click this to be awesome person

Tuesday, 24 June 2014

Cerita Hari Ini


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tajuk dah macam tiru Wanita Hari Ini tapi tukar kepada Cerita Hari Ini. 
Hari ni g keje sangat memenatkan dan menyesakkan dada. 
Alkisah kiteorang baru balik dari kampung my yayang. 
Balik ke Batu Kurau, Taiping. 
Sebabnya ada kenduri tahlil MIL buat di sana tak buat di Ipoh. 
Nak merasa suasana kampung katanya. 
So malam tadi lah baru kami 3 beranak sampai Salak Tinggi. 
Bab cerita di kampung nanti Iza buat entry lain. 
Pagi tadi Iza bangun macam biasa walau pun sampai agak lambat di rumah, mengemas beg baju Darwisy untuk ke rumah pengasuh dan kemas apa yang patut dan larat. Then masa nak kuar rumah terpandang kat tempat gantung kunci, kunci rumah Iza xde plak. Terus call my yayang tanya, rupanya die lupa nak amek kunci rumah Iza dalam kete sangkut kat tempat kunci kt rumah. 
Hah dah kena menunggu kt rumah dah sebabnya Iza dan Darwisy terkunci di dalam rumah sendiri.
Kunci rumah dalam kete depan rumah, nak keluar rumah tak boleh. 
Hah, x ke stress di pagi hari???
Dengan Muhammad Darwisy nye x berapa sihat,
hidung berair meleleh, batuk nasib demam dah kebah.
Tapinya bila dah x sedap badan terus die jadi manja lebih.
Letak sket nangis meraung macam kena pukul.
Dah sudahnya bergayut kat ibu cenggini.
Ibu terpaksa ke hulu hilir, ke depan ke dapur bawak die.
Lama jugaklah nak nunggu abah balik anta kunci
memandangkan abah tersangat rajin tengok bola kat mamak
sampai leh lupa terkunci ibu dan Darwisy.


Tengok, sampaikan bosan sgt tunggu abah siap ibu berselfie sambil Darwisy busyuk x mandi tumpang sekaki. Nak pulak die pandang kamera. 
Susah die nak pandang kamera sebelum ni. 
Diam pulak tu, bila dah pas snap sambung merengek. Haishhh.
Mencabar kewibawaan ibu di pagi hari. Xpe ibu masih ada belas kasihan pada anak ibu ni. Nak perhatian lebih bila tak sihat. 
Sudahnya ibu masuk opis lambat pagi tadi.
Syukur lah kat opis baru ni okey tang kebajikan ni.
Tapi x bermakna ibu boleh buat selalu, harap Darwisy sihat2 lah hendaknya.
 Ni demam ni nak pandai merangkak ke tumbuh gigi ke ibu pun tak tau.
Yang pastinya skrg habit suka masuk jari telunjuk dalam mulut
sambil gigit dgn gusi pastu nak muntah.
Satu lagi kalau meniarap mula angkat bontot nak tolak badan. 
Hope Darwisy okey je kat rumah pengasuh seharian ni.
Tunggu ibu balik ye sayang tinggal sejam je lagi.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. alala..siannya..Hope Darwisy akan cepat sihat...dan u jgn lupa2 kunci lagi..hehe

    ReplyDelete
  2. > O'gosh Iskandar
    hehehe. i pun harap i takkan lupa lg psl kunci tu. hehe. tq aunty doakan darwisy. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails