click this to be awesome person

Tuesday, 27 May 2014

Susun Atur Ruang Bawah Sinki Dapur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semalam balik keje
macam agak kelam kabut sebabnya
kat Putrajaya dah gelap sangat.
Memang tanda seakan hujan
akan turun bila-bila masa.
Keluar dari parkir kereta opis
nak ke rumah pengasuh 
amek dak kecik tu
dalam masa tu ujan turun dengan
agak lebat jugak lah.

Terpandang kat meter 
lampu minyak dah menyala.
Allahuakbar, lupa nak isi minyak
ari Ahad hari tu.
Dah la pengguna setia Shell.
Kat Putrajaya ni pulak Shell
ada satu aje yang lain Petronas.
Nak tak nak pegi jugak
Petronas, text pengasuh
bagi tahu lambat sket.
Senang sket isi minyak 
xde si kecik.
Kalau tak Iza yang jadi x tentu hala.
Risau kemain.

Sampai rumah selalu dalam 
6.15 ptg lah lebih kurang.
Amek masa sejam lebih jugak
dari opis - rumah pengasuh - balik rumah
sebab faktor kesesakan lalu lintas.

Maklumlah jalan nak balik rumah
laluan ke KLIA dan KLIA 2
harus lah jammed.
Baru2 ni dapat pulak info yang
area berdekatan rumah Iza tu
akan ada projek besar.
Satu Lembaga Tabung Haji
dan satu lagi Premium Outlet
lebih kurang macam kat Johor tu.

Andai betul memang rezeki
dan bertuah sangat2 lah penduduk
sekitar situ sebab sudah semestinya 
kemudahan depan mata
dan harga rumah mesti naik berganda.
Sedangkan rumah Iza duduk skrg ni
pun ada yang sanggup beli 300k ke atas.

Hartanah sekarang naik
melambung-lambung.
Syukur alhamdulillah
Iza dan my yayang sempat
bertindak awal masih dalam kemampuan kami.

Macam biasa sampai depan pagar,
keluar kete buka pagar dulu
belum ada bajet nak buat auto gate.
Hehehehe.
Selesai keluarkan si kecik
dan barang2 dalam kereta
masuk ke rumah terus salin 
uniform "bibik".

Sebabnya bahagian dapur Iza
memang teramat bersepah sejak
kenduri tempoh hari.
Kekurangan dan kesuntukan masa nak
mengemas. Penat dengan komitmen
dan pelbagai masalah.
Macam2 hal kehidupan ni.


Dah alang-alang kemas
dapur tu kemas sekali lah
ruang bawah sinki ni hah.
Sebelum ni sepah ya amat.
Main longgok je barang2.
Barang2 yang x berkenaan pun selit gak
yang penting tersorok.
Hahaha.
Gambar sebelum memang tak 
sempat amek lah ye.
Ni gambar selepas.
Tu pun kualiti tak berapa bagus
sebab tab Iza ni macam 
dah mula meragam.
Rak putih tu 3 tingkat beli kat DIY
murah jugak RM21.90, asalnya
nak letak kat toilet belakang
tapi kurang sesuai sebab 
tinggi sangat.
Lastly letak kat sini
tu pun Iza pecahkan jadi 
2 tingkat dan 1 tingkat aje.
Letak barang laundry,
cleaning, makanan dan 
barang2 Mickey si kucing tu.
Beg ikea pun Iza sumbat situ.
Nanti ada masa ubah tempat lain.
Nak mengemas yang sekangkang kera 
ni pun berpeluh bagai.
Malam ni misi melipat kain
baju sebanyak 2 bakul.
Adehhhh.
Bertabahlah.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

4 comments:

  1. wah..bertabahlah...working mom mmg kena slalu jadi supermak...tgk tv pun sambil ke hulu ke hilir buat kerja...huhu

    ReplyDelete
  2. > O'gosh Iskandar.
    itu lah kan, memang kita kena jadi supermom. semuanya mak. hehehe. respect la kat mak2 yang ada anak ramai dan well manage rumahtangga. tarik nafas jap i..hehe

    ReplyDelete
  3. hee mmg tgh pk canne nk handle bwh sink tu ~

    ReplyDelete
  4. > Amal Salleh
    hehehe. kan kadang haru juga nak mengemas. hehehe. tp bile dah kemas sng nak amek brg yg kte nak guna..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails