click this to be awesome person

Thursday, 12 June 2014

Ragam Muhammad Darwisy Affendi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

My little khalifah
Muhammad Darwisy Affendi
sekarang banyak sangat ragamnya.
Membesar dengan sihat
seperti baby lain.
Ada masa die suka,
ada masa die sedih sampai
menangis keluar air mata.

Semuanya beri ibu pengalaman baru
dan banyak ibu/abah belajar
perkara baru sejak ada kamu.
Kamu sangat cerdik 
sehingga pandai mengerti
ibu marah dengan mencebikkan bibir.
Terus cair hati ibu/abah.


Badan makin tegap,
pipi makin bulat,
bercakap makin kerap,
kadang menangis buat-buat.
Hai lah anak.
Ada masa dalam car seat moody,
ada masa kang happy x semena.
Ibu pun terikut happy bila
kamu senyum manis.


Hilang penat lelah ibu
dan abah setiap kali kamu
hadiahkan senyuman manis macam ni.
Pandai amek hati budak kecik ni.


Suka abah pegang,
bila abah pegang kamu lah yang paling bahagia.
Senyum meleret2.
Xpe syg, ibu x jeles
kalau kamu lebih selesa dengan abah
sebab kamu berdua punya jantina yang sama.
Mungkin lebih keserasian di situ
walau kamu masih kecil.
Ibu perasan kalau abah takde kat rumah,
pergi kursus ke kamu seakan
hilang semangat.
Moody aje ibu tengok.
Barangkali kamu rindukan abah.
Sejurus nampak muka abah,
gelak tawa kamu bukan
main girang kedengaran.


Semalam sampai rumah, 
ibu letak kamu di tv hall
sebab di situ ruang kegemaran kamu.
Sekejap je ibu tinggalkan kamu
pergi ke dapur,
tengok kamu dah jadi macam ni.
Berderau darah ibu.
Syukur ibu tergerak hati nak tengok kamu.
Terus ibu alihkan kamu dari
comforter/toto tu.
Takut kamu lemas.


Muhammad Darwisy Affendi,
kamu dah banyak ragamnya.
Kamu dalam proses membesar.
Ibu dan abah harap dan berdoa
moga kamu membesar dengan sihat.
Kamu membawa nama abah,
jadilah insan yang lebih hebat,
lebih soleh, lebih taat dari ibu dan abah ye.
Kerana kamu amanah dari Allah
buat abah dan ibu.
(perasaan keibuan melanda hati dan jiwa ibu)

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. ala izzah...sayu je saya membaca entry ini. lain kan perasaan kita...

    ReplyDelete
  2. > Mona Lea
    itulah pasal cc, lately ni mcm sayu je perasaan melayan di kecik ni. heehhehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails