click this to be awesome person

Tuesday, 30 September 2014

Susah Senang Bersama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Minggu ni Iza dan my yayang bersekali ke opis
menaiki motor. Memandangkan kereta ada masalah.
Berat juga hati nak bonceng motor sebab satu
jarak tak berapa nak dekat dan satu lagi
kalau hujan ke jauh dan tak de tempat berteduh sgt.
Nak dijadikan cerita pagi tadi
agak lambat jugak keluar dari rumah.
Bajet boleh cilok sebab naik motor dan
takdelah sampai lambat di opis masing2.

Dalam masa nak kunci pagar rumah tu
langit dah mendung semacam tetapi Iza
nekadkan hati ckp kat my yayang kite redah
aje sbb ujan belum turun lagi.
Baru je mulakan perjalanan ujan dah mula merintik
membasahi visor helmet.
Teruskan jugak perjalanan
sampai ke simpang di Cendol Bakar Dengkil tu
berhenti bawah jambatan sebab dah mula lebat.

Mula lah rasa sayu sebab pagi2 lagi dah basah
kena hujan. Tapi masih bersyukur sebab setakat kena
hujan je bukan mati pun.
Dah reda sket redah lagi sampai di simpang Dengkil
mula lebat balik.
Teruskan jugak perjalanan sedangkan my yayang
dah basah lencun sebab die kat depan 
yang bawak motor harus die yang basah.

Lalu jalan belakang di PICC berhenti lagi di 
hentian bas sebab ujan mulai lebat balik.
Mula terfikir rasa syukur sebab Muhammad Darwisy
ada di Ipoh dengan Mak Tok die.
Kalau lah bawak die sekali naik motor anta umah
pengasuh sure demam kena ujan.
See, ada hikmah semuanya jadi kan?

Sekali lagi ujan reda sket kami redah lagi
sampai di opis my yayang bagi die punch card dlu
sebab dah dekat kul 8.00 pg.
Iza memang xsempat lah nak kejar punch card sebab 
hujan on-off lebat kalau kejar jugak mau
basah kuyup masuk opis.

Text bos inform masuk lambat sket.
Syukur KPSU Iza memahami situasi.
Tahu Iza masuk opis kul brp hari ni?
Kul 10.00 pagi punch card.
Walau merah still punch card dan menghadap officer
untuk sign punch card.


Waktu terkandas di kedai mamak di Menara Usahawan.
Alang-alang tunggu ujan reda breakfast sekali.
Menggigil kesejukan dok dalam kedai mamak tu
sementara nak tunggu hujan reda sket.
Maka kenalah semat dalam hati yang
ujian selalu hadir dalam hidup.
Usah putus asa menghadapinya.
Moga ada hikmah untuk semuanya.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


2 comments:

  1. dear.. i pergi kerja pun naik moto je. jimat duit dan masa.

    entry terkini...Kenapa Homeopathy yang menjadi pilihan???

    ReplyDelete
  2. > Allene.
    yeke? hehe. Iza kalau berdua je bonceng tak kisah sgt. Tapi bile pk esok anak nak naik motor sekali ulang-alik mcm kesian pulak kat die sbb baby lg. so amatlah pntg kereta pulih spt sediakala.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails