click this to be awesome person

Monday, 29 September 2014

Ibu Rindukan Anakanda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kembali kemaskini blog setelah hampir dua minggu
terlantar sakit di rumah berbekalkan MC dan ubat2an dari Doktor.
Kenapakah?
Iza diserang sakit mata yang amat sgt.
Kali pertama kena dan rasa serik taknak kena lagi dah.
Selepas sakit mata beransur pulih,
demam panas pula menyusul.
Ujian darah dilakukan dan doktor suspek denggi pula.
Alahaiii.
Maka jadilah orang yang terlantar + melepek di rumah 
bertemankan anakanda tersayang sementara my yayang
pergi kerja.

Disebabkan kesihatan yang tak begitu baik
mak mertua minta untuk jagakan cucu sulungnya ni.
Walau hati ibu berat nak lepaskan
namun ibu relakan jua demi kebaikan dan 
untuk Muhammad Darwisy merasai kasih syg dari mak tok.
Sebab masa dalam pantang hari tu dah puas dengan nenek.
Maka bermulalah episod rindu di dalam hati ibu ni.
Walau hari raya haji bakal menjelma
tak lama lagi namun hati ibu terasa begitu lama.
Alahai, ibu pun emosi bebenor.


Dak kenit yang banyak sgt ragam nya.
Banyak sgt akal nya.
Banyak sgt benda baru nak belajar ni.
Kadang gelak kadang nangis kadang merengek
kadang termenung.
Baru baik demam jugak berjangkit dari ibu.
Alhamdulillah sakit mata tak berjangkit ke Muhammad Darwisy.


Wajah terakhir ibu snap dan simpan di dalam
telefon ibu buat pengubat rindu.
Moga anak ibu dan abah baik2 saja di rumah mak tok
dan tak noty ye.

Dalam pada itu terus ibu melayan perasaan
bertemankan lagu Arjuna Beta dendangan Fyn Jamal.


Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela


ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. alaa...ciannya izzah..kita faham perasaan ibu yg berjauhan dgn anak..kita pun tgh xsihat jgk ni,mak mertua nk bwk balik aqeef,kita xbg..xsanggup nk berjauhan dgn aqeef,kang bertmbh xsihat bila rindu sgt2..sob3..

    ReplyDelete
  2. > Natasha
    itulah...tapi apakan daya penangan cucu sulung... ibu dan abah kena faham..hehehe...ni dah remuk redam hati..hari2 cium bantal tido die..alahaii..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails