click this to be awesome person

Monday, 25 August 2014

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri & Jasamu Dikenang BIUPA 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sambutan majlis hari raya pejabat Iza ni dah seminggu lebih berlangsung, baru ada masa nak update ni hah. Sibuk ngan komitmen rasmi dan peribadi. Dengan tugas emcee nya, dengan anak demam x sihatnya, kadang benda tu datang sekali dalam satu masa. Syukur dengan izin Allah semuanya berjalan lancar. 

Tahun ni merupakan tahun pertama Iza berhari raya dengan kawan2 di Bahagian Istiadat ni. Yelah baru tukar sini pun bulan 5 hari tu kan so masih dikatakan baru jugak lah kat pejabat ni. Tapi mcm2 jugak yang Iza dah belajar walau pun baru kat sini. Dari tak masuk istana masuk istana, dari tak tau hal2 istiadat / protokol dapat jugak info dan ilmu sikit2. Ni diberi kepercayaan pula untuk mengacarakan majlis hari raya. Mula2 risau juga sebab majlis ni lebih kepada santai, Iza ni kalau bab spontan ni tak berapa nak reti sgt. Yang Iza reti jadi emcee baca skrip formal. Hahaha.


Cabaran jadi emcee ginilah akan ada pindaan saat2 akhir. Kadang lagi 5 minit nak mula majlis, ada lagi pindaan seumpamanya. Ketar jugak lah lutut sebab kang salah announce ke apa ke dah bad reputation pulak kan. Totally event yang Iza emcee tak de lagi yang 100% follow the actual plan / itinerary program. Biasanya akan ada pindaan jugak x banyak sikit la. Dibantu oleh PTD2 yang sgt sempoi. Opps, tapi Iza x minat skim PTD la. Minat lebih ke skim beruniform. Hehe. 


Macam nak menyanyi pun ada gambar ni. Siyes malu at the first time sebab dah lah Iza dikategorikan staff baru jugak, kenal orang pun tak sangat. Tapi disebabkan ramai yang support, terus jadi lupa diri. Hahaha.


Just mingle around supaya majlis tak sunyi sepi. Sementara menunggu ketibaan Pihak Pengurusan Tertinggi. Emcee kena main kan peranan masing2. Berpeluh jugak lah dalam air cond.


Partner Iza si Mawi ni asyik buat lawak spontan je. So alhamdulillah lah banyak cover tang situ. Die bukan buat lawak pun sebenarnya, tapi ayat die yang spontan tu buat orang ketawa. Okey la, tak lah bosan majlis.


Dress ulang tayang, xde pakai dress baru.
Nanti nak beli kain buat cenggini lagi la.
Sebab selesa dan rasa mcm ala2 Elsa Frozen. Hahaha.



The lucky emcee for that day. :)
Tak pernah dapat lucky draw, alhamdulillah dapat jugak. Hahhaa.
Walau pun hamper tetap excited.
Sendiri announce sendiri naik pentas collect hadiah.


Sesi cabutan nombor bertuah oleh kawan2 sepejabat.
Baru lah cabutan tu lebih mesra dan bermakna gitu.



Brother ni kelakar, disebabkan nombor die tak naik2 dipanggil die siap buang nombor die. Bila emcee announce nombor die kelam kabut die cari balik nombor die. Hahaha. Die kata selalu xde "luck". 


Sementara yang lain menjamu selera bertemankan lagu raya, kami masih berbincang. Macam2 lah penambahan nya. Walau pun ia bukan formal event, tetap nak bagi yang terbaik buat semua. Ewahhh!


Slim x? Hahaha. Jenuh juga tang perut nak muat ngan baju ni. Tapi xde lah sampai pakai korset bagai. Hihihi. 





Tengok la rupa emcee gelak tak ingat dunia, lawak sungguh rasanya.
Partner sebelah maintain je sengih biasa2. 



Emcee of the year, 
Iza - Ombak Rindu
Mawi - World.
Bukan kami kata tapi kawan2 dok kata.
Adoi.




Selain majlis jamuan raya, majlis jasa mu dikenang juga dibuat khas utk meraikan salah seorang staff yang bersara wajib pada hari tersebut.

Maaf lah ye tak berkemampuan nak taip panjang2, nak prepare tu exam online penguasa kastam. Nervous bebenor dah rasanya.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails