ke malam.
Kang tengah die dok main bergolek jap ada benda
tak kena nangis.
Kang x dapat capai mainan yang die nak nangis.
Geget kang. Haishh. Darwisy dah boleh 
duduk skrg tapi tak berapa tegap dan stabil.
Die stand dengan tangan die.


Alamak, hidung penyek sebelah pulak.
Dak encem ibu ni.
Minggu ni awak dah nak masuk 8 bulan kan?
Kejap je masa berlalu.
Siyes ibu rindu awak masa awak baby dulu.
Masa awak baru lahir dulu,
masa awak x pandai apa2,
masa awak BF ngan ibu dlu.
Ibu rasa tenang sangat syg.
Moga jadi anak yang taat pada Allah dan Rasul hendaknya.


Pagi esoknya breakfast Fish & Chips ye.
Sebab pack semalam kat Chilis.
Tak habis portion banyak sgt.
Dari membazir baiklah bawak balik rumah.
Panaskan terus jadi sedap.
Oh, minggu ni Iza ada interview Penguasa Kastam.
Wish me bset of luck ye semua.
Minggu ni juga Anniversary Iza n my yayang.
Moga semuanya bertambah baik dan dipermudahkan Allah hendaknya.
Amin, ya rabb.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. peminat tegar nasi la ni eh..nasib baik x terserempak...weekend lepas pun g paradigm gak...singgah kaison gak...huhu..xde jodoh agaknya nak jumpa..anyway, muka sangat flawless u...i loike!

    ReplyDelete
  2. > Dear O'gosh
    yeke? u g kul brp? i smpi petang dlm kul 4 cmtu. flawless? hahaha.bantai gelak dlu. dull ada lah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails