click this to be awesome person

Monday, 4 August 2014

Rindu Muhammad Darwisy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entry teramat lah syahdu macam anak jauh sgt dari diri ni hah. Eh, kite cuti raya seminggu tau then sebelum tu Darwisy dah post awal2 kat umah mak Iza seminggu so total sume hampir dua minggu jugak lah dok berkepit dengan dak kecik yang banyak ragam ni hah. Pagi tadi Darwisy mesti terkejut sebab dah kena angkut subuh2 g umah mama pengasuh. Muka Darwisy siyes pelik + tergamam. Tu pun sebelum naik umah pengasuh sempat die tarik tudung ibu die ni. Dah senget benget tudung ibu tau. Haishhh. Protes kot taknak tinggal umah pengasuh. Nak buat camne Darwisy ibu kene keje. Tapi dah cuti lama2 dok umah berangan jadi suri rumah sepenuh masa, memang x berapa kena ngan jiwa lah wei. Hahahaha. Cepat bosan, habis semua benda nak digodeknya. Habis godek dok bergolek dengan Darwisy depan tv layan perasaan. Salute lah kepada surirumah yang tekun dan sabar melayani semua situasi dan rutin harian setiap hari. Iza ni belum cekal hati lah pulak nak keje dari rumah. Kena cari banyak push factor agaknya.


Muhammad Darwisy kat rumah nenek sehari sebelum raya, bersiap bukan main hensem pada hal nak g pasar je teman ibu ngan nenek cari daun kelapa nak buat ketupat dengan barang nak masak lauk pauk raya. Bukan main masam lagi muka die time ni, moody kejap kang menjerit kejap kang muncung mencebik. Mungkin die tau kot raya abah xde sekali. Hehehe. Bertabahlah ye wahai anak. 


Balik dari pasar tu Iza terus je anyam daun ketupat. Senang sket cepat anyam, boleh rehat cepat. Hehe. Dak kenit ni dah pandai mencapai je tangan die. Kalau tak sampai seboleh2 die paksa tolak badan die ke depan. Kadang bergerak gak kadang makin ke belakang. Hahahaha. Pastu bising menjerit sbb tak dapat apa yang ada depan mata. Sekali ibu pegi dapur nak basuh beras untuk isi dalam sarung ketupat ni tengok2 kat depan die dah siap pegang kiri kanan. Nasib cepat kalau x mau penyek semuanya. Jenuhlah ibu nak kena anyam balik sayang oiii. Bercinta ibu nak anyam 30 ketul semuanya. Nak beli x berbaloi pulak 50sen seketul, kalau beli daun satu baru 10sen. Dah jimat kan? Kan? Kan? Adoi, baru pukul 3.00 ptg. Lambatnya nak cecah angka 5.00 ptg nak amek dak kenit tu. Sekarang Iza tengah google resepi untuk semi-solid food dan puri untuk Darwisy. Bulan ni die dah masuk 6 bulan dah kena mula makan semi-solid food / solid food. Menyusu sahaja tidak memadai bagi perut bayi. Doa lah moga2 ibu Darwisy ni tekun dan sabar membuatnya.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. kalau dah lama bercuti memang rindu membuak kat anak bila start keja.

    ReplyDelete
  2. > Cik Hani
    Kan? dulu tak percaya bila kawan2 alami, dah alami sendiri baru rasa.haha. btw, selamat hari raya hani.:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails