click this to be awesome person

Thursday, 30 October 2014

[Info] Hippopo Baby Spa & Wellness

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Memang dah lama hajat di hati teringin nak bawak
Muhammad Darwisy g Hippopo Baby Spa & Wellness
tetapi ada je hal tak dapat pegi. Cuti umum
Hari Deepavali hari tu nak bawak pegi swimming
kat Putrajaya pun tertunda sebab abah balik keje lambat.
Tak seronok lah kalau pegi berdua ngan ibu je
nanti takde org nak snap gambar ibu ngan Darwisy.
Adat zaman skrg, anak punya aktiviti ibu yang
over-excited.

So sambil google tadi sambil cari 
website HBSW ni hah.
Nak tengok branch mana yang paling dekat
ngan rumah sebab senang nak plan kan.
Kalau jauh sgt nanti mcm2 alasan abah Darwisy bagi.

So sambil2 tu Iza terlebih rajin printscreen
gambar2 di website tersebut untuk rujukan semua.
Kalau nak ke website diorang leh terus klik link kat bawah ni




Tak pegi lagi ibu dah teruja.
Tak sabar nak tengok keletah Darwisy nanti.
Why HBSW?

Longer sleep and relaxation;
Improved baby's health and growth; and
Reduce crying and emotional stress.

Sgt lah sesuai buat dak kenit tu skrg
sebab tengah tak selesa tumbuh gigi.
Asyik meragam je, nangis tak kira masa.
Ibu letak kang merengek, ibu bangun merengek.
Bagi lah die relax kat sini.




Konsep kat HBSW ni ada massage dan 
swimming. Yang penting staff di sana terlatih.
Ibu2 pun boleh belajar sama masa sesi urutan
tersebut. So boleh praktik kat rumah kan?


Aiyoooo, debabnya gambar baby ni
sampai tenggelam separuh muka dalam
pelampung leher. Siap ada duck atas kepala.
Kalau korang rajin leh search video baby2 yang
dah ke HBSW ni semua comel2.

Antara produk yang digunakan oleh HBSW.
Yang bestnya from head to toe.
Untuk yang allergy atau eczema pun ada.






Ni antara pakej2 yang ada.
Kalau korang mampu leh amek pakej lah sebab lagi berbaloi.
Boleh lah pegi bila2 sebab dah beli by pakej kan.




Kalau macam Iza pegi single session pun dah okey dah.
Just nak bagi pengalaman kat Darwisy merasai dan belajar
benda baru kan? Tapi ni kalau dok explain kat abah die
mesti jawapan abah die

"tak yah lah nak Spa bagai, 
campak kat sungai kat kampung je pandai 
la nanti die belajar berenang"

Eh. Eh. Tak boleh sebab skrg ni banyak kes kencing tikus.
So kebarangkalian sungai2 tercemar tu tinggi.
Baiklah elakkan. Yang terbaru Iza dgr
kolam mandi untuk budak2 kat Dataran Gemilang, Putrajaya
tu pun dah suspek dijangkiti kencing tikus.
So as parent's kena sgt alert perkara macam ni.
Mencegah lebih baik dari mengubati.




Kalau korang pegi FB HBSW ni
diorang tengah buat Anniversary Promo dari 8/10/14 - 8/11/14.
Yang bestnya korang bayar RM86 untuk baby korang,
then tambah RM1 untuk baby kawan korang ke 
atau kalau korang ada anak lebih dari sorang
yang usianya 0-36 bulan sgt berbaloi la.
Contoh bayar RM86 untuk si adik usia 5 bulan,
bayar RM1 pulak untuk si abang umur 24 bulan.
Total korang bayar adalah RM87.

Kalau anak kawan korang divide dua lah.
So korang dan kawan korang masing2 hanya perlu bayar
RM43.50. Hah, best kan?
Kena cepat sebelum 8/11/14.
Iza nak jugak bawak Darwisy sementara promo ni.
If tak sempat pegi yang single session pun okey.
Keje mcm my yayang susah nak plan sgt. Redha aje.
Kalau bawak si Qasrina adik si kembar pun okey.
Leh share ngan Along Iza. Hihi.


Antara branch yang ada setakat ni kat,

Centrepoint, Bandar Utama
Setia Walk Mall, Puchong (ni paling dekat ngan Salak Tinggi),
Great Eastern Mall, KL,
Quensbay Mall, Pulau Pinang
dan Opening Soon kat Tesco Desa Tebrau, Johor.

Ni bukan nak mengajar anak erti bermewah ke apa,
tapi jika mampu apa salahnya kan?
At least esok die dah besar adalah kenangan
video / gambar yang dapat diabadikan bersama.
Iza memang kalau boleh nak ajar Darwisy
supaya pandai berenang, memanah dan menunggang kuda.

At least pandai salah satu dari kemahiran yang tiga 
serangkai tu jadi lah.
Macam Iza semua tak pandai.
Berenang pun tak pandai.
Takut air lagi adalah.
My yayang pandai berenang. Harap boleh
lah Darwisy ikut jejak langkah abahnya.
Sekian. Nanti kalau Iza pegi Iza
update dalam blog. Nak berangan sat sambil
siapkan keje yang ada sebab nak kena amek Darwisy awal
pengasuh ada hal.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails