click this to be awesome person

Wednesday, 4 June 2014

Projek Susun Atur Ruang Dapur


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni baru masuk
opis gara-gara dek serangan
demam viral dan menyebabkan
Iza MC untuk 2 hari.
Alhamdulillah hari ni
dah beransur baik.
Ni kisah minggu lepas hari 
Jumaat lunch ada hal kat luar
so alang2 nak menunggu turn 
di bengkel kereta Iza lari ke
equine seri kembangan.
Sebabnya g Jusco dan kalau
dah ke Jusco haruslah ke Daiso dan DIY.



Okey, bila dah masuk tengok
berwarna warni begini terus rasa
nak bawak balik semua.
Sila jangan jadi sahabat setan
beli semua sedangkan belum tentu
berguna. Kan dah membazir.
Pesan pd siri sendiri.
Lagi satu tips kalau
nak cari barang untuk susun atur ke apa
better bawak sampel spy boleh uji
muat ke tak atau bawak ukuran.
Iza pegi ni memang ada hajat
nak menyusun atur balik
barang2 kat dapur dan dalam KC tu.
Sungguh berserabut lagi semak 
mata memandang.
Dan yang x tahan setiap kali 
my yayang masuk dapur mesti 
cari barang x jumpa
pastu dok tanya banyak kali.
End up Iza decide nak buat tagging.
So stay tune.



Gigih okey angkut balang ni
semata2 nak try n error pada
bekas yang ada di Daiso ni hah.
Eh sbnrnya balang tu pun baru
beli dr DIY. Hehehe.
Sebab terfikir kat rumah
memang bekas letak rempah ratus, 
kunyit, garam dll tu mcm x seragam.
So alasan kukuh.
Murah 3 balang ni dalam RM6 aje.
So kite amek 2 set.
Tengok lah tu siap cuba buat 
macam kedai sendiri.
Ada pakcik tu tegur,
elok jugak mcm ni cuba dlu
nnt balik rumah x muat dah x guna ye.
Iza sengih je malu2 meow.
Dalam hati pakcik ni perli ke apa?
Hehehehe


Balik rumah terus semangat
tu membuak2 macam nak muntah.
Hahaha. Padanlah Iza demam sebab 
struggle buat ni. Okey, tipu.
Sakit semua kan datang dari Allah.
Memandangkan memang fanatik
dgn warna hijau epal
harus grab bekas pun wrna hijau.
Tu rupa asal balang tu siap
dah ada tagging asal.
Tapi mcm x berkenan.
So Iza buat tagging guna 
blackboard sticker aje.
Kepada yang nak beli dgn harga
murah boleh ke link di bawah,
free postage lagi


Mula-mula buat yang kat atas tu tapi
macam tak suka pula sebab warna marker tu
macam kurang menyerlah.
So Iza buat lain la
guna marker dakwat silver tu.
Baru lah terang sket nampaknya ek.


Gambar atas sebelum
dan gambar bawah selepas.
Sejuk sket mata Iza ni.
Hehehehe.
Boleh tarik nafas lega.
Milo, kopi, teh, gula, dan bahan
lain sume dah ada tagging.
Yang dalam bekas hijau tu 
Iza letak macam stok serbuk kunyit,
kiub ayam, rempah kari dan lain2 la.


Dah alang2 tengah rajin
maka DIY kotak untuk letak plastik
hitam sampah.
Wah, my yayang kata dah kenapa
sampai plastik hitam pun nak lipat
dan ada bekas.
Kotak tu amek kotak bekas balang kaca
yang baru beli.
Terus balut, then buat lubang kat tengah.
Plastik hitam yang sebeban tu lipat
elok2 sumbat dalam ni.
Bila buka je laci dah nampak.
Suka dan sengih sorang2 sambil
disaksikan oleh my yayang
dan si kecik.
Pastu ada suara kata
"Darwisy, ibu dah kena "sawan" mengemas.
Layankan aje"
Iza macam whatever. :)


Ni hasil tagging.
Senang kalau family ke sedara
mara dtg ke nak beraksi di dapur
dah boleh recognize bahan2.
Pasni tinggal nak tagging almari
baju dan barang dalam peti sejuk aje.



Pastu kat DIY banyak gak borong barang
sebabnya murah dan berbaloi.
Gatal g beli wallpaper yang kat atas ni.
Then gatal lekatkan kat laci KC.
Mcm okey je. My yayang pun
tak marah so means die pun setuju lah tu.
Best sebab kalau nak tanggalkan pun
takde sebarang kesan.
Pasni leh buat projek lain plak.
Tunggu ye.
RM5.90 satu roll ni
tak ingat brp panjangnya.


Beli alas ni jugak di DIY.
RM2.90 tak silap.
Kalau kat Daiso RM5.
So dah jimat di situ.
Amek 3 roll untuk buat alas dalam bekas
ni dan alas pada rak di dalam KC.
Takdelah rosak permukaan rak KC nnt.
Sayang dan jaga harta sebaik mungkin.
Nak dapat punya berhempas pulas kan?


Antara susunan stok makanan dan
barang makanan lain pada rak
di dalam KC.
Alhamdulillah lega sgt dpt buat macam ni
sebab my yayang dah x tanya dah.
Cuma pesan kat die tlg jangan sepahkan
kalau dah amek tu tlg letak balik di tempat
asal lah ye. Hehehe


Antara balang tupperware 
dan cosway.
Sgt membantu sbb dua2 kedap udara.
Memang berbaloi beli.
Cume tang tupperware brand kena 
tgok bajet lah sbb harga kan?
Klu cosway memang mampu milik
punya harga untuk container die.


Memang dalam KC ni penuh barang dari
Tupperware, Cosway, Daiso n Ikea ajelah.
Suka bangat. Bila la kat Sepang
nak ada Daiso dengan DIY ni?
Xde ke investor yang nak melabor
ke area Sepang tu esp. Salak Tinggi.


Another space untuk simpan 
barang makanan, Supplement Shaklee,
kordial dan jajan2.


Ruang khas untuk simpan bekas
Tupperware. Oh baru ku sedar
banyak jugak dah berhabis dengan
brand ni hah.
Sampai x muat ruang. Nasib lah.
Jom lah insaf dari membeli ye.


Rak pinggan dan drainer
yang diberi sebagai hadiah oleh
kontraktor yang memasang KC ni.
TQ so much kerana memudahkan 
keje kami sekeluarga.



Sudut ni memang x tau nak kata apa
sebab dah banyak kali berubah
hiasan di atas ni.
Hahahaha.
Nampak sgt cepat bosan.
Pasni ntah apa pulak jadinya.
Tunggu masa je.




Antara sebahagian koleksi
yang beli di Romantika.
Lama sungguh tak ke sana.
Sejak2 kenal Daiso dan DIY ni kan.
Nasib la.
Jimat sket duit.


Dah tak tau nak letak apa
amek lah piala microphone ni hah
buat hiasan sementara.
Niat hati skrg jgak nak terjah g Kaison
cari barang hiasan.
Tunggu dan sabar je dulu.


Pandangan dari sudut pintu bilik air
di dapur.
Kan seronok hari2 macam ni kan?
Tak yah kemas dah.
So apa guna ada dapur kalau x 
masak ek? Hahahaha.
Jom lah jadi rajin.


Nampak tak bekas balang kaca
yang beli di DIY tu telah
disusun atur di atas bekas beras tu.
Padan pulak warna hijau 
dua2 tu. Rasa tenang aje hati.
Syukur. Harap mampu kekal
bersih, kemas dan segar mcm ni.


Sebahagian pandangan dapur kecil Iza
dari TV hall.
Tak besar mana sebab banyak barang 
dah jadi sempit sket lah.
Ada masa dan idea serta bajet
kita transform lagi.
Ekekekeke.
Okey korang,
selamat bersusun atur.
Iza akan mula sibuk sebab nak 
kena duty untuk hari Agong
this week.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


12 comments:

  1. cantik dan kemas je zah.suka tengok

    ReplyDelete
  2. >Mona Lea
    harap kekal berpanjangan lah.
    sebab nak dpt cenggini kena betul2 free dan ada mood. hehehe

    ReplyDelete
  3. wahwah...ai je x start lagi ni...ada la sikit2..tapi still x puas ahati..kn all out gak macam uolls....

    ReplyDelete
  4. > O'gosh Iskandar
    haha. ni pun memerlukan kekuatan mental yang tinggi kalau x hancus gak ke laut tengah. caiyokk! xsbr nak tgok u punye. hiks

    ReplyDelete
  5. comel...ada label, ada projek diy, ada unsur deko...kemas dan tersusun...suka tgk! =))

    ReplyDelete
  6. > Fizah
    wah...master sukasusunatur terjah blog kita lah...hehehehe...terharu ni..TQ dear...ur blog sgt memberi inspirasi..:)

    ReplyDelete
  7. suka tengok gambar banyak2... hehe bilalah nak terjah kaison dengan daiso??? huhu...

    ReplyDelete
  8. Salam Ziarah...

    bestnyer da kemas2...saya ari tu setat dah..siap jugak 80% dlm masa 3 hari berturut2 tido kul 2am sbb tgh ketagih ngemas.,.,

    skrg dah xde mood balik..huwawawa :p

    ReplyDelete
  9. > Suri
    kan? bile tengok gmbr rasa semangat len macam aje.hehehe.
    kena pegi dear, tp sblm pegi kte menabung dlu bru syiok.hehehe

    >Juls Julie
    Wassalam, best kalau umah nampak kemas dan tenang sepanjang hari.baru lah rumahku syurgaku ye dak.hehe.best of luck, sy pun sm ada je projek nak buat. suami pun layankan aje hobi wife die.hehe. tq sudi singgah.

    ReplyDelete
  10. cantik dan kemas..jeles tengok kemas macam ni. saya pun nak buatlah. dalam proses belajar nak kemaskan rumah sebegini.

    ReplyDelete
  11. > Fazidawani
    hehe. jom.jom. bile kemas selalu hati tenang aje. hehe tp jgn smpi taknak masak lak. hihi

    ReplyDelete
  12. Cantik...kemas...esok nk memcari kotak2 kat rumah....apa yg boleh dibuat....xsabar dah nih....

    Jom lawat blog saya pulak...

    www.sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails