click this to be awesome person

Monday, 4 August 2014

Salam Eidulfitri 1435H


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini 4 Ogos 2014 merupakan Syawal yang ke 8 dan ramai juga warga kota yang dah kembali ke bandar untuk bekerja pada hari ini termasuk lah Iza ni hah. Sebelum tu masih sempat lagi Iza nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. So cliche kan ucapan? Hahahaha. Tak kisah lah yang penting niat memang nak mohon ampun maaf kat korang kalau ada yang Iza tersilap taip dan yang korang terasa di hati semasa membaca penulisan di dalam blog yang x seberapa ni ye. Almaklumla kita manusia kan kadang leka dan x peka dengan keadaan insan lain. Oh ye, raya Iza untuk tahun ni amat sederhana sekali. Baju raya pun sepasang je okey? Hahaha. Gila sempoi xde nak beriya2 sgt, lagi pun eloklah meraikan dengan kesederhanaan. Di samping kita meraikan hari kemenangan usah kita lupa pada mereka yang kurang bernasib baik. Itu lebih bermakna. Macam jiran sebelah umah mak Iza, pagi raya mak kepada beberapa orang anak meninggal dunia seusai selesai azan subuh. Korang bayangkan, orang sibuk jalan kaki nak ke masjid solat sunat hari raya tetapi anak2 jiran sebelah rumah mak Iza menyambut jenazah mak diorang dari ambulans. Sayu hati, Iza tengok pun sebak. Memang dah ajal kan tapi kita manusia tetap tak lari dari perasaan sedih semua tu. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.


Iza tahun ni beraya sebelah Iza, dan macam biasa asal turn Gombak my yayang kena duty. Hahaha. Sedih? Dah xde perasaan, cuma kesiankan kat Darwisy jela 1st raya x bersama dengan abah die. Ngan ibu je die beraya, raya ketiga baru abah cuti. So gambar kami anak beranak nan hado lah ye. Sesi bergambar pun x banyak sgt sbb Iza x teruja mana pun. Mungkin dah bergelar ibu ni mood2 nak pose2 tu macam dah slow sket. Hahaha. Faktor usia kah? Btw untuk semua, raya tu raya jugak janganlah korang main sebat je semua makanan. Ingat sedikit kesihatan ye, kang tak memasal kena warded hospital dek pulun segala makanan. Sabar, raya sebulan ada masa nak makan macam2 menu. Iza pun tak beriya sgt nak makan makanan raya sebab banyak ke urus dak kenit tu lah sekarang dah pandai mencapai. Elok jugak, xdelah nak makan macam pengantin slow motion. Semua harus cepat dan tangkas gitu. :)

Salam Eidulfitri.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails