click this to be awesome person

Wednesday, 2 July 2014

4 Ramadhan 1435H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semalam bermulalah episod *ngeri* kerana berkejaran untuk
pulang ke rumah memandangkan telah bertukar
waktu kerja 8.00 pg - 5.00 ptg ke 7.30 pg - 4.30 ptg.
Tetapi memandangkan bulan puasa terlalu ramai jugak
penjawat awam yang tukar waktu WP 1 tu hah.
Semalam nak punch card pun beratur, nak naik lift pun
beratur, nak kuar basement opis pun beratur.
Tapi nasib baik sampai umah pengasuh Darwisy
okey, clear aje senang nak g amek die.

Then call my yayang tanya die buka kat mana,
so die buka kat opis pastu suh datang buka sama.
Malas nak pikir banyak terus g opis my yayang.
Sampai je tengah ada majlis PM tengah nak rasmikan
Festival Ramadhan Putrajaya 2014 kat Perbadanan Putrajaya.
Agak sesak dan ramai orang lah jugak.
Jalan-jalan dulu ngan Darwisy kat bazar yang ada,
nak g bazar Ramadhan memang tak lah kan.



Dah boring jalan kat sekitar kompleks Ppj tu tengok gerai
jual baju lah, kuih raya la ala-ala macam kat PKNS dan 
medan mara tu bezanya sana meriah sini 
macam biasa-biasa je. Wallahu'alam tak tahu kenapa.
So tak de apa yang menarik hati dan perhatian
maka lepak dalam opis my yayang jelah.
Darwisy pun over-excited bile dtg opis abah.
Bukan main semua orang die nak menegur.
Tgh galak nak "bercakap" lah tu.
Pastu dok main landing suka hati nasib baik ibu
sempat tahan ngan tangan kalau tak dah terhantuk
kepala tu kat meja. Dengan abah je brp kali dah terhantuk
sebab buas sgt. Nasib x nangis siap gelak lagi.


Kiteorang decide buka kat luar opis ni hah,
ingat nak suh my yayang beli tapau makan kat opis die je.
Tapi dah ada meja kosong kat gerai luar tu dok terus la.
Makan ani sup utara je pun, 
banyak menu tak menepati citarasa lah pulak.
Kalau macam tahun lepas ada jual asam pedas yang sedap tu.
Tahun ni tak de lah pulak mungkin bagi peluang kat
peniaga lain mencari rezeki.

Ni muka budak monyok mengalahkan orang berpuasa.
Yang kelakar tu die kalau depan org ramai sgt behave.
Diam aje, senyum, gelak, ketawa tapi kalau
dengan ibu abah kat rumah die tunjuk siapa diri die sebenar.
Hehehehe. Jangan sampai ke besar gitu ye sayang ibu.
Nanti orang tak suka macam tu.
Alhamdulillah setakat ni Darwisy okey lagi
pakai kopiah cinonet tu. Hehehehe


Gambar ni telah membuatkan abah jealous
dengan ibu sebab Darwisy dah mula ikut muka ibu
hahahahahahaha. Walau pun hidung kami berdua telah
dikategorikan sebagai "hidung ikan" oleh abah kami tetap bersyukur. 
Okeylah, fair n square lah.
Mata Darwisy sama macam mata abah - bulat macam biji guli.
Hidung Darwisy sama macam hidung ibu - tak mancung macam hidung ikan
walau pun ibu tahu ikan memang xde hidung.
Sekian.
Oh, hari ni plan nak masak siakap tiga rasa
sebab acu aida ngan acu wan nak buka
sekali kat rumah. Nampak gaya kena ke pasar lah tengahari ni.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. selamat berpuasa comelnya Darwisy

    ReplyDelete
  2. Thanx dear. comel cam ibu kan? hihi :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails