click this to be awesome person

Monday, 30 June 2014

Nur Qadirah, Nur Qadisah, Nur Qasrina dan Muhammad Darwisy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Amboi tajuk entry bukan main nama gegirl aje,
memang Darwisy dikelilingi gegirl aje lah. Hihi.
Jadi pujaan ramai anak ibu ni nanti.
Syukur Allah masih pertemukan kita dengan bulan Ramadhan
pada tahun ini bulan yang penuh dgn barakah
dan juga kenikmatan pahala jika
kita beramal soleh. Masih sempat untuk 
Iza ucapkan selamat berpuasa kepada
pembaca semua yang sedang membaca.

Seperti kelaziman setiap kali awal puasa
Iza akan cuba ambil kesempatan untuk bersama keluarga
tersayang terutamanya mak. Yelah, ayah dah takde kan
so manfaatkan waktu seadanya dgn mak.
My yayang macam biasa keje tak boleh nak buat
apa jadi Iza balik Gombak.
Kalau my yayang x keje mesti dah balik Ipoh
menyambut awal puasa dengan law family.

Iza cadang nak balik pagi Sabtu sebab satu
tak larat nak drive dan yang kedua my yayang
nak berbuka sama Ahad pertama puasa tu
tapi my yayang kena keje.
Mak Iza offer nak jemput Iza kat Salak Tinggi
dan kereta Iza tinggal untuk my yayang
datang ari Ahad nya. 

Mak datang dengan adik Iza
dan si kembar. Ikut sebab rindu sgt kat Darwisy 
katanya. So tak menyabar nak jumpa kat umah
ikut lah nenek dengan acu amek mak lang ngan Darwisy.


Sampai rumah mak Iza bih agak lewat lah
dalam 11.58 pm gitu sebab nya jauh kan dari 
Gombak - Salak Tinggi then patah balik.
Terharu sgt sebab mak sudi amek anak die ni hah
semata-mata nak spend time anak beranak.
Biasalah kakak kembar dua orang ni memang
berebut nak main ngan Darwisy.
Darwisy yang asal ngantuk jadi segar terus.
Sudahnya tiga orang ni tido lambat.
Apa lah yang kakak qadisah tu buat,
eh skrg tak leh panggil die adik cah ek 
sebab die taknak dah.
Die sendiri bahasakan diri kakak.
So sweet!



Tengok Darwisy, ada die kisah orang nak amek gambar 
ke nak apa ke lantak die tak layan.
Lelaki katakan. Hehehehe. Sibuk die main tarik baju
memang habit skrg. Dah besar dah kembar ni.
Si kakak nampak mcm sgt bertanggungjawab dan
sabar jugak lah melayan Darwisy tu yang die sanggup 
peluk memanjang Darwisy tu. Ecah ni okey jugak
cuma tak macam kakak lah. Die ada
mood die. Kalau die rasa nak main, gomol ngan Darwisy
die main if tak die buat hal sendiri.



Alolololo. Shomellnyaaaa.
Yang kakak ni sgt penyayang lah.
Die je berani dukung dan pangku Darwisy,
Ecah tak berani. Sikit-sikit kang cakap
"ala, ecah tak pandai lah. Darwisy kan berat"
kakak pulak, langsung tak kisah.
Siap Darwisy nak meniarap die sibuk tolong.
Bukan main bulat mata Darwisy, padahal dah dekat 
kul 1 pagi kot. Upload gambar yang kanan tu
kat IG, ramai yang kata dah ikut muka Iza.
Wahh! Betul ke? Dari lahir orang asyik kata ikut muka 
abah aje. Sob.Sob.Sob.


Ni pulak gelagat dua budak botak.
Sorang mata sepet, sorang mata bulat.
Sorang putih melepak, sorang hitam manis.
Sorang gegirl, sorang boboi.
Hehehe. Rasa macam Iza tak introduce lagi kot
pasal Nur Qasrina kat blog ni.
Ke dah ek? Lupa plak. Hehehe.
Nur Qasrina ni adik baru si kembar.
Lahir 22 Mei 2014 hari tu.
Lahir2 berat 3.85kg.
Kalah Muhammad Darwisy, tengok ummi die lah kan.
Darwisy tua 3 bulan je pun dari Qasrina.
Iza lebih suka panggil Nur.
Tengok Darwisy dah pandai meniarap bukan main
eksyen die sengan baby Nur.



Dah penat tunjuk bakat kat Nur die tewas
dah merebahkan kepala. Sambil hisap tangan.
Nur pun pelik napa lah Darwisy ni sibuk
menyempit kat aku ni kan.
Hehehehehe. Tak sabar nak tunggu diorang ni leh
berjalan tengok keletah masing2.


Tibe2 Nur macam tercium Darwisy.
Darwisy terus tutup mata. Hahahahaha.
Ni lawak. Ibu pun gelak.
Nasib sempat snap. Yang kelakar tu
pas kena cium terus lena tido.
Kecik2 boleh ek, dah besar jangan ye.



Kakak kembar dua orang ni sibuk nak ikut
nenek g terawih, tu yang siap cuba telekung baru 
yang nenek belikan. Kejap sgt lah korang ni besar,
mak lang pulak rindu kat korang masa baby dulu.
Pasni korang dah nak pra-sekolah.
Moga jadi anak yang solehah,
dengar cakap ummi ngan abi dan 
belajar rajin-rajin tau.


Iza perasan gambar Darwisy yang ni ada iras 
muka Iza. Nak mengalir air mata bila ternampak
wajah ibu di raut wajah kamu sayang.
Allahuakbar, terima kasih Allah untuk nikmat 
bahagia ini.


Pagi Ahad tu g pasar jap sebab mak nak cari
siput sedut buat masak lemak untuk berbuka
petang tu. Kembar ikut la macam biasa, 
Darwisy tinggal kat umah ngan along Iza.
G pasar nampak kopiah cinonet ni
terus belia tuk Darwisy, balik umah
terus pakaikan kat die.
Die pun dok diam tak pandai nak mencapai
lagi so ibu amek kesempatan biar je die pakai.
Suka kakak kembar bila Darwisy 
pakai kopiah ni katanya macam 
Upin dan Ipin. Hehehehe.


Sampai tertido lah anak ibu sorang ni
sambil pakai kopiah.
Mula2 dok bising apa ntah nak nak ajak
bercakap. Ibu layan kan aje.
Tepuk2 atas dada sambil baring
tahu2 tido. Terus ibu selfie kan Darwisy.
Siap senyum lagi dalam tido.
Moga jadi anak yang soleh ye sayang.
Taat pada Allah dan Rasul.
Amin, mudah-mudahan. 


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails