click this to be awesome person

Thursday, 12 June 2014

Naluri, Kereta dan Bengkel


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak dua tiga hari ni
perasaan bila tengah memandu 
macam semacam je.
Macam ada "sesuatu" yang 
tak kena. Memang akhir-akhir 
ni jarang sgt check keadaan fizikal
kereta tu.
Selalu rajin gak keliling kereta
tengok2 kot2 ada perkara
yang perlu diberi perhatian.
Mungkin faktor sibuk melampau
dengan rutin harian menyebabkan
Iza terlepas pandang perkara 
yang penting dan kalau dibiarkan lama
mungkin boleh mengancam keselamatan
diri sendiri dan anak.

Masa bertugas di Istana Negara
lagi drive dari Sepang ke Gombak
rasa macam pemanduan tu
x stabil. Then macam slow pick up aje.
Dalam hati terdetik mungkin
sebab dah lama x cuci kereta kot
so banyak lah habuk ke masuk
dalam enjin...bla...bla...bla...
mula kotak fikiran berjalan
mencari jawapan.

Nak dijadikan cerita 
semalam ada bagitahu my yayang
memandangkan tayar kereta
bahagian penumpang depan
macam kurang angin. So singgah petrol pam
isi angin. Pastu pagi ni nak g keje 
tengok lain macam je.
Buat tak kisah lagi,
anta Darwisy umah pengasuh
pastu terus masuk opis.
Masa nak g beli makan pagi tadi
lalu kat depan kete tengok memang dah
kempis sgt dah tayar.
Tak boleh jadi ni.
Text member opis inform yang
Iza keluar jap ada urusan kereta.
Sampai Shell isi angin,
then nak balik opis balik masa atas jalan
rasa x sedap je bawak kereta.
Berhenti tepi jalan
tengok kempis balik.
Sah ada sesuatu kat tayar tu
yang menyebabkan ianya kempis.

Pecut terus g Presint 14,
menuju ke bengkel kegemaran kat situ.
Tapi sebelum pegi call dlu staff yang
selalu Iza berurusan. Katanya
bengkel bukak kul 9 pagi.
Masa tu baru 8.35 pagi.
Ronda kawasan tu tengok ada car wash,
masuk car wash dgn harapan 
selesai cuci kereta bengkel dah bukak.


Budak2 pomen ni baru nak bukak
bengkel. Lega dah hati.
Terus jumpa dgn salah sorang pomen
inform pasal kereta.
Budak tu faham dan terus je mintak
Iza keluar dari kete sebab die nak
test drive dlu.
Sebab kereta ni selain tayar kempis tu
setiap kali Iza nak pulas stereng ke arah
kiri mesti akan dnegar bunyi 
yang kurang menyenangkan.
Iza saspek drive shaft aje
sebab bunyi die memang kurang menyenangkan.


So adik pomen ni
tolong tengokkan drive shaft kete ni.
Die kata semua okey,
drive shaft pun elok lagi.
Terus Iza jadi pelik.
Apakah yang bebrunyi tu?
Dan adik tu kata mungkin balancing 
atau alignment, die suruh g check kat kedai
bengkel sebelah sebab bengkel 
diorang ni belum ada servis tang tu.
Iza macam, xpela sebab x biasa
dgn kedai lain area situ.

Masa adik pomen ni test drive
die kata okey je, sedap je bawak
kete akak ni xde pape pun.
Adehhh. Benarlah kata orang
"hanya jauhari mengenal manikam"
terus masuk peribahasa bagai.


Lama jugak lah adik ni check sana check sini
sebab nak memuaskan hati pelanggan tetap ni hah.
Bila dah tak jumpa
Iza decide untuk biar dulu
sebab nak pantau dalam
minggu ni kalau masih berbunyi 
Iza g lah kedai balancing / alignment tu.
Dah alang2 sampai sini,
mintak diorang check air bateri semua.
Sebelum ni guna bateri kering
tapi asyik x tahan lama.
Dah la mahal.
Tercekik nak membayar.
So bertukar kepada bateri basah.
So far alhamdulillah,
adik2 pomen kat sini memberikan
servis yang terbaik.
Semua Iza suruh check,
break pad, angin tayar setiap tayar,
minyak break dan mcm2 la.



Iza memang servis kereta ni dekat
bengkel ni jugak.
Puas hati sebab tip top.
Ni review diri sendiri lah
sebab pomen2 kat sini boleh buat kawan.
Hehehe. So next servis adalah bulan 8 nanti.
Atau pun kalau dah cukup
KM tu pegi jelah kan.
So far kereta ni dah pernah major
servis, tukar timing belt,
air filter, oil filter sume tu biasalah kan.
Yang penting kena jaga enjin.
Sebab kereta auto ni
kalau tak jaga enjin / gear box
kang nanti harus menangis tak berlagu
nak repair kan.
So kena servis tip top.

Oh lupa, kadang2 ada gak kawan2
yang tanya kenapa Iza yang
pegi servis bukan suami?
Kenapa bab2 kereta ke, hal rumah
ke mesti Iza yang urus bukan suami?
Kenapa msti Iza, Iza dan Iza?
Sampai ada yang kata
Iza ni superwoman.

Wallahu'alam la kalau orang bertanya
atau nak tahu tu sebab ke arah 
kebaikan atau sebaliknya.
Bagi Iza, Iza memang train diri
untuk berdikari.
Yup, i train my self to
be an independent person (woman).
Bukan lah nak berlagak ke apa,
lagi pun faktor kerja my yayang
ni ikut syif. Dan Iza pulak
normal working hours.
So memang tak match la.

Sebab tu Iza jenis suka ambil tahu
may be pd setengah orang busy body tapi
ambil tahu dan sibuk nak tahu lain ye.
Contoh kalau pasal hal kereta,
pomen tengah buat keje servis kereta.
Iza bukan dok diam kat bangku tu tengok je ye.
Iza ada mingle around tengok
diorang tengah buat apa.
Then Iza selalu tanya ini untuk apa,
itu untuk apa, kalau tak tukar kenapa,
apa kegunaan die.
Dan bila Iza dah tahu senang,
Iza boleh simply google 
untuk find the solution in case
ada emergency kan?

Tak salah kalau isteri dah tahu
pasal part kereta dan share 
pada suami. Kan lagi mulia
sebab share ilmu.
Tak semua benda dalam dunia
ni kita tahu.
Masing2 ada kepakaran dan
pengetahuan dalam bidang masing2.

Siap kadang2 kalau Iza
g servis kereta orang pelik
terutama pelanggan yang lain dah tentunya
lelaki kan tetiba tengok Iza perempuan 
sorang pulak tu.

Same goes jugak dgn situasi
yang mana bila Iza g kedai hardware 
then cari barang2 tukang.
Tauke kedai selalu tanya,
u bikin sendiri ke amoi?
Iza senyum je.
Iza rasa Iza mewarisi bakat dan 
kemahiran arwah ayah lah.
Sebab arwah ayah minat dan pandai
bab tukang semua ni.
Dlu ingat lagi masa kecik2 Iza
selalu tolong arwah ayah ikat batu
bata la, bancuh simen la untuk buat tembok rumah
kat subang. Seronok.
Sekolah rendah je masa tu
tapi minat sgt tak tahu kenapa.

So kalau part tukang dalam rumah
ni tang drill je Iza x mampu buat
sebab gegaran yang amat kuat
x elok untuk kesihatan orang perempuan kan.

Takpe, 
kalau kita niat beri manfaat kepada
orang lain terutamanya keluarga kita
akan ada ganjaran Allah di sana nanti.
Yang penting niat dan ikhlas.



Satu lagi nak share tips 
yang Iza dapat dari kawan Iza dlu,
kalau kita parking kereta terutama di kawasan
yang tidak berbumbung elok jika
kita buka sedikit tingkap kita.
Kalau ada empat, buka lah empat.
Sikit je, tujuannya bagi pengaliran
udara keluar masuk sepanjang
kereta kite berjemur di tengah panas.
Dan kalau masuk kereta jangan terus buka 
penghawa dingin, buka tingkap bagi
udara dalam kereta keluar baru pasang.
Kerana udara yang kita sedut tu
mengandungi gas yang tidak elok
dan boleh menyebabkan kanser.
Iza lupa apa nama gas tu.
Boleh google kalau nak.
Tapi pastikan kereta kornag ada door
visor, kalau xde senang plak orang nak umpil kan.
Tapi kalau perkara nak jadi kita
berhati2 macam mana pun still jadi
dengan izin Allah.


Satu lagi perangai Iza
masa drive suka alert tengok part meter ni.
Sebab kalau ada keluar something 
yang Iza x biasa memang Iza akan risau.
Terutama kalau lampu minyak
menyala. Tandanya minyak dah nak habis
cepat2 lah g isi. Hehehe.
Kang tak memasal kena menolak.
Okey korang, apa pun berhati2 memandu.
Amalkan baca doa naik kenderaan,
al-fatihah, niat kerana Allah, baca ayatul kursi
moga2 perjalanan kita selamat dan
dipermudahkan oleh Allah. Amin.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. > O'gosh Iskandar.
    orang pompuan memang kena jadi supermama kan? hehehe. sama2 belajar dear utk manfaat di dunia.:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails