click this to be awesome person

Monday, 14 July 2014

Saya Peminat #Kaison

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Minggu lepas adalah hari mengemas yang paling memenatkan
seluruh anggota dan tubuh badan. Sabtu tu family dan
kawan2 terdekat datang rumah berbuka puasa mengeratkan
lagi tali silaturahim. Memang meriah, sampai malam
lah berbualnya. Selesai berbuka masing2 solat,
pastu tengok si kembar main bunga api dengan Iza 
sekali terjebak. Lepas kan kempunan.

Ahad tu dari pagi memang mengemas sebab lantai rumah
dah mula berhabuk, tak sedap kaki nak memijak.
Selesai kemas termasuk simpan balik cage Mickey.
Dekat nak petang ajak my yayang keluar bagi
melepaskan penat dan juga hajat nak ke Kaison.

Sampai Kaison dalam kul 5.30 petang macam tu.
Memang x berhajat nak berbuka kat dalam Paradigm Mall ni
sebab tak menepati citarasa kiteorang.
So g Tesco beli roti dengan air semua
lapik perut baru lah berbuka kat kedai luar mall.


Budak kenit ni paling happy kalau berjalan. Dah pandai
dah kalau nampak ibu bersiap mula lah die gelisah.
Takut kena tinggal. Tengok tu excited bukan main die.


Okey, perangai sama macam abah kalau
ibu nak snap gambar banyak2 mula lah die hilang
minat. So baik Darwisy main bucu bantal je lah ibu 
lagi best dari posing.


Masuk je Kaison memang terus ke seksyen wallpaper,
itulah tujuan utama ke sini. Walaweiii, boleh rabak poket 
my yayang kalau tak tahan iman. Semua cantik2.
Pegang yang ni karang, terasa nak yang tu
kang letak balik pastu kang pegang balik.
Biasalah orang perempuan.


Yang Iza pakai tu bukan wallpaper ek.
My yayang kata ada wallpapar corak lebih kurang 
sama dengan seluar Iza pakai tu.
Hampeh.


So Iza pilih yang ni selepas "bertegang-urat-leher" dengan
my yayang. Biasalah bukan bergaduh tetapi mencari
kata sepakat perlu begitu.



Tengok painting kanvas frame pulak.
Cantik2 plak tu, harga pun x lah mahal sgt.
Berbaloi sgt. My yayang dah aim dah yang
die minat untuk letak kat dinding rumah
belakang sofa. Part ni kte serah je sebulatnya.


Asalnya nak beli kufi art sekali frame tapi 
mahal bebenar, so kite tukar kepada
kanvas frame jela. Banyak je choice leh pilih.


Frame gambar size A3.
Murah lah sgt RM11.50 la, RM13.50 lah.
Iza amek satu untuk letak gambar konvo yang family tu.


Ni A4 size.
Pun amek jugak satu. Tapi bukan nak letak 
gambar tapi letak benda lain.
Nanti scroll sampai bawah ye.



Pabila dua orang ini dah mula bosan,
si kecik ni faham lah kalau kte berdiri setempat je
die bosan so kena berjalan. Yang abahnya bosan
Iza dah faham dah. Hahahaha.



Asal Iza amek cermin ni nak sgt2,
tapi sebab my yayang x bagi letak balik.
Katanya belum ada keperluan tapi bagi Iza ada je keperluan.
Tapi nak yang warna putih habis pulak.
Framenya plastik, ada yang kayu.



Jam pun cantek2.
RM19.90 ada, harga lebih dari tu pun ada.
Design pun lawa2.


Alololo, muka sedih ke takut ni?



Nasib Darwisy boy kalau girl ibu
dah mintak abah belikan dah. Hehehe.



Seksyen ni kalau lemah iman macam Iza tak yah lah dok
gatal nak jalan sgt sebab nanti hati parah.
Ada je nak beli. Sebab murah.


Ni pun sama, terus terbayang mini taman dekat
luar rumah dengan dihiasi barang2 comel ni.





Esok dapat bonus, kalau datang sini mau habis bonus Iza.
So baik jangan datang sini. Kite buat2 tak tahu je.


Ini je yang Iza beli dari Kaison semalam.
Semuanya RM50.60.
Wallpaper RM19.90
Frame A4 RM7.50
Frame A3 RM11.50
Bunga RM3.90 x 3


Kaison dan buka banyak outlet kat seluruh Malaysia selain
Paradigm Mall Kelana Jaya,
KL Festival City,
Mahkota Parade Melaka,
Aeon Seri Manjung,
Sabah 



Frame A4 Iza letak benda ni.
Sweet je rasa. Tak sabar lak nak deko bilik
dak kenit ni. Tunggu ye Darwisy besar sket ibu buatkan.


Frame A3 Iza letak gambar konvo dengan
family yang ni.


Tunggu my yayang free nak gantung kat dinding.
Penuhkan dinding dengan frame. Tapi ada
dinding tertentu bukan dinding kat living hall.


Ni pun malam tadi buat, balang tu ada kawan bagi.
So tengah tu wrapped wallpaper sket.
Pastu sumbat tisu warna letak je bunga.
Siap! Ceria lah sket ada bunga.
Okey nanti Iza update pasal apa Iza buat dengan
wallpaper yang Iza beli tu ye.
Kena settle kan keje sebab ada event Rabu ni.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

22 comments:

  1. amboi2..sakan dia..semalam aiollss sibuk menerjah spotlight kat ampang point tu...sakit kepala jugak menahan nafsu membeli..huhu

    ReplyDelete
  2. > O'gosh
    haha. macam kanak2 lepas kandang masuk sini. sportlight tu nasib jauh kat ampang klu area sini i g gak. asyik dgr dlm radio promo aje. ce update blog cte apa yang menarik.hihi

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Thank you for the info,. Tiba-tiba rasa nak terjah terus datang kaison!

    Ruqayya wrote about... Shaklee supports Israel??

    ReplyDelete
  4. Isk xsyok LA yg dok jauh ni xdak kaison...
    Jeles arr..
    Nanti klu rajin nk ajk enSuami pi jln2 situ ;p

    ReplyDelete
  5. 1st time dtg sni. Hai iza. Sy ieza. Anak awk darwisy, anak sy darwish. Hihi. Sy xpernah lg ke kaison. Nanti ada peluang nk ajak encik suami lah.

    ReplyDelete
  6. > ruqayya
    most welcome dear..:) sila terjah...

    >NabilaHasyim
    hehehe.xpe, ada rezeki sampai nnt tu.:)

    >Ieza Ashaari
    Oh yeke? ..hehe..oo same Darwisy beza Y n H jela..:)sila ajak dan boleh terapi minda..hehe

    ReplyDelete
  7. As salam iza...
    Akak google kaison, jumpa blog iza...
    Sungguh, akk teringin sangat nak g kaison ni tapi kat kelantan rasanya belum ada lagi...huhu.
    http://www.vitaminderias.com

    ReplyDelete
  8. > Maria Ismail

    hehehe. xpe kak, klu ada ms berjalan/bercuti di sekitar KL boleh je pegi Kaison. hehe. moga akak ada kelapangan tersebut..:)

    ReplyDelete
  9. Name anak kita same la sis.. Putera Muhammad Darwisy ;)

    ReplyDelete
  10. > Kuan Lokman
    hehe. famous je nama Darwisy tu kan? suka sgt ngan nama tu sejak sebelum kahwin lg. hehe

    ReplyDelete
  11. type kaison, rupanya femes kaison ni..thanks bg ide sikit dr blog awak..

    www.cikpuan-permaisuri.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. > Nur Najmah

    hehehe.famous dear brg cantik2 mau x famous. haha

    ReplyDelete
  13. Nice blog...jemput ke blog saya Diaryhanie.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. > Diary Hanie

    TQ dear for dropping here...
    okey then nnt iza BW ye..

    ReplyDelete
  15. wahhh,, dah dapat idea untuk pasu bunga.. tq

    ReplyDelete
  16. tengok list harga yang mampu milik tu, lg rasa tergedik2 nk serang kaison..hahahahaha

    jemput join giveaway MERDEKA GIVEAWAY BY HONEYONNEE.COM

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kalau dah masuk kaison akan auto jd gedik nak membeli hahaha.

      Delete
  17. Singgah sini survey harga Frame Size A3 & A4

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..sila..sila refer pastu borang banyak2 ye..:)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails