click this to be awesome person

Tuesday, 17 June 2014

MDA Turn To 4 Months Old

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, hari ni Muhammad Darwisy
ibu dan abah genap 4 bulan.
Sekejap je rasa masa berlalu.
Rindu pulak ibu nak tengok kamu
jadi baby macam baru lahir tu balik.
Sebab masa tu ibu dakap kamu 
erat-erat pun kamu x kisah.
Sekarang tak de kamu nak dah.
Meronta sekuat hati sebab rasa
x bebas kan?
Ni baru kamu 4 bulan
esok-esok 4 tahun lagi ibu rindu.
Pagi ni x sampai rumah
pengasuh lagi kamu 
dah muntah susu kat ibu.
Yang buat ibu tak jadi nak marahnya
sebab lepas kamu dah habis muntah
kamu ketawa mengekek.
Sama ada kamu suka "buli"
ibu atau kamu lega dah muntah.
Hehehehe.
Habis perfume ibu bertukar
jadi masam-masam baunya.


Gambar ni ibu amek dari
Tab abah sebab banyak sgt gambar
kamu pakai baju bola
dalam tab abah tu.
Yang tak tahan siap abah
letak bola kecik tu dekat kaki kamu.
Hehehehe.
Dah macam coach pulak abah kan?

Sekarang kamu sgt aktif meniarap,
membebel sorang2, menjerit sekuat hati
dan ada kala kamu pandai mencebik
kan bibir bila ibu x layan 
atau ibu marah kamu.
Kamu membesar dgn baik.
Ibu bersyukur dan berterima kasih
pada Allah atas semua nikmat 
pinjaman ini.
Moga kamu menjadi khalifah yang soleh
dan sentiasa taat pada
Allah dan Rasul hendaknya.
Ibu dan abah sayang
tidak terhingga pada kamu
wahai anak.
Membesar lah dengan sihat.
Amin ya rabb.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. hai budak comel. sokong brazil ke tu?

    ReplyDelete
  2. > Mona Lea
    Hai aunty, tak tahu la sy sokong ke tak. sy pun kena paksa pakai baju ni oleh abah.hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails