click this to be awesome person

Thursday, 3 July 2014

Mickey Si Kucing Maine Coon Pergi Untuk Selamanya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pagi ni jiwa sangat tak tenteram dan gelisah. Semuanya
salah Iza, bermula dari Iza yang cuai menyebabkan
Mickey mati dilanggar kereta jiran pagi tadi.
Macam mana nak mulakan cerita pun Iza tak tau la.
Sebab tak sanggup. Bukan tak boleh terima
Mickey mati, cuma cara Mickey mati tu mungkin
amat menyedihkan.

Semalam, my SILs Aida dgn wan datang rumah
berbuka sekali dah alang2 Iza nak masak
siakap tiga rasa tu jemput sekali berbuka ramai-ramai.
Dah diorang je dekat ngan rumah kiteorg.
Adeq datang bawak "Baby" yang mana merupakan 
kucing persian jantan, dulu adeq jaga skrg 
tak lagi sebab alahan pregnant. 
Sebelum2 ni Mickey die memang pantang dan tak suka
dengan Baby, Baby baru nak dekat je terus die lari.
Memang x suka sgt lah.
Tapi malam tadi sedikit lain
bila Mickey yang pergi kat Baby.
Pastu Baby pulak lari, Mickey siap main
kejar2 ngan Baby lagi.

Kiteorang macam agak pelik di situ
sebab lain dari kebiasaan tengok gelagat dua ekor tu.
Nak dijadikan cerita sekarang kan musim panas,
sampai berbahang dalam rumah.
So semalam Iza buka lah tingkap kat hall nak bagi 
angin luar masuk bagi sejuk sket.
Iza memang tak ingat nak tutup balik tingkap tu
sebelum masuk tido.
Dan pada masa tu lah Mickey keluar
melalui tingkap. Sebelum ni pun Mickey pernah
panjat dan keluar tapi alhamdulillah die balik
dalam keadaan selamat cuma kotor jela.

Tapi pagi tadi, lain ceritanya. Pagi tadi
kiteorang siap lambat bangun sahur.
Kelam kabut la masing2, my yayang tersedar
tanya Mickey sebab die tak nampak Mickey.
Pastu die ternampak tingkap terbuka.
Apa lagi, bising lah pada Iza sebab cuai.
Iza ni sebagai isteri nak sedapkan hati die
cakap yakin Mickey akan balik sebab
die dah pernah keluar sebelum ni. 
My yayang pulak siap kata kalau Mickey balik
kalau x balik? Iza pun dgn rasa tak sedap hati
pegi lah keje dengan harapan jugak
Mickey akan balik. 

Sampai je opis dengar hp bunyi.
My yayang call, baru nak jawab dah letak.
Iza call balik x angkat.
Last2 my yayang text kat whatsapp


Remuk redam semua adalah masa tengok gambar yang
my yayang send tu. Iza yang tengok dalam hp pun
menggigil ini kan die yang tengok depan mata?
Siyes Iza xnak pun benda macam ni jadi kat Mickey.
Malah x pernah minta pun.
Memang kadang2 Iza macam marah, tak suka 
kat Mickey sebab lately ni bulu die
suka gugur pastu berterbangan satu rumah.

Then die "membuang" pun agak berbau kat kawasan dapur.
Iza part tu tak de masalah boleh bersihkan
semua dan memang Iza pun selalu monitor
cage Mickey sebab tak nak nanti bila kotor
mula la datang serangga yang Iza tak suka.
Tapi bila bulu Mickey terkena pada Darwisy,
tang muka pulak tu Iza jadi kurang senang lah.
Sebab Iza pentingkan kesihatan anak.
Tak nak anak ada asthma ke apa nanti
Iza ngan my yayang jugak yang susah. 

Mungkin sebab tingkah laku Iza macam tu
yang menyebabkan my yayang text kat whatsapp macam tu.
Iza pun sedih sebab Mickey ni
kucing yang sgt aktif. Bila kita jalan je
die akan tangkap kaki.
Balik rumah je die dah tunggu kat belakang pintu
sambut balik. Memang lincah.



Macam biasalah tengah sedih kan?
Memang my yayang xkan balas.
Die memang syg sgt ngan Mickey.
Kadang siap bawak tido semua.
Belikan barang2 Mickey.
Iza sejak ada Darwisy memang kurang sket
sebab perhatian sepenuhnya pada anak.


Sedih sgt bile zoom gambar Mickey yang ni.
Mata terkeluar. Memang dah ajal tapi
Iza x sangka cara kematian die macam ni.
Iza taklah nak marah ke jiran ke apa,
bukan salah sesiapa. Kalau bukan jiran DSQ yang
langgar mungkin die kena langgar kat jalan besar
atau apa-apa kemungkinan boleh berlaku.
Semua ni salah Iza jugak sebab cuai
tutup tingkap, kalau Iza tutup atau tak buka tingkap semalam
mesti Mickey tak keluar rumah kan?
Patut lah my yayang marah sangat pada Izal.


Antara komen2 kawan2 kat FB,
juga merupakan sebahagian jiran kat rumah.
Thanx korang sebab sgt prihatin.
Walau pun Mickey hanya seekor kucing
korang sgt bersimpati dan memahami.
Bagi yang tak suka kucing mungkin ianya hanya sebuah kematian
yang lumrah, tapi bila korang dah start jaga die
belai die semua korang akan rasa lain
dan sungguh kehilangan bila jadi macam ni.
Kucing sgt memahami manusia.
Dulu sebelum ada Darwisy Iza selalu 
bercakap, main dengan Mickey.
Dari Mickey kecik, sampai besar
macam anak harimau.
Dari rumah kuarters sampai rumah DSQ.
Mickey ni special sebab spesis Maine Coon.
Kacukan kucing hutan dengan persian tak silap.
Banyak lah kenangan ngan die.
Suka tengok bola kat TV.








Mickey, maafkan ibu ye.
Mickey jangan dendam ngan ibu ye.
Maaf ibu tak jaga Mickey dengan baik
sejak ada Darwisy, mungkin sebab tu juga
Mickey menjauhkan diri dan jadi macam ni.





Ni gambar Baby malam tadi Iza upload kat IG.
Sian Baby sebab dah tak de kawan dah.
I'm sorry Baby.


Balik ni tak tau lah macam mana nak masuk rumah
sebab mesti pelik Mickey dha tak de.
Harap hati ni cepat2 terubat.
Dan sangat berharap serta berdoa semoga
hati my yayang cepat baik jugak.
Mesti die paling sedih.
Wallahu'alam.
Rasa serik nak bela haiwan.
Dulu masa bujang dok ngan mak pun
ada kucing macam Mickey gak,
warna kelabu gak, nama pun Mickey,
mati pun sebab kena langgar kete orang 
letak depan rumah. Suratan takdir.
Tak tahu macam mana nak hilangkan rasa bersalah
dalam diri ni.

Call my SIL ina tu pagi tadi die pun nangis,
call my MIL pagi tadi pun macam sedih dan 
cakap dah ajal. Call bagi tahu mak Iza pun
sayu je dengar suara. Tak tahu lah.
Tak tahu macam mana nak pujuk hati my yayang.
Memang kena bagi masa kat die.
MIL pun kata bagi masa,
MIL kata lagi memang my yayang suka kucing
dan sayang kucing. 
Sorry juga pada Awin sebab die yang
bagi Mickey kat kiteorang. 

Dear my yayang,
i'm truly, deeply so sorry.
It's my fault.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails