click this to be awesome person

Friday, 18 July 2014

Homemade Cornflakes Madu With Raisin


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sepanjang bulan puasa ni Iza betul2 sibuk dekat opis.
Ingat ke bulan puasa leh relax sket rupanya tidak.
Tahun ni sebalang kuih raya pun Iza x beli.
Memang hajat nak buat sendiri dua tiga jenis.
Dek risau dengan kesuntukan masa melampau semalam 
pas check-up Darwisy terus balik rumah.
Tidokan Darwisy dulu tapi die taknak tido.

Sementara die dok diam main sorang baiklah ibu
die ni mempercepatkan pergerakan untuk buat apa yang patut.
So semalam dapatlah 4 balang setengah cornflakes madu dengan 
kismis ni hah. Kuih raya paling mudah, ringkas dan cepat
lagi menjimatkan.


Memang setahun sekali jelah guna oven ni je pun.
Hahahaha. Ingat lagi tahun lepas beli kat lazada
gara2 nak siapkan tempahan kuih semprit dahlia.
Sebab oven lama yang Iza pinjam mak punya tu asyik bau hangit je.
Sebelum terbakar dan rosak baik pulang balik dan
beli yang baru sendiri punya. Senang.


Resepi Mudah Cornflakes Madu With Raisin

1 kotak cornflakes
Kismis
Madu
Butter 
Gula pasir
Manik-manik warna-warni




Cara-caranya 

Panaskan butter di dalam frying pan,
masukkan beberapa sudu madu ikut tahap kesukaan
korang kepada manis,
masukkan beberapa sudu gula pasir
kacau sehingga menjadi sedikit pekat dan 
jangan sampai hangit pulak.
Iza xde guna sukatan tertentu sebab main agak2 
ikut suka hati Iza je.

Tuang campuran butter + gula + madu yang telah
direhatkan dalam 5 minit ke dalam timbunan
cornflakes, taburkan kismis dan gaul rata bagi 
kesemua empingan jagung tu kena dengan campuran
3 serangkai tadi tu.

Then masukkan dalam cup kecik molek ni hah
guna penyepit, then dah siap satu tray tu tabur lah manik-manik
yang berwarna-warni tu atas permukaan nya.
Bakar dalam oven lebih kurang 10-15 minit,
Iza guna api atas bawah dan suhu 100-120.
Tak garing sangat, sedang2 aje.


Inilah hasilnya semalam,
siap selepas berbuka boleh lah agih kat mak dan
along Iza. Kalau kat umah Iza satu balang pun dah cukup.
Satu balang semalam Iza estimate dapatlah dalam 40-45 cups.
So okey lah kan? Dah jimat.
Beli barang2 semalam pun dalam RM30 aje.
Kalau beli tentu2 sebalang RM15 kot.
Okey korang selamat mencuba.
Kalau taknak guna resepi Iza boleh google resepi lain.
Hahahaha.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails