click this to be awesome person

Friday, 20 June 2014

DIY Clothes Folder

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semalam masa dari klinik
terus balik rumah tak masuk 
opis dah sebab dapat time slip dan
dah isi borang keluar.
So malas nak singgah mana2
sebab terfikir kain baju
yang masih belum dilipat sebakul di rumah.
Baju Darwisy dah selesai lipat
dah beberapa hari lepas.
Tu pun amek mood jugak.
Hehehe. Pada hal baju die kecik je.
Lagi senang lipat.
Pastu teringat ada benda khas untuk 
lipat baju yang dijual kat online sume.
Fikir balik kenapa tak try buat
sendiri? Kotak pulak memang banyak
sebab pindah hari tu memang
tak buang sebab kotak cantik.
Bukan kotak buruk. Hehehe.


Ni lah kotaknya seperti gambarajah di atas.
Bagus kotak ni siap ada nombor
untuk kita bina jadi kotak.
Sebab memang asalnya dapat dari
adik ipar begini rupa.
So kena DIY bentukkan menjadi kotak.


So kotak yang tadi tu
kita potong penyambungnya 
supaya jadi besar macam ni.
Mudah nak pilih bahagian mana
yang nak potong untuk buat 
clothes folder nanti.


Sebelum tu Iza memilih untuk
balut kotak yang Iza dah potong tadi
dengan kertas pembalut hadiah.
Supaya nampak lebih ceria dan
memberi semangat serta kerajinan
di dalam melipat baju.
Saiko kan? Hahahaha.


Yang tadi belah dalam,
ni belah luar punya Iza
balut jugak dan Iza letak 
binding tape hitam pada setiap pelipat
supaya mudah takdelah janggal.
Boleh je nak jadikan side yang ni
sebelah dalam.
Ikut suka korang lah ye.
Masa tengah guna binding tape tu
boleh habis pulak.
So guna blackboard sticker tu je.
Janji ada border hitam.


Kain baju sebakul
yang x sabar untuk dilipat.
Kalau kain baju ni punya
mulut mesti mereka bersorak keriangan
sebab tak sabar dilipat kerana
sesak duduk berhimpit dalam
bakul tu berhari2.hahaha.
imaginasi dak Iza ni memang melampau.


Mula-mula bentangkan
baju atas clothes folder buatan
sendiri tu ye.
Macam Iza lebih suka baju bahagian
hadapan menghadap ke bawah.
Supaya bila dah lipat nanti
nampak bahagian hadapan kat atas
senang nak recognize.


Kemudian lipat pelipat kotak
sebelah kanan tu ke dalam 
so baju pun akan terikut sekali.


Lipat pula pelipat kotak 
belah kiri.


Lipat pula
pelipat kotak yang di bawah
ke atas macam dalam gambar.
Bila dah jadi macam ni
Iza lipat lagi baju tu jadi kecik.


Jadi lah seperti gambar di atas.
Lebih kemas sebab dah ada
acuan. Macam kuih raya pulak
ada acuan bagai. Hahaha.
Terus dapat ilham,
bila dah ada folder ni
boleh la mintak my yayang
bekerjasama melipat baju,
tak gitu kan? 
So tak de alasan
"Abang tak pandai lipat baju,
kalau abang lipat nanti x kemas
ayang juga makan hati"
Ewahhhh. Sedap alasan.
Nasib lah Iza ni sgt memahami.
Tapi memang pun bab melipat baju
my yayang kurang berkemahiran.
Bab masak ke,
basuh baju ke,
sidai baju ke
memang die terror.
Kadang2 confuse nape die 
masak lebih sedap dari Iza masak.
Hahahaha.



Nak juga berseni
bertagging bagai.
tapi x cukup ruang nak tulis
FOLDER, so jadi FOLD aje la.
Asalkan boleh guna sudah.




Tetibe macam magik
banyak baju telah dilipat.
Saya suka! saya suka!
Kanak2 riang baru belajar melipat.
Nanti Darwisy dah besar sket
akan ibu ajar dengan cara gini
untuk basic melipat baju.
Tak mo jadi macam abah okey.
Nak g kursus baju abah gulung aje.
Orang lelaki kena serba tahu
nanti kalau masuk sekolah asrama ke
mudah dah ada asas. 
Opps, ada yang tegur kata
Iza ni ibu yang garang
sebab dgn anak sekecil usia
4 bulan suruh berdikari.
Alahaiii. Berdikari suruh
pegang botol susu masa menyusu je pun.
Dah bila lagi nak ajar anak kan?
Bagi die rasa usaha sket.
Ikut lah nak judge apa pun.


Selesai lah sudah entry ini.
Gambar kat atas Iza share dalam 
group FB KSSA sebab semangat
nak berkongsi dgn semua ahli.
Hihihi.
Jimat bajet dan puas hati.


Ni cloths folder board
yang dijual di luar / online.
Harga berbeza x tahu kenapa.
Dan ada untuk saiz dewasa
dan saiz kanak2.
Selamat berDIY dan melipat baju semua.

Sebelum tu kepada yang masih
blur dengan entry ni sila lah klik video di bawah ni
ada adik yang cerdik berbahasa arab ni
tunjuk cara melipatnya.
Nak tunggu Iza buat video memang tak lah jawabnya.
Hehe




**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


10 comments:

  1. > Mona Lea
    Kahkahkah. Nak kena akak ni tau. nakal. hehe

    ReplyDelete
  2. sungguh RAJIN dan KREATIF!!

    ReplyDelete
  3. > Fizah.
    hehehe.keterujaan menyumbang kepada kerajinan dan kekreatifan.hehe

    ReplyDelete
  4. haaa...ni sememangnya perlu ada di setiap rumah..supaya laki2 kita semua xde alasan nak tlong kita lipat baju...muahaha

    ReplyDelete
  5. > O'gosh
    hah, kan? hehehe.tiada alasan lagi ye. hihi

    ReplyDelete
  6. > Mar Mansor.
    hehehe.sila2 lah cuba..hihi..nnt post kt blog ye.:)

    ReplyDelete
  7. Masalah lipat baju ni selalu jadi masalah terbesar saya jugak.. huhu... kalau boleh nak cari mesin yang membasuh dah terus melipat baju. imposible betul kan??? ;p nanti kena try buat kotak lipat baju macam ni jugaklah. thanks for sharing! & salam perkenalan!! :)

    ReplyDelete
  8. > Julie Mangsor.
    rasanya ramai para suri rumah / mommies kat luar sn hadapi perkara yang sama mcm kite ni. hehe. nak2 kalau working mommies. alahaii..tu yg smpai berbakul2 baju x lipat. suami pulak mula semacam je. hahaha. salam perkenalan juga sis. tq for drop in. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails