click this to be awesome person

Thursday, 4 September 2014

Muhammad Darwisy "Caught In Action"


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kalau nak dibandingkan kehidupan sebelum dan selepas ada Darwisy jauh beza sangat.
Kalau dulu balik rumah je memang banyak masa untuk diri sendiri.
Sambil makan leh belek majalah.
Sambil tengok tv leh lipat kain baju.
Sambil baring boleh main telefon.
Hahahaha.
Sekarang T_T.
Eh xlah sedih ke apa cuma masa tuk berdetik laju sehingga tidak sedar.

Muhammad Darwisy dah 6 bulan lebih,
makin aktif. Aksi terbaru selain pandai format tab ibu
adalah sedang teruja "explore" satu rumah dengan mengesot juga 
merangkak sedikit demi sedikit.


Mula-mula die akan buat2 manja dengan ibu,
amek hati ibu dulu main usap2 muka ibu.
Walhal die nak amek telefon ibu sebenarnya.
Ibu perhati je perangai dak kecik ni.


Ewah, jari sempat tunjuk "good" ye?
Kaki tu selalu pose gitu mungkin dah mula nak belajar duduk kot.
Mata mengantuk dah ni tapi tahan mata tak nak tido.


Alahai muka budak baik,
muka budak bijak,
muka budak soleh sgt anak ibu ni.
Terus cair hati ibu. Kalau ibu dok cium2 gomol2 die
memang die tak suka menjerit la die.
Nak peluk buat kawan tido pun dah taknak.
Nak bebas suka bergolek suka hati die.












































Dalam pada Darwisy buat muka innocent 
die tu ibu pun pergi melangkahkan kaki ke dapur
untuk buat kerja rutin.

















































Sekembali ibu ke tv hall tengok budak ni tengah 
buat projek die.
Akhirnya Muhammad Darwisy "caught in action"
Hihihihi. Ibu x sempat rakam aksi Darwisy masa
mula2 cubaan membuka laci kabinet tv ni.



"dah lama Darwisy tengok laci ni,
ada apa dalam laci ni? meh intai sikit"


video

Abah, Ibu " see, I am growing!"

Ni video minggu lepas sebelum balik Ipoh,
malam tadi punya hal pulak Darwisy tolong ibu 
lap lantai dengan baju dan seluar Darwisy.
Seronok bukan main lagi die.
Ibu pun dah tak larat nak angkat Darwisy dok kat toto.
Biarlah Darwisy "explore" sendiri.
Tu tandanya sel2 otak Darwisy sedang bercantum.
Hihi.


**Terima Kasih Kerana Membaca**
^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails