click this to be awesome person

Tuesday, 5 August 2014

Cerita Eidulfitri Yang Sederhana 1435H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ada kelapangan masa ni g la blog-walking (BW) sekejap pada hal nak melepaskan sedikit tekanan dek kerana tak dapat akses portal SPA nak jawab exam online keje kastam. Biasalah masalah server pastinya. Kawan2 lain seronok menjawab, Iza paper A dan B tak nampak bayang pun. Nak bukak website pun x lepas apa tah lagi nak klik pada pautan yang SPA sediakan. Memang agak geram di situ. Dah sampai paper C baru boleh akses. Terus ringan je jari jemari Iza ni taip emel send ke SPA. 

Dah tak mau cerita pasal tu, nak cerita pasal hari raya hari tu. Walau pun x berapa nak raya. Tapi memandangkan tahun pertama beraya dengan anak mood tu ada sedikit ceria lah kan mana taknya selalu Iza beri duit raya pada anak buah dan anak sedara tapi kali ni merasa dapat duit raya bagi pihak anak. Takpe Darwisy, ibu simpankan dulu ye nnt kte masuk tabung haji Darwisy ye.

Pagi raya tu bangun x berapa nak awal dan x berapa nak lambat, yang pastinya kejut si kenit ni dulu sebab nak siapkan die dulu baru lah ibu boleh siap. Tapi ada kisahnya bila kejut die tak nak bangun. Tak usik pun, panggil nama je suruh bangun merengek macam ibu kejut bangun g sekolah aje. Lawak betul. Pada hal Muhammad Darwisy ni la suka bangun pagi siap kejut ibu lagi. Pagi raya die tukar mood pulak ye.

Selesai siapkan Darwisy ibu pun nak bersiap, tetapi nak menyiapkan Darwisy masa dalam pantang dengan usia sekarang 5+ months ni sgt lah mencabar dan jauh beza. Pusing belakang sekejap die dah meniarap, kang dah ke sana ke sini. Ibu kena belajar lebih cepat lagi la ye. Ibu pun siap ala kadar, x de lah nak make up beriya sgt sebab tahu masa tu dah x berapa nak ada. Dan redha kalau ibu pakai cantik2 nanti ada kesan air liur Darwisy ke, susu Darwisy ke kat baju / tudung ibu. So, inilah pengalaman manis beranak kecil :). No worry sayang, ibu enjoy.


Rutin setiap tahun raya memang pagi raya akan berkumpul di rumah adik beradik sebelah mak Iza, bezanya setiap tahun tuan rumah berubah sebab rotate. Macam tahun ni giliran rumah Mak Lang / Pak Lang. Tapi yang Iza notice tak semeriah dahulu sebab dahulu kan ahli keluarga ramai satu tapi memang semua berkumpul. Ni sebab anak masing2 dah besar, so ada yang balik rumah mertua semua jadi tak cukup korum. Dan ramai juga ahli keluarga yang telah menyahut seruan ilahi. Sementara tunggu ahli keluarga lain sampai, makan lah dulu apa yang patut sebelum sesi bermaafan berlangsung. Darwisy dah pun dapat duit raya. Tengok die pegang sampul tu, genggam erat ye. Baru pandai nak mencapai dan memegang benda kan so keterujaan terlebih. Baju raya ulang tayang ajelah dari baju majlis aqiqah hari tu.


Seusai selesai sesi bermaafan sesi fotografi lah ye. Selalu rajin baju ikut tema warna tapi sejak beberapa tahun sudah dah tak follow sebab more to bersederhana. Iza dengan Darwisy je hampir sedondon sebab Iza ikut tema baju Darwisy masa aqiqah hari tu, senang x payah nak kalut bersungguh sgt memandangkan dua beranak je ek.



Alamak, terserlah hidung ikan ibu lah Darwisy. Nasib Darwisy pandang tepi kalau tak lebih kurang sama je ngan ibu walau pun ibu tahu hidung Darwisy lebih mancung terletak macam abah. Ibu redha aje yang penting ibu comel di pagi raya. Hahaha.


Elok lah dua beranak pandang tempat lain, oh gambar ni kakak kembar yang tlg amek kan. Dah boleh harap, tak pun kadang siap tanya "Mak Lang x amek gambar ke?" Amboi, siap offer. Kelas gitu.


Selagi dak kembar tu pegang tab nak amek gambar selagi tu lah Iza ni amek kesempatan posing aje lah. Gambar cantik ke tak ke belakang kira. Alahai Darwisy, susahnya kamu nak pandang kamera ye. Selesai beraya di Selayang, pegi ke Keramat pulak beraya rumah sedara / sepupu sebelah mak. Banyak rumah jugak lah pegi tapi yang best nya ada menu laksa nenek sedara buat. Laju je Iza makan. Balik rumah dekat nak petang, tapi penat jugaklah sebab seharian beraya kan dengan anak kecik lagi maka harus tergolek depan hall sambil tengok tv. Dak kenit tu pun sama gak melayan perasaan die sendiri. Pastu tengok jam dah dekat senja terus je siapkan air mandi Darwisy sebab die selesma kalau mandi lambat kang x elok pulak so cepat2 mandikan dengan air suam. Anak dah wangi sedap je cium, ibu je yang amek masa nak mandi sebab kemalasan melanda. Malam tu lepas isyak beraya rumah jiran di sekitar rumah mak Iza, masa ni lah baru nak bermesra dengan jiran2 lama sebab Iza dah x duduk dengan mak so jarang bertegur sapa sebab kalau balik rumah mak mesti dok dalam je kalau nak ke mana2 baru keluar.



Raya kedua beraya di rumah sendiri sebab tunggu sedara mara dari Keramat datang rumah nak beraya. So memang x plan beraya rumah orang. Mak Iza kalau orang datang nak beraya sebolehnya nak masak menu khas tuk tetamu, yelah sekali sekala dan nama pun raya kan. Sebelah malam kiteorang pegi beraya rumah Pak Long / Mak Long di Selayang. Sepupu2 semua x berapa nak ada sebab ramai beraya sebelah mertua masing2. Yang ada pun adik sepupu Iza yang bakal berkahwin juga. Anak ramai macam mana pun kalau dah besar dan ada keluarga sendiri memang akan terasa sunyi kalau saat beraya giliran mertua kan? So x boleh nak buat apa. Lumrah kehidupan berkeluarga. Ramai kata mata Darwisy sangat bulat, ada ke mata petak? Hahahahaha. Si kembar siap tanya kat mak Iza lagi 
" Nenek, Muhammad Darwisy tu tak penat ke mata die macam tu?" 
Iza jawab balik 
"Kakak, adik x penat ke bercakap je tak berhenti" Hahahaha.


Raya ketiga beraya rumah atok sedara di Kajang dan rumah adik arwah ayah Iza di Nilai. Dan yang besh nya raya ketiga ni my yayang ada sekali. Hehehe. Darwisy pun mood happy sket sebab tahu kot abah die ada. Nampak muka abah sengih bukan main. Hensem bukan main kalau mood die happy cam ni.



Alolololo. Sepanjang dok rumah mak bih kurang 4 hari macam tu asyik dok video call je ngan my yayang. Ingat ke rindu kat Iza rupanya rindu anak. Sikit kang whatsapp "Sayang, kat mana? Video call jap rindu kat anak"
Eh....Takpe anggap je abah nak cover line kan Darwisy? Selesai je beraya di Nilai balik rumah Iza sebab dah dekat kan. Rumah Mak De Iza tu dekat ngan Giant Nilai, so Iza anak beranak singgah Giant jap beli barang basah nak masak sebab family Iza nak singgah rumah so boleh makan malam sekali. So family Iza gerak balik rumah Iza dulu, bagi kunci rumah takdelah diorang nak menunggu sementara kiteorang pegi beli barang nak masak. Dah masak dan makan rest kejap lepas isyak macam tu baru family Iza gerak balik Gombak. Memang kami tak beraya di Ipoh pun sebab hujung bulan ni my SIL nak nikah so sekalikan jelah beraya dengan kenduri. Hujung minggu ni banyak jugak dapat jemputan rumah terbuka dari jiran dan kawan2. Insya'Allah tiada aral sampailah kami ye.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails