click this to be awesome person

Thursday, 14 August 2014

Emcee Yang Bertuah! :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semalam adalah hari yang penuh dengan kegelisahan dan keresahan sebab perlu memikul tugas sebagai pengacara majlis di opis. Ramai yang kata Iza jenis yang tak takut atau ada stage fright bila berhadapan dengan orang. Iza tidak bersetuju sama sekali, semua orang Iza rasa ada kot perasaan takut atau lebih tepat lagi gemuruh pabila perlu berucap di khalayak ramai. Tetapi disebabkan telah diberi kepercayaan menggalas tugas emcee maka Iza perlu sempurnakan mengikut keupayaan Iza sendiri. Alhamdulillah semalam majlis berjalan lancar, pasangan pengacara Iza pun semacam ada chemistry semasa sesi pengacaraan berjalan. Walau pun banyak adegan lawak secara spontan berlaku ianya tetap menghiburkan semua yang hadir. Oh ya, semalam ada juga sesi cabutan bertuah. Iza memang x berapa nak bertuah di dalam mana2 majlis sebab jarang teramat jarang nombor yang Iza dapat tu nak dicabut. Selalunya memang x bertuah lah. So semalam pun xde berharap apa2 walau pun sekadar suka2. Nak dijadikan cerita Iza boleh announce nombor sendiri tapi yang mencabut nya orang lain. Hahahaha. Emcee bertuah lah kiranya. No Iza adalah 45. Selang beberapa ketika, pasangan pengacara Iza ni pun announce no die sendiri. Lawak sungguh lah. Dah la no kami terbalik je. Ni Iza 45, no Mawi 54. Macam takdir je kan? Hahaha. Die pun gelak, semua orang kata kami berpakat. Takde maknanya, sebab yang mencabut no tu adalah tetamu yang ada di dalam dewan. Kami ni emcee tolong announce aje. 



Rasa gembira tidak terkata macam dapat hadiah best je kan? Hadiah tak penting mana, perasaan masa dapat tahu no yang kita pegang adalah bertuah tu yang penting. Tapi kalau hadiah grand pun lagi la rasa macam nak lompat bintang. Hehehe. Ini merupakan pengalaman Iza yang pertama mengacarakan majlis di opis ni. Alhamdulillah dapat menggembirakan semua yang hadir, jika tetamu enjoy maka emcee lagi lah bertambah enjoy sebab korang hargai kami sebagai emcee korang pada tahu ini. Nanti ada masa Iza story panjang lebar sket pasal majlis jamuan hari raya opis Iza. Opps, tolong jangan skandal-kan kami sebab kami masing2 telah berkahwin. :)

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails