click this to be awesome person

Friday, 31 October 2014

Darwisy Ikut Ibu Ke Pejabat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Malam tadi pengasuh Darwisy msg cakap 
x dapat nak mengasuh Darwisy dan kawan2 hari ni
sebabnya anak die demam panas.
Makanya malam tadi ibu kelam kabut
siapkan beg Darwisy dan baju untuk pakai pagi ni.
Yelah selalu bangun pagi siap badan,
pastu salin pampers Darwisy je.
Tapi kalau nak bawak g opis kena lah bagi mandi air suam.
Takut nnt die tak selesa plak.
Pagi tadi Darwisy bangun kul 6.00 pagi.
Tersedar sebab bunyi alarm agaknya.

Kalau g opis ibu kena pakaikan baju tebal2 sket
sebab air cond kat opis ibu sgt sejuk.
Kalah dok Cameron / Genting Highland.


Dah nak sampai opis ibu pagi tadi die tido.
So ibu angkat masuk stroller.
Ibu on PC sume tengok die celik mata besar macam ni.
Hihi. Macam tahu2 je dah sampai ye.
Siap ada officer tanya,
ni girl ke boy?
Hahaha. Nampak macam mak aji kan? ^_^


Sibuk main mainan die.
Bertahan sekejap je.
Lepas tu cuba mencari akal nak mintak org dukung.


Jari tengah jugak yang die suka guna.
Alahai anak. 


Buat sepah atas meja ibu pulak.
Dah bosan dok dalam stroller.
Maklumlah dah besar.



Kita main tekan2 key board ni best jugak.
Ligat bukan main.
Masih menggunakan jari tengah.


video

Tengok jela video ni hah. 
Tengah nak melasak kan.
Bagi jelah, asal jangan main benda berbahaya sudah.


Dah penat bermain tido juga akhirnya.
Sejuk sgt agaknya tu lena tido kot.



Dah bangun main pulak ngan atok ni hah.
Suka lah die ramai orang melayan.
Kalau kat rumah menghadap ibu je kan?
Ramai ckp ibu Darwisy ni garang.
Hahaha. 

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails