click this to be awesome person

Tuesday, 8 July 2014

Susunatur Ruang Tamu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah mood semakin baik,
walau pun penat melayan my yayang yang 
mogok + protes dek kerana pemergian Mickey tu.
Fuhhh!!! Lap peluh sekejap.
Amek masa hampir seminggu jugak nak recover nye.
Minggu lepas dek kerana serabut dengan habuk
yang berterbangan sana-sini Iza nekad untuk
betul2 kemas dan alih kedudukan beberapa
jenis perabot dari kedudukan asal ke kedudukan 
sekarang seperti dalam gambar.
Maaflah gambar sebelum tak snap pulak.
Lepas sahur terus buat keje mengemas ni
dari lipat kain, susunatur hingga ke
house cleaning (menyapu, mop, lap kipas, macam2 lagi lah).


Rasanya baru ni kali pertama post gambar ruang
tamu rumah baru ni kat dalam blog.
Sebelum2 ni nampak sipi2 je kot.
Hehehehe. Ni semangat pun sebab nak join contest 
kat blog susunatursioca.blogspot.com tu hah.
Kalau tak rasanya asyik terperam je lah aktiviti
mengemas dna susunatur ni hah.
Terima kasih banyak lah kepada sis fiza sebab selalu
anjurkan contest secara tak langsung membakar
semangat Iza ni hah. Maklumlah bila dah ada si kecik
memang masa semuanya menjadi keemasan.
Pantang ada masa pasti nak rehat sepuas-puasnya.



Majoriti perabot yang ada ni semua bawak dari
rumah kuarters dulu guna pakai balik sebab masih elok.
Tak baik membazir dan bajet yang ada 
kita gunakan untuk keperluan lain.
Esok kalau dah rasa perlu tukar, baru lah kita
tukar ye dak. Ikut hati semuanya nak.
Nasib Iza ni jenis bukan yang suka terpengaruh sangat
terutamanya bila perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak.
Walhal my yayang pernah offer dulu utk tukar set sofa baru.
Masih lagi dikurniakan akal yang sihat untk berfikir.


Kalau perasan memang kat ruang tamu ni Iza n my yayang
x letak TV pun sebab bagi kami ianya menganggu sesi
perbualan atau bersilaturahim antara tetamu dan tuan rumah.
Kebiasaanya mesti banyak tertumpu ke TV dari berbual kan?
Perhati je lah kalau time raya datang beraya
tapi masing2 melayan program/drama kat TV.
Lagi pun Iza lebih suka kan privasi di ruang menonton
TV itu sendiri. Sebab tu Iza decide pisahkan ruang tamu
dengan ruang keluarga / ruang menonton TV.
Tapi ikut ruang dan keselesaan lah ye.
Ni ada ruang pun sebab kami pecahkan bilik no 2 jadikan
ruang menonton TV so bilik jadi 3 jelah semua.
Lagi pun kelebihan ada ruang menonton ni
bila ruang tu bersepah sempat lah korang nak menyimpan
atau mengemas kalau tetamu tibe2 datang terjah kat 
rumah. So bolehlah tetamu duduk kat ruang tamu tu dulu.
Takdelah tengah santai tengok TV nak berlari masuk
dalam sebab nak amek tudung la, angkut tilam toto lah
dan macam2 lah. Ni semua cakap based on experienced ye.


Kerusi dan rak ni IKEA mari.
Beli masa ada sale. Bila time tak sale
harga boleh tahan jugak lah.
Cadang nak letak rak ni dalam bilik tapi buat
sementara waktu biarlah kat ruang tamu dlu
ada gak tetamu nak buat aktivit membaca kan.


Kanvas frame gambar Darwisy pun abah tak sempat
gantung lagi kat dinding. So ibu letak kat situ
jela dulu. Helmet tu pun dah x terfikir nak letak mana.
Sebab nak letak kat luar rumah kemungkinan
hilang tu amat tinggi. Nanti lah fikirkan kemudian hari.


Sofa ni memang dari rumah kuarters Iza alas dengan
kain ala selimut dari ikea.
Mudah kalau ada benda tumpah ke just basuh je alas tu.
Langkah berjaga2 sebab Darwisy sedang membesar.
Sikit hari lagi kite tengok lah macam mana
gaya Darwisy tolong ibu susunatur pulak ye.
Play mat Darwisy tu saja pose kat situ asalnya
kedudukannya kat TV hall sebab itu fav. space 
kietorang anak beranak melepak.


Meja ni pun dari IKEA gak,
beli time sale tak silap RM59 ke RM69 ntah.
Sekarang dah ada alas dah, masa snap ni
alasnya tak beli lagi.
Nanti ada masa Iza post lah ye.


Sekali lagi post gambar TV hall yang sedikit berwajah baru
dengan kehadiran karpet dari Nilai tu.
Cadang nak pasang simple wallpaper kat belakang kabinet TV tu
tapi beli pun tak lagi. Cadang nak beli kat Kaison je.
Tu pun puas pujuk my yayang. Sebab die memang taknak
ada corak pape kat ruang ni katanya semak 
mata nak memandang. Iza berusaha jugak pujuk.
Nampaknya dah dapat green light.


Selepas penat berkemas dan susunatur
dak kecik ni nak buat QC. Betul ke ibu dah bersihkan
rumah ni, nak check sket karpet ni ada lagi
tak bulu Mickey? hehehehe. Tujuan utama mengemas 
memang nak bersihkan bulu Mickey sebab
nanti kalau terjumpa asyik terkenang.
Parah perasaan masa tu. Asal tengok penyapu 
teirngat Mickey bergenang air mata, asal nampak plastik
teringat Mickey, apatah lagi nampak bulu die.
Parah sangat dah.
Okey korang, raya pun tak lama dah.
Boleh lah ambil kesempatan kemas
apa yang patut supaya korang tak kelam kabut
nanti dengan nak masak rendang lah,
dengan nak buat kuih lah,
dengan nak siapkan anak lah.
Selamat berkemas dan susun atur.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

11 comments:

  1. kemas.....dah boleh raya ni...hihihi

    ReplyDelete
  2. dah baca-baca... terlupa pulak nak tulih apa... hehe... o ye, suka alas kerusi warna merah tu. Saya letak juga, tapi sekejap je, pastu datang panglima2, dia buat selimut main tidur2 dekat family hall... adehhh... siap suruh maknyer ni tidur sama... hehe..

    ReplyDelete
  3. > Cik Hani
    hahaha..mehla beraya..
    tapi xde duit raya tau..hihi

    > Suri
    Hah, tulah panglima sy ni kecik lagi. tunggu lah sket hari lg mau jaid lain nnt. hehehe

    ReplyDelete
  4. > Muna..
    mekaseh...jom la diy stripes wall paint.:)

    ReplyDelete
  5. kipas Monte Air ek?
    kalau ye, sama la kita.

    sofa tu masih lawa di mata saya, hee.
    saya pun jenis berkira jgk kalau nak membeli baru kalau harga mahal sgt.

    kat umh saya belum ada tv lg.

    baby umo 4bln eh, my baby dah 10 bln, tiap2 hari kena kemas rak buku, sebab dia suka tarik turun. tu baru boleh merangkak, kalau dh berjalan berlari, xtau la guane gamaknya nant..kuikui

    ReplyDelete
  6. > Tautan Hati NabilaHasyim...
    Dear, kipas x sure brand apa rasa Milux kot sbb my mum bagi hadiah katanya.hehe.ha.ah Darwisy baru nak masuk 5 bulan. esok kalau dah besar sket sama dengan la tu perangai suka mengemas..hehe..tp kalau xde dak kecik ni sunyi lak kite ek? hihi. itulah lumrah jadi isteri dan ibu kan..:) btw tq dtg singgah sini..:)

    ReplyDelete
  7. suka SANGATTT idea pisahkan ruang tamu dan ruang menonton...!! :))

    cake tier warna pink yg buat tempat buh jam tu juga sgttt kiut dan menarik perhatian!! :)

    ps :: keep on sharing ok. ^^

    ReplyDelete
  8. > Fizah
    TQ otai..hihihi...
    cake tier tu x cdg pun nak letak situ tapi park sementara terus jadi kekal pulak smpai skrg..hihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails