click this to be awesome person

Friday, 17 October 2014

[17102014] Happy 5th Anniversary + Darwisy Turn To 8 Months


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[Oct 17, 2014, 12.06 AM]

Salam ulangtahun perkahwinan kita yang ke 5 sygku nurhamizah..
Trm kasih abg ucapkan buat syg sbb sudi bersm abg bila suka,duka dn pelbagai
dugaan yg kt hadapi.. Maaf abg x menjd suami yg baik buat syg..
in sha allah suatu masa kehidupan kt akn berubh dn bsm kt besarkan anak ye..
maaf skali lg x mampu berikan kesenangan pd syg.. :(
abg sygkan ayg selagi nyawa dikandung bdn..
143 for u my sweet butterfly

Text ni Iza baru baca subuh tadi.
Bangun pagi selepas alarm telefon berbunyi
selepas beberapa kali menidakkan diri untuk terus bangun
bila Muhammad Darwisy membuat cubaan kejutkan ibu
seawal 5.00 pagi. Ibu paksa Darwisy utk tido balik.

Sejurus membaca text dari my yayang.
Hati sedikit sayu, terharu dan macam2 lagi.
Biasalah org perempuan ni mudah tersentuh emosi.
Nak2 bila baca bab2 maaf skali lg x mampu berikan kesenangan pd syg.. :( tu.
Biasalah pasangan yang dah berumahtangga.
Memang takkan lekang dari segala dugaan dan cabaran.
Sedangkan bercinta dan bertunang pun ada dugaannya.
Inikan pula sebuah perkahwinan kan?
Lagi lah syaitan iblis berusaha sedaya upaya 
menganggu-gugat perhubungan yang halal.

Iza faham maksud my yayang tu.
Tapi Iza bersyukur, walau tak "sesenang" mana
dalam usia 5 tahun perkongsian hidup bersama
kami telah pun Allah kurniakan dan anugerahkan
Muhammad Darwisy, dah duduk rumah sendiri,
punyai kereta nak bergerak ke sana ke mari.
Semua itu bagi Iza dah cukup senang. 
Jika kita nak bandingkan kehidupan / nasib kita
bandingkan dengan insan yang kurang dari kita
bukan lebih dari kita.

Kalau kita bandingkan kehidupan org yang lebih dari hidup kita
maka kita akan sentiasa dihinggapi penyakit hati spt dengki dan lain2.
Sebaliknya kalau kita bandingkan dengan yang kurang dari kehidupan
kita, kita akan lebih menghargai dan belajar untuk bersyukur.
Mak Iza selalu pesan, belajar lah dan ajarlah
anak hidup susah sebab nanti kalau dah senang
tiba2 ditimpa susah tak cepat melatah sgt.

Orang kata lagi dugaan rumahtangga ni akan diuji dengan hebat 
pada tahun 1, 3 dan 5 tahun perkahwinan.
Iza rasa dah lepas semua fasa tu.
Tak tahu lah dugaan masuk 10 tahun perkahwinan dan ke 
arah tu macam mana pulak bentuk dugaan.
Sebab dari dugaan tu kita belajar sesuatu.
Mematangkan kita sebenarnya.
Dugaan hidup berdua lain,
hidup ada anak sorang lain,
hidup anak ramai pun lain.
Tapi percayalah setiap yang Allah uji itu
ada hikmah yang tersendiri yang kita kadang terlepas pandang.


17.10.2009 - 17.10.2014 genap 5 tahun kami bergelar 
suami isteri dengan sekali lafaz.
Moga perjalanan bahtera cinta dan rumah tangga
kami akan kekal harmoni dan aman damai walau
ombak badai datang menerjah.
Maaflah ye entry ni memanjang bermadah berhelah bagai.



Hidup kami lebih bermakna dan lebih bersyukur dengan
kehadiran arjuna hati ibu ni Muhammad Darwisy Affendi.
Hari ni juga Darwisy genap 8 bulan.
Allahuakbar, memang benar sekejap benar masa berlalu.
Wahai anak, membesar lah dengan akal yang sihat
yang tahu membezakan dosa dan pahala.
Moga Muhammad Darwisy mampu menyumbangkan
kebaikan pada agama dan masyarakat.
Itu je harapan ibu dan abah.

Nanti ibu dan abah free kite
spend time together ye syg.
Kite celebrate bertiga.
Lama sgt dah rasa x pergi short vacay.
To Allah,
TQ for all blessing.

Ps: Korang, wish me best of luck utk interview esok

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. Aduh...kuar juga air mata ni zah.Tahniah. Happy Anniversary Izzah n Fendy. Semoga rumahtangga yang dibina akan terus bahagia sampai Jannah bersama si kecik comel kesayangan

    ReplyDelete
  2. > Mona Lea

    Hiks. Orang yg bc bergenang air mata, yang taip dah banjir. hahaha. Adoi, terima kasih byk CC utk ucapan dan doa tu..hope the same thing for u too. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails