click this to be awesome person

Friday, 6 June 2014

Mengidam Nak Buat Loteng@Loft


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Oh ye, salam Jumaat juga
buat semua umat islam.
Moga pagi Jumaat yang penuh barakah
ini dapat kita manfaat kan dgn
perkara2 sunat hendaknya.

Iza ni sbnrnye memang
lama jugak lah mengidam.
Tapi bukan mengidam mengandung.
Kang ada lak yang terkejut plak.
Mengidam nak buat loteng.
Tau x loteng tu apa?
Kalau tak tau sila google.
Hehehe.
Memadangkan kat umah Iza
ada satu bilik yang silingnya
memang teramat tinggi.
Bilik serbaguna yang Iza
susun segala barang dalam tu.

Mak Iza pun bg cadangan yang sama.
Sebabnya rumah Iza ni xde stor.
So agak susah sket lah.
Boleh je guna bilik serbaguna ni
sebagai stor kan tapi macam
x puas hati.

Nak buat bilik Darwisy pun pikir 
banyak kali sebab bilik belakang 
dah jadi bilik tetamu.
Pun dah penuh perabot asas.
So tak nak la sesak kan lagi keadaan.
Bukan apa nak bagi keselesaan
pada tetamu yang dtg terutama family.
Adalah ruang peribadi sket kan 
nak berehat.

Setakat yang Iza google
dapat lah gambar2 loteng ni hah.
Terus rasa nak hire kontraktor skrg.
Macam lupa yang kena
menabung balik sebab
duit banyak mengalir keluar
sejak pindah rumah baru ni kan.


Cantek.
Feeling2 rumah kampung gitu.
Sgt teruja rumah teres
ada loteng di dalamnya.


So far kosnya
dalam lingkungan 3k-7k.
Bergantung kepada keluasan,
jenis kayu yang diguna dan lain2.


Memang teruja tengok gambar ni.
Tempat tido di atas.
So tak ganggu lah kalau
kat bawah tu nak letak barang ke kan?
Wahhh! Dah mengidam sgt niiii....


Dapat yang simple macam ni pun
jadilah. Tahu lah Iza macam mana nak menghiasnya.
Patutlah org kalau dah
duduk rumah sendiri
sanggup berhabis buat rumah.
Kini merasa.
Iza lebih pentingkan ruang dalam rumah
berbanding luar.
So far kat luar awning belum buat lagi,
pagar pun belum sebab kita lebih
banyak luangkan masa 
dalam rumah bukan luar.
Hehehehe.
Jawapan yang selamat.
Sebenarnya sama penting.
Cuma dahulukan yang utama je dulu.


Ni gambar bilik yang
Iza nak buat loteng tu.
Sekarang bilik ni tengah sarat
dengan barang2.
Biasalah asyik sumbat je.
Susun nye tak.
Tunggu masa terluang.


Nanti kalau dah buat loteng
bolehlah beli blind atau tempah langsir
yang cantek nak buh kat tingkap tu.
Padahal luar tu tangki air je pun.
Tak kisah yang penting cantek.
Ni link bilik yang Iza kata tu.
Kalau ada yang nak tengok.


Sekian lah idaman sang hati.
Ni nak stand by buat keje 
sebab kena bertugas di istana negara.
Okey, masa untuk Iza belajar
protokol dan istiadat yang berkaitan.
Will update later.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


10 comments:

  1. ai pun ngah gila mengidam nak renovate rumah..tp husband x begitu melayan..mcm biasa..so ai gigihla mengumpul duit sorang2...isk...selamat berjaya to u..x sabar nak tgk loteng rumah orang sbb rumah sendiri mana ada loteng bagai ni..isk

    ReplyDelete
  2. da buat nti kena update tau...:)))

    ReplyDelete
  3. >O'gosh Iskandar
    tu lah kan?
    sebab umah i mmg payah nak buat stor. belakang ada tanah lagi dlm 15ft tapi kena tggu modal besar la bru syiok nak reno. so klu utk short term buat loteng boleh selesaikan tmpt storage..tq dear.amin mudah2an..

    >Fizah
    harus update.hehehe.:)
    kot ada yg berkenan leh share sm2.:)

    ReplyDelete
  4. Patern bilik mcm sama jer.. Sebelah tingkap tempat tangki air.. Tengah berangan gak nak buat loteng..

    ReplyDelete
  5. > Anon.
    sama ek? hehe agaknya pemaju rumah kite memiliki citarasa yang sama.kan? kenalah menabung..hehe

    ReplyDelete
  6. sy pun mengidam nak buat loteng...tp kat family hall tingkat atas rumah...situ mmg tinggi siling...

    ReplyDelete
  7. > Ilyani
    jom lah sama2 mengidam..hehehe..sambil2 tu kte menabung...ikut hati mmg nak hire je kontraktor tapi kena ukur baju di badan sendiri kan..:)

    ReplyDelete
  8. > Rosmaliza

    kan? hehe. ramai jugak rupanya peminat loft/loteng ni..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails