click this to be awesome person

Wednesday, 29 October 2014

Balik Kampung Ipoh + Kenduri Kesyukuran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entry kali ini malas nak taip panjang sgt.
Sebab gambar pun dah banyak kan?
Layan gambar jela.
Mood ke laut sikit sebab memikirkan masalah
pengasuh Muhammad Darwisy.
Dalam dilema dengan macam2 idea dan pendapat.
Jumaat lepas Iza terpaksa EL 
(baru nak kumpul cuti masuk GCR) 
x dapat lah nampaknya sebab Muhammad Darwisy
demam maklumlah budak baru tumbuh gigi 
memang biasa demam kan?



Jumaat tu gerak balik Ipoh sebabnya kalau balik petang
mesti sangkut jammed kat hiway.
So balik la awal sket.
Sepanjang dalam kereta 
Darwisy ni moody je. X ceria sgt lah.
Ibu ajak main pun dia diam aje.
Demam lah katakan.
Berhenti kat R&R, abah ajak main pun die buat
x kisah je. Kalau tak die lah yang tersengih2.


Tengok ibu je yang beriya sengih nampak gigi,
Darwisy senyum sikit sgt nak amek
hati ibu lah tu. Terpaksa blur kan bahagian
lengan tangan sebab seksi plak terselak sampai 
ke atas.


Disebabkan hujan abah pun x cukup tido,
maka ibu take over drive dari Ladang Bikam ke Ipoh.
Asyik menguap je abah menyebabkan ibu risau.
Ni tak sure nape die sengih sampai nampak gigi
baru tumbuh tu. Ada lah yang menggelikan hati arjuna ibu ni.
Sampai Ipoh petang jugak lah sebab kereta banyak,
hujan lebat so tak leh drive laju sgt.


Masuk rumah MIL Darwisy macam teruja.
Mungkin sebab baru je balik dari umah Mak Tok
raya haji hari tu, maka memori di rumah Mak Tok
masih segar di ingatan kot.
Bukak baju terus mandikan sebab badan
Darwisy mula panas dan x selesa asyik merengek.
Special ye jari Darwisy buat gitu.
Halus bebenar jari die tu.
Selalu die suka guna jari tengah ni guna jari telunjuk
untuk merasai setiap tekstur dan permukaan
benda yang die berkenan spt karpet,
lantai, dinding, baju, kain, beg, macam2 lah.


Keesokkan harinya tu bersiap awal sebab nak balik 
Kamunting, Taiping ada urusan MIL nak jenguk 
orang tukang rumah sewa sebab penyewa sedia ada
dah keluar dengan meninggalkan rumah MIL tu
dalam keadaan yang tidak sepatutnya.
Banyak barang dalam rumah rosak,
dinding pun banyak kesan lubang2 paku merata.
Begitu lah adat kalau bagi orang sewa rumah.
Susah nak dapat yang betul2 jaga rumah macam
rumah sendiri. Sudahnya banyak kos yang perlu dikeluarkan
untuk memperbaiki kerosakan yang ada.



Pagi2 dah monyok.
Pandai marah ibu bila nak pakai kan baju ni.
Sebab badan Darwisy dah mula nak berisi tau.
So nak masukkan tangan kat lengan
baju die tu macam ketat sket.
Menjerit die sbb ibu paksa masukkan juga.
Nak hensem kena sabar ye wahai anak.


Hah, kan dah hensem tu.
Tapi muka tu kalau senyum lagi sweet.
Ni kelat aje.


Sampai petang jugak kat rumah Tok Long ni.
Sebab rumah sewa MIL bersebelahan dengan rumah
sepupu MIL. So sambil tengok 
orang bertukang rumah sambil melepak rumah
Tok Long ni hah. Keje kiteorang asyik
makan je, dari makan laksa sampai makan tengahari
sampai makan kuih cucur jawa, sampai makan laksa balik.
Menangis perut sebab tak berhenti makan.
Baru dak kenit ni ada mood sebab abah rajin melayan die.


Ni ibu punya idea suh abah pegang kaki
Muhammad Darwisy supaya die boleh berdiri tegak tanpa
sokongan di badan tetapi tidak berjaya sebab
tak selalu buat.
Hanya abah boleh buat sebab tangan abah kuat
dari ibu. Klu ibu buat mau lain jadinya.
Muka budak gayat takut jatuh. Hiks.


Cubaan nak senyum dan berlagak konon tak gayat macam 
tak jadi je Darwisy? Hihihi
Muka bajet comel dan tenang.


Kantoi muka gayat akhirnya.
Hiks. Suka sgt ibu ngan abah menyakat Darwisy.
Malam tu terus badan panas balik.
T_T Terus risau hati ibu.


Mandikan kat rumah Tok Long,
salin baju terus tido.
Sebelum tido macam biasa menangis merengek
dlu mintak perhatian ibu.


Sebelum balik Ipoh, singgah dlu kat 
Yong Tau Foo yang terkenal kat Taiping.
Siapa kalau pergi Taman Tasik Taiping 
atau Zoo Taiping, x singgah sini memang rugi.
Sebabnya sedap. Berdekatan dengan Balai Bomba Taiping.



Kat sini ala2 food court banyak sgt kedai.
Tapi kedai yang menjadi kegemaran FIL Iza
adalah kedai no 2 dari depan Taiping Mall.
Skrg Taiping dah maju dah ada Mall okey.


Gambar ni nampak sgt menipu 
cerah seperti tepung komak sebab 
duduk bawah cahaya lampu. Terus muka macam
suci2 gitu. Sementara tunggu tuk 
bungkus tu ajak my yayang g Taiping Mall,
sebab nampak ada sign Secret Recipe kat luar.
Nak belikan slice Red Velvet Cake tuk arjuna ibu.
Suka sangat makan kek tu.


Ni lah sign board utama nak ke
gerai yong tau foo yang berderet tu.
Memang berdekatan dgn kedai2 cina.
Tapi jgn risau sebab kedai cina dan kedai
melayu berasingan.


Kat Taiping Mall ni Iza jatuh hati dengan 
Pacific. Ala2 Parkson gitu.
Sebab baju baby sgt lah murah.
Beza harga RM2.00 - RM3.00 jugak lah.


So Iza membeli la serba sedikit
barang untuk arjuna hati ni hah.
Sibuk nak kacau ibu snap gambar.
Ibu nak tunjuk harga tu.
Travel pack anakku RM11.90 kat Pacific, 
Taiping Mall. Kalau kat Parkson RM13.++.



Korang tengok betapa sibuk dan menyibuknya
budak kenit ni. Demam tapi sempat menyibuk
kat ibu. Haishhhh. 



Eksyen skrg bila dah pandai duduk.
Macam orang besar je perangai tu.
Ibu perhati je perangai Darwisy tau.
Baju tu beli kat Pacific jugak.
Sepasang tak sampai RM16.00 pun brand tollyjoy.
Buat baju basahan.
Tapi besar lah plak.
Takpe esok boleh pakai lama sket.


Cuba tengok jari dak kenit tu.
Die guna jari mana?
Tanjat ibu bile tengok masa mula2 dlu.
Die lebih suka guna jari tengah.
Dah besar jangan guna kang orang anggap bukan2.


3 pasang baju tak sampai RM50.00.
Okey lah kan, untuk pakai harian.
Kang tak bersalin baju kang nampak
kesian sgt pulak sbb tgh melasak.
Baju asyik comot sebab mengemop lantai rumah.


Pagi esok tu bangun subuh2 tlg MIL buat kuih karipap.
Menantu mithali tak?
Hehehe.
Dari tak pandai kelim karipap
sampai pandai lah.
Hehehe.
MIL nak bawak ke kenduri kesyukuran besan die,
iaitu mak mertua adik ipar yang tgh sarat tu
buat kenduri sket.


Doh dalam besen tadi leperkan guna 
roller than gulung macam swiss roll.
Pastu potong guna pisau.


Maka jadilah begini. Dah macam nak 
buat kerepek bawang ngan lidah buaya plak.
Hihihi. Bila dah jadi macam ni leperkan pulak guna
roller tu tapi jgn nipis sgt nnt tak cantik karipap korang.



Buat inti sardin dan kentang.
Letak satu sudu kecik je atas kulit karipap
yang dah dileperkan tadi.
Pastu kelim ikut sedap jari korang.
Iza nya tak tau rupa apa.
Tapi MIL kata comel je.
Hehehehehe.



Kecik comel kan?
Bab menggoreng pas kat adik2 ipar.
Kakak ipar punya bahagian dah lepas.
Ekekekekek.


Pastu ada buat cheesekut sket.
Kalau loyang tebal dapat lah tebal cheesekut ni.
Ni loyang MIL tak berapa tebal.
Adik ipar yang Aida tu tgh dok sakan buat 
cheesekut ni, puding trifle la. Hehe.
Tgh rajin kite galakkan aje.

Kenduri kesyukuran mula kul 10.00 pagi kat
Klebang. So tak jauh sgt dari umah MIL.
Sampai orang dah mula baca yasin.
Kami anak beranak dok luar jela dlu.
Cuaca sampai ke tengahari panas terik.
Muhammad Darwisy dah mula meragam.
Ni kali ketiga Muhammad Darwisy jumpa dengan
Aisy Zafran anak buah Wan
iaitu suami kepada adik ipar yang preggy tu.
Kira biras Iza lah.


Nampak tak macam sama besar?
Walhal Darwisy tua 2/3 bulan dari Aisy.
Hehehe. Tulah pengangan kalau fully breast-feeding.
Hehehehe. Eh warna kulit pun lain la Darwisy.
Darwisy ni dah pandai kenal orang dan dah pandai
cemburu. Tengok tu die nak cubit tangan abah
tak bagi abah pegang Aisy.
Haishhh. Dah pandai dah.
Cm mana awak nak ada adik ni?
Ngeh. Ngeh. Ngeh.




Tengok, tengok, tengok.
Die nak cabut booties Aisy.
Masa kat dalam rumah meniarap kan dua orang
dak kenit ni. Amboi Darwisy bukan main
agresif lagi. Siap nak korek biji mata Aisy.
No, no, no. Ibu tak ajar Darwisy camtu.
Pastu marah Aisy ngan bahasa die.
Aisy ni x pandai ke depan lagi, 
die baru pandai meniarap n berpusing je.

Balik Sepang petang tu, 
tapi sebab ujan lebat kat umah MIL
gerak lepas maghrib.
Masuk hiway je tengok banyak kereta.
Sampai Simpang Pulai dapat info trafik 
perlahan sampai ke Slim River.
My yayang decide ikut jalan lama.
Keluar Tapah tapi tersilap belok
nasib tak sampai Cameron sebab masa tgh jalan
tu tengok sign board Tanah Rata & Ringlet.
Terus patah balik, sampai kat mana ntah my yayang
masuk hiway balik.
Hah amek, jammed jugak lagi.
Siap x berjalan. Dah macam raya.
Pelik gak. Pastu exit Bidor tak silap, tanya kat
jurutol tu die kata ada kemalangan besar
so jammed sampai Bukit Beruntung.
Fuh!!! Memang azab la kalau ikut hiway tak bergerak.

Bila dah sampai area Bestari Jaya (Batang Berjuntai)
rasa macam tak sedap hati sebab jalan kiri kanan
ladang kelapa sawit. Kereta pun x banyak.
Sebab bawak anak kecik kan ikut jalan lama
malam2 pulak tu memang merisaukan.
Darwisy pulak demam panas balik,
singgah mana ntah basahkan kain letak
atas kepala die. Sian pulak tengok.
Pastu my yayang ikut hiway Latar pulak.
Adoi lagi bertambah risau.
Dalam hati doa moga tak de pape yang jadi tengah jalan.

Alhamdulillah sampai umah kul 2.00 pagi.
Rasa macam dah balik kampung pantai timur je.
Gerak dari Ipoh pas maghrib sampai Sepang
kul 2.00 pagi, gila 6 jam perjalanan.
Sakit2 badan Iza ni.
Sampai umah xleh tido lena sebab
Darwisy merengek tak sedap badan.
Kasihan arjuna ibu.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^







2 comments:

  1. panjang entry... hiihih.. takpe ini semua pengalaman untuk masa hadapan... =)

    ReplyDelete
  2. > Allene.

    hehe. tulah. sebab gambar byk sgt kan, itulah padahnya. hiks. TQ for dropping here. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails