click this to be awesome person

Wednesday, 23 July 2014

My SILs Nahas Lebuhraya KM406.5 Arah Utara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru-baru ni Iza dikejutkan dengan panggilan telefon dari my SILs tetapi 
suara bukan milik dia sebaliknya milik lelaki berbangsa india
yang menyatakan bahawa my SILs terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Berderau darah seketika sebab my SILs baru je balik dari umah
Iza nak ke Ipoh, Perak.

Hujung minggu lepas, yang mana sepatutnya Iza dan my yayang
pulang ke kampung Ipoh bagi menyambut dan berbuka puasa
dengan law family. Tetapi di atas desakan tugas my yayang, 
kami x jadi balik. Dan dapat info my SILs nak turun sini
dari Ipoh sebab nak agih kad kahwin die.
So die datang sorang, bermalam di rumah kami.
Pagi Ahad tu die dah bersiap nak balik ke Ipoh.
Iza sempat pesan kalau nak penat or nak rest
better rest dulu jgn berkejar sgt.
Die nak balik awal senang sebab esoknya nak keje.
Die gerak tengahari dari rumah Iza lebih kurang jam 
12.00 tengahari macam tu la.

Beberapa jam lepas tu lebih kurang 1.30 ptg Iza dapat
call dari hp my SILs. Ingat die call sebab ada nak cakap
tertinggal barang ke apa, rupanya bukan die tapi
suara lelaki berbangsa india inform yang my SILs kemalangan,
kereta terbabas kat lebuhraya menghala ke utara.

Iza dah panik, lelaki india yang tlg tu kata die nampak
kereta my SILs dari arah bertentangan di kawasan
Lembah Beringin mula x terkawal dan terbabas langgar tebing
jalan dan naik ke kawasan bukit, dan kereta jatuh ke curam / bukit.
Lelaki tu terus berhenti tepi dan sanggup lintas ke arah bertentangan
sebab nak selamatkan my SILs keluar dari kereta
sebab takut kereta meletup dan terbakar.

Menurut cerita my SILs masa sebelum kejadian tu die masih
sedar dan cuba nak cari tempat berhenti untuk rest sekejap
tapi apakan daya di luar kawalan. 
Dah mengantuk sgt kalau terlelap memang lah nahas jawabnya.
Die tersedar pun masa kereta langgar tebing jalan
dan langgar bukit tepi lebuhraya kemudian kereta die
melompat ke bawah bukit. Kalau pandang kereta memang
dalam hati terdetik "hidup lagi ke?"

Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi penyayang,
my SILs sedar dan cuba berusaha keluar dari kereta.
Ditakdirkan Allah jua lelaki india tu nampak kejadian tu
dan cuba membantu dengan memecahkan cermin belakang
dan menarik keluar my SILs dari kereta.
Sebab pintu semua dah auto lock jadinya boleh lemas.
Nasib lah my SILs tak pengsan ke apa dalam kereta tu.
Dan nasib juga lelaki india tu nampak kejadian tu
if tak sampai skrg orang tak tahu my SILs kemalangan sebab
kalau dari tepi lebuhraya memang x nampak macam ada kemalangan
sebabnya kereta dah jatuh ke bawah bukit / gaung.

Iza dapat call tu terus call my yayang beberapa kali
tapi x berjawab, dah tak tahu nak buat apa call Wan which is
my SILs aida punya husband. 
Beberapa minit lepas tu my yayang sampai rumah,
x sempat masuk pagar lagi Iza dah bagi tahu
yang Ina accident kat hiway.
Terus Iza bersiap, siapkan beg Darwisy
sebab terfikir mesti lama nak tunggu kat hospital semua.

Kami terus gerak, dalam perjalanan bomba call
guna hp my SILs explain tentang kejadian semua.
Bomba datang sebab nak potong kereta takut my SILs tersepit
dalam kereta tapi since dah diselamatkan oleh
lelaki india tu so bomba just pantau keadaan.
Kami difahamkan ambulans dalam perjalanan
ke tempat kejadian. Hospital yang berdekatan adalah
Hospital Slim River. 

Memandangkan Iza pernah study di Politeknik Tanjung Malim
so Iza dapat la sedikit gambaran jalan ke hospital berkenaan. 
Tapi my yayang nak jugak pegi tengok keadaan kereta di 
KM406.5 tu. Bila sampai kat KM406 kami slow kan kereta tapi
sepanjang jalan tak nampak pun kereta my SILs dan
kami beranggapan mungkin dah kena towing kot.
Masa nak exit Tanjung Malim,
call hp my SILs lelaki melayu jawab kata my SILs
dalam ambulan nak bawak ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim dahulu.
Bila tanya pasal kereta, diorang kata kereta dalam gaung.
Iza n my yayang macam, gaung???
Patutlah tak nampak tadi.

Sampai kat KK Tanjung Malim, tengok staff nurse ngan
medical assistant tengah tolak my SILs atas troli
nak naik ambulans utk bawak ke Hospital Slim River.
Iza tak faham kenapa tak terus bawak ke
hospital, sebaliknya ke KKTM plak?
Staff nurse tu kata sebab mangsa tidak kritikal.
Rasa macam nak mengamuk pun ada,
luaran mungkin xnampak kritikal tapi dalaman kita tahu ke?
Tengok kereta pun dah ngeri kot.

Lastly Iza dengan Darwisy naik ambulans teman 
my SILs yang masih dalam keadaan trauma.
My yayang amek brg2 berharga my SILs dari staff nurse
dan terus shoot balik Ipoh amek my MIL.
Ikutkan tak nak inform my MIL tapi tak boleh nanti 
pape jadi panjang cerita sapa pulak nak jawab.

Alhamdulillah Darwisy dalam ambulans sgt behave,
dok diam je dekat dakapan Iza macam faham situasi tu.
Ambulans jgn kata lah bawak macam apa,
semua lubang atas jalan dilanggarnya.
Dah rasa macam naik kuda okey.
Orang tak sakit pun boleh jadi sakit.
Tengok my SILs rasa sayu, walaupun adik ipar
aje tapi rasa simpati, sedih semua ada lah.

Kat tengkuk/leher dipasang alat terapi tulang leher tu
supaya die rasa tenang sket. Tangan masuk air,
kaki dah berselimut putih tak sanggup nak tengok
sebab staff nurse kata kaki die koyak nampak tulang.
Iza tak dapat bayangkan. So Iza mampu berdiam diri je
sepanjang dalam ambulans.
My SILs pulak Iza tengok air mata mengalir laju
tapi mata pejam. Mungkin die masih lagi terkejut,
bercampur rasa sakit yang ditanggung.







Tengoklah keadaan kereta die dari tepi tebing hiway. 
Kalau berhenti tepi setakat pandang dari dalam kereta
memang takkan nampak ke bawah lah.
Dan takkan tahu pun ada apa kat bawah tu.
Ni kena turun kereta jalan sket ke tepi baru nampak
kereta die kat bawah tu.
Upah kren tarik makan ribuan ringgit gak,
towing semua macam biasalah.

Iza tunggu kat wad kecemasan hosputal slim river sampai
ke petang dekat buka dah. Then adik dan wan sampai,
sekali dengan tunang Ina. Tunggu rawatan kecemasan diberi semua
baru lah my MIL dan my yayang sampai dari Ipoh.
Kami berbuka kurma dan kuih muih je sebab nak 
ke balai buat report polis.

Alhamdulillah my SILs hanya mengalami bengkak di kepala,
terima jahitan luar dalam lebih 30 jahitan di bahagian kaki
sebelah kanan bawah kepala lutut die.
So dah boleh keluar hospital, kami ke balai polis ulu bernam
untuk buat report dan selesaikan urusan
kren + towing kereta tu. 

Malam tu jugak kteorang gerak balik Ipoh
sebab takkan nak balik KL plak.
Sepanjang kat Ipoh, ramai lah sedara mara
dan kenalan datang ziarah my SILs.
Semua terkejut dengar berita tu dan lagi terkejut
bila tengok gambar kereta my SILs sebab selalunya
kalau sedemikian rupa memang owner kereta tu dah tak de lah.
My SILs siap cakap, masa kejadian tu die dapat bayangkan
dia akan ikut my FIL dan akan jumpa abah.
Dahlah arwah abah pergi tak sampai setahun lagi,
raya ke sepuluh ni baru genap setahun.
Allah masih beri peluang pada my SILs untuk meneruskan
kehidupan di dunia ini.
Pesanan untuk semua, kalau korang rasa mengantuk
ke letih ke baiklah berhenti seketika.
Dari mendapat kecelakaan di kemudian hari nya.
Ingat lah yang kita boleh ubah nasib 
diri dan ahli keluarga kita jika ada usaha
dengan izinNya jua.
Berhati2 di jalan raya dan memandu
sepanjang tempoh perayaan ini ye.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails