click this to be awesome person

Monday, 15 September 2014

Akad Nikah & Majlis Walimatul Urus Adik Sepupu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Iza rasa minggu lepas adalah antara mingu yang sibuk.
Dengan kisah exam online penguasa kastam nya,
dengan nak prepare temu duga utk pen.penguasa kastam.
Macam2 lah, dalam masa yang sama Muhammad Darwisy demam on-off.
Jadi tak tentu hala dibuatnya. Yang tu semua Iza story kemudian.
Ni nak story aqad + walimatul urus adik sepupu yang dibuat di Selayang Baru.


Pelamin ringkas tapi cantik.
Skrg ni memang design jenis kain back drop dok bersilang2 macam tu kan?
Buat langsir kat rumah pun cantik jugak.
Ni pelamin untuk akad nikah.
Buat di rumah Pak Long + Mak Long Iza.



Suka konsep ada meja kecik di situ.
Sebab senang pengantin lelaki nak sign surat/dokumen yang berkaitan.
Ingat meja ikea kat rumah tu nak potong gak lah kakinya bagi pendek macam ni.
Senang sket kalau nak menulis. Teheee!
Nampak suci je pelamin ni.
Memang sesuai untuk tema akad nikah.




Inilah die pengantin yang diraikan.
Adik sepupu Iza yang perempuan tu.
Sekalung tahniah buat pasangan pengantin.
Moga bahagia, aman damai hingga ke akhir hayat hendaknya.
Amin ya rabb. Nikah hari sabtu 14/9/14.
Majlis resepsi keesokkan harinya 5/9/14.



Muhammad Darwisy pada hari nikah sangatlah baik dan
tak banyak ragam sgt.
Die baru baik demam ni. Ingat dah sihat sepenuhnya
tapi ibu silap. Batuk, selesam masih ada.
Kejap kang malam badan dedar panas la.
Risau sungguh.
Hope ni semua sementara je kot nak beralih bulan kan.
Paling x sanggup kalau die batuk siap muntah.
Alahai. Ibu sayu nengoknya.


Diringkaskan cerita esok tu majlis resepsi dibuat
di Dewan Beringin, Gombak.
Iza macam dah kurang nak bergambar kan?
Ada yang bertanya kenapa?
Jawapannya macam dah takde mood.
Hahaha.
Ni paksa kembar bergambar kat photo booth
yang ada kat dewan tu.
Malu2 jugak kena paksa ngan Mak Lang terus
rasa ala2 princess elsa + anna frozen.


Kejap je korang dah besar.
Huhu.
Tahun depan dah nak sekolah tadika.
Alahaiii.
Rasa Mak Lang pulak dimamah usia.


Kakak, adik! Gigi tu sorok sikit.
Hahahaha. Gigi arnab.
Yang tak menahan sibuk suh Mak Lang pakai kan make up
maisng2. Pastu dok tanya, 
"Echa cantik x Mak Lang?"
"Mak Lang, Kak Ra lawa kan?"
Layan kan aje.


Tetiba sesat BFF Iza kat sini.
Hahahaha.
Tet! Usah ditanya mengapa, kenapa dan bagaimana.
Ada jodoh, rezeki dan ketentuan Iza cerita selanjutnya ye.
Ni terpaksa bergambar sebab Hajar ajak.
Hehehe.
Esok cuti umum kan?
Alhamdulillah, mata dah sakit.
Asyik berair dan bertahi mata je dari pagi tadi.
Berharap sgt ianya bukan permulaan kepada sakit mata
sebab risau jangkit ke Darwisy.
Selamat bercuti semua
sempena Hari Malaysia 16/9/14.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails