click this to be awesome person

Monday, 26 May 2014

Konvokesyen Ke 80 UiTM Shah Alam, Alhamdulillah Finally Graduated!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

(entry ni sangat panjang,
maka bertabahlah kalau korang
sudi membacanya)

Fuhhh...
Menghela nafas panjang.
Nafas yang penuh nikmat
kurniaan Allah.
Bila sebut konvo je
perasaan melonjak kegirangan
mengalahkan budak dapat ais krim.

Untuk pengetahuan
Iza further study
dulu bukan atas paksaan
sesiapa atau mana-mana pihak.
Dulu ingat lagi,
habis je SPM result
tak de lah bagus mana.
Tamat sekolah pun dari
Sekolah Teknik Setapak, KL
business course.

Dapat panggilan politeknik,
itu pun jurusan
Sijil Pengajian Perniagaan (SPP).
Punya excited macam orang
further diploma.
Then bermula lah
episod sebagai pelajar politeknik.

Hampir setiap minggu juga
lah mak dan arwah ayah berulang
menghantar makanan, duit belanja
dan segala keperluan untuk 
anaknya ini di Tanjung Malim tu hah.

2 tahun berlalu,
selesai praktikal
semua Iza mula
mencari kerja bagi menghilangkan
bosan dan juga mencari duit poket.
Maklumlah dah banyak
habiskan duit parents
maka kena lah kurangkan beban
diorang walau pun x banyak kan.

Then keje lah kedai motor sekejap
tapi bukan repair motor
just duduk dalam opis buat
keje urusan berkaitan JPJ dan pembelian motor.

Tak lama lepas tu apply keje
di Kurnia Insurans dan rezeki Iza
masa tu dapatlah keje kat situ.
Hampir 3 bulan juga kerja kat situ
dengan berulang dari Gombak
ke Petaling Jaya menunggang motorsikal.
Yea, jauh jugak lah nak ke PJ tu hah.
Berpanas berhujan jugak lah.
Tapi demi pengalaman dan 
pendedahan dengan alam pekerjaan 
Iza tempuh juga walau pun 
mak dan arwah ayah 
setiap hari bising suruh berhenti
dan cair kerja lain.
Sebab bimbangkan keselamatan 
anak die yang terlalu agresif sgt ni.

Dek kerana fikirkan kata-kata
dan kerisauan parent's
Iza pun decide apply keje lain.
Sekali lagi rezeki menyebelahi
Iza dan Iza dapat keje di
Institut Integriti Malaysia (IIM)
di Jalan Duta, KL.

Alangkah gembiranya hati
mak dan arwah ayah
sebab tempat keje dekat
dan senang nak berulang.
Tambahan pula dapat tahu IIM
ni badan berkanun 
dan link dengan kerajaan
secara tak langsung platform 
untuk Iza masuk keje 
kerajaan cerah lah jugak.

Sementara bekerja tu
terfikir nak sambung Diploma kat 
Politeknik Shah Alam secara
separuh masa.
Bila mak dan arwah ayah setuju
Iza pun apply,
dapat tawaran terus je
mulakan study secara hujung minggu
dengan berulang alik ke Shah Alam.
Memang penat jangan kata lah.
Dua tahun juga sambung Diploma
memberi pelbagai pendedahan.
Dengan hari biasa keje,
hari minggu belajar.
Syukur sgt sbb masih bujang dan 
usia masih muda masa tu.
Tak fikir sangat pasal
tanggungjawab ke apa ke.

Grad Diploma tahun 2008
dan rezeki dapat offer 
keje gov. Memang double excited.
Mak dan arwah ayah yang paling
bersyukur kerana ada jugak
anak yang bekerja sbg penjawat awam.
Masih ingat lagi,
temuduga di IIM dan keje skrg
arwah ayah yang anta
ke temuduga. Mungkin 
ada keberkatan di situ.

Kali pertama keje posting di
Kementerian Belia dan Sukan.
Masa tu juga lah kerap jumpa 
dengan my yayang.
Actually kami dah kenal masa
Iza keje IIM dlu.
Tapi kawan je la.
X terfikir pun nak lebih dari itu.
Dan alhamdulillah akhirnya
jodoh kami sebagai suami isteri 
sekarang. Syukur.

Dalam masa mengenal tu dah 
ke arah serius dan putuskan 
untuk ikat tali pertunangan.
Dalam pada tu Iza
pun saja apply 
sambung degree kat UiTM Shah Alam.
Masa tu x cakap pun pada
mak dan ayah.

Sebab saja cuba nasib.
Masa lagi beberapa
bulan nak nikah tu Iza
dapat offer further degree.
Macam terkejut sekejap.
Sebab fikir boleh ke ni?
Dulu masa diploma banyak main.
Buat assignment pun last minute bagai.

Dek kerana nak menghadiahkan
sesuatu pada keluarga
Iza cabar diri.
Insya'Allah kalau da rezeki x kemana kan?
Ingat lagi masa daftar
my yayang yang hantar.
Masa tu belum kawen lagi x silap.
Kiranya Iza dah start semester pertama
sebelum kiteorang kawen.

Masa nak nikah tu ingat lagi
Iza tengah struggle final exam.
Dalam minggu study week.
Dalam minggu tu jugak Iza
nikah dan majlis resepsi berlangsung.

Gila la, mcm caya tak caya je.
Sampai kan mintak izin 
pensyarah untuk tidak hadir
group presentation.
Syukur, ahli kumpulan bertimbang rasa
dan memberi laluan buat Iza.

4 tahun bermula 
Julai 2009 hingga ke Januari 2014
akhirnya perjalanan sebagai
seorang part time student
berjaya membuahkan hasil.

Dalam masa 4 tahun itu juga
Iza kehilangan arwah ayah (24.6.12)
dan arwah abah (17.08.13) sungguh 
memilukan hati tapi apa kan daya
Allah lebih mengetahui segalanya.
Masih ingat lagi Iza dalam minggu
final exam semester ke 7 tak silap
arwah ayah pergi menghadap ilahi.
Rasa nak extent semester sebab
tak confident nak jawab paper exam.
Syukur semester tu dikurniakan
orang2 sekeliling yang sangat memberi
semangat dan galakan.
Pensyarah pun sgt membantu.
Dalam ketika menjawab paper
tu fikiran terkenang arwah ayah.
Masa tu baru 2/3 hari arwah ayah pergi.
Memang perit.
Seusai selesai menjawab paper,
hati meronta seakan
hilang kewarasan tidak boleh terima hakikat.
Kerana tiada insan bergelar ayah buat diri ini.

Setahun berlalu arwah abah pula
pergi menyahut seruan ilahi.
Kedua2 insan ini
pergi menyambut seruan ilahi
secara mengejut dan tiada
tanda menunjukkan mereka 
akan pergi selamanya.
Benarlah mati itu rahsia Allah.

Sekali lagi cuba menjadi insan yang
kuat dan tabah.
Beri semangat buat suami
kerana dia yang paling
terkesan dengan pemergian
arwah abah.
Arwah abah pergi di dalam 
minggu pertama/kedua hari raya
aidilfitri. Selepas seminggu kami
pulang berhari raya bersama,
kami mendapat berita arwah 
abah telah menghembuskan nafas terakhirnya
di kampung halaman MIL
di Batu Kurau, Taiping.

Pabila dikenang kembali,
setiap sejarah yang terlakar
ada kisahnya yang tersendiri.
Pabila kita berjaya untuk 
diri sendiri dan keluarga,
orang luar tidak nampak 
akan kesusahan yang kita harungi.

Kebiasaan mereka akan nampak
kesenangan dan kejayaan yang kita 
capai. Benar, kesabaran itu amat
pahit akan tetapi buahnya sgt manis.
Pada saat Iza berjuang
nak menghabiskan thesis
Iza tahun lepas terbayang
wajah2 yang banyak sangat
berkorban untuk Iza.



Hari ini (19/5/14) 
Iza bakal dianugerahkan 
Ijazah Sarjana Muda (K) Pengurusan 
Sumber Manusia oleh UiTM.
Bukan ijazah yang Iza kejar
sebenarnya akan tetapi
kejayaan yang sentiasa di hati.

Ada yang kata Iza ni
jenis susah nak mengalah.
Itu yang orang nampak.
Tapi dalam pada itu
berapa kali tersungkur,
terduduk dan sebagainya hanya
Allah je yang tahu.

4 tahun bukan tempoh yang
singkat. Sehingga kan kesihatan diri
menjadi taruhan.
Hinggakan proses nak memiliki
zuriat pun kerap terkorban.
Malah itu semua urusan Allah.

Sekarang Iza boleh tersenyum
sebab salah satu impian Iza
adalah nak hadiahkan
degree yang Iza dapat buat 
family terutama arwah ayah.
Walau dia tiada kini
di dunia tetapi segar dalam
hati dan ingatan.


Konvo kali ni
2 family terlibat
memandangkan Iza
dan suami baru selesai adakan
majlis aqiqah dan kesyukuran
anak kami sehari sebelum.

Sudah tentu mereka
tersenyum puas
melihat kejayaan ini
walau tidak sehebat mana.
Kegigihan dan ketabahan menjadi
kunci utama untuk berjaya.


Sebelum bergerak ke UiTM
kita bergambar dulu ye.
Confirm lama kena tunggu
kat dewan nanti.
Harapan sebagai seorang ibu
buat anak yang masih kecil ini
semoga lebih berjaya
dari ibu dan abah hendaknya.
Moga kesungguhan menuntut ilmu
itu sentiasa di hati anak ibu.


Usia 4 tahun belajar
sama usia dengan si kembar.
Iza dan along Iza kawen pada
tahun yang sama 2009 cuma
bulan yang membezakan.

Rezeki along dikurniakan
anak awal berbanding Iza
kembar pulak tu.
Arwah ayah dan mak paling bahagia
dengan kehadiran cucu sulung kembar ni.


Kami ke Shah Alam
dengan berkonvoikan 2 buah kereta
dek kerana banyak barang yang 
perlu dibawa terutamanya
barang Muhammad Darwisy.
Iza, mak, kembar dan Darwisy
stau kereta.
MIL, adek, mak chaq dan 
my yayang satu kereta lagi.



Sampai je di Shah Alam
Iza memang explain kat semua 
yang follow tu untuk naik bas UiTM aje.
Mudah sebab kalau nak masuk
dalam UiTM naik kereta sendiri
confirm sesak dan masalah nak parking.
So park dekat area jakel seksyen 7 
naik je bas yang UiTM sediakan.
Kembar paling excited sebabnya
berjalan dan dapat naik bas.
Kembar kena ikut nenek 
sebab ummi diorang tengah
tunggu hari nak bersalin. 


Muhammad Darwisy Affendi dok diam
dalam stroller.
Even dalam bas tengah bergerak2.
Nasib masa naik tu 
orang tak ramai sgt
so selesa sketlah
nak angkut stroller dengan die
masuk naik bas.


Abah jaga kat tangga belakang bas
takut kang stroller Darwisy bergerak kang
payah pulak.
Lagi pun bukan lama mana pun.


Si kakak Nur Qadirah
bukan main lebar senyum die ni hah.
Masa ni Iza dah masuk dewan dah.
Sebabnya Iza konvo sesi petang.
Sian jugak family kena tunggu lama
kat khemah luar tu.
Amboi... Besarnya lah hai bear 
pakai mortar board tu.


Si adik Nur Qadisah yang
malu-malu aje nak pegang bear
ngan bunga tu.
Adik ni die macam pemalu sket.
Behave sket.
Si kakak pulak lain,
berani sket berbanding adik.


Cantik shot ni.
Pandai acu wan amek 
gambar. Iza xdan nak amek gambar
lambung2 mortar board
kat padang ni sebabnya faktor
cuaca dan faktor keletihan.


Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC)
yang menyaksikan hari pertauliahan
dan penganugerahan buat 
mereka yang telah bertungkus lumus
dan bersungguh-sungguh di dala,
mengejar cita-cita mereka.
Kalau anda merupakan
pelajar separuh masa,
seorang isteri,
seorang ibu
dan seorang pekerja
maka ketabahan dan
kesabaran amat penting.
Jadikan keluarga sebagai
penguat semangat.
Bukan mudah ye nak belajar
terutama kalau dah berkeluarga.
Banyak cabarannya.
Iza dah merasainya.


My yayang family.
Terima kasih semua sudi
datang. Sayang korang.:)


Banyak betul gambar 
acu wan snap buat tatapan
Iza ni hah. Terharu pulak.
Tengok gambar kembar main
kejar2 ni rasa bahagia pulak.
Bukan main seronok diorang ni.




Tengok tu, 
si adik mengejar si kakak.
Mesti berebut belon tu.
Hehehehe.


Mak ngan my yayang
kata dak kecik ni senyap dan baik je
sepanjang hari tu.
Tak de meragam pun.
Very good boy.
Penuh sabar tunggu ibu keluar
dewan konvo ye.
Sampai ternganga lah mulut die ni
main ngan acu nye.


Lepas pro canselor announce
istiadat konvokesyen ditangguhkan je
terus je nyanyi lagu UiTM Dihatiku.
Dan semua graduan bersorak kegirangan
diselangi tepukan gemuruh.
Kami pun berselfie ngan kawan2 semua.
Ucapan tahniah x putus2 keluar
dari mulut graduan yang 
ada dalam dewan tu.

Sejurus air mata jatuh
kerana rasa puas, rasa syukur
sgt pada Allah atas kurniaan
kejayaan yang dipinjamkan ni.
Kerana tiada daya dan upaya kecuali
dengan izin dan kuasa Allah.

Keluar dewan pun payah
sebab jalan jammed.
Dah masing2 berebut nak pergi 
kat keluarga masing2.
Iza nasib dapat lalu
jalan lain sebab jalan utama keluar dewan
penuh sesak.

Keluar je terus cari my yayang.
Tak sabar dan melonjak rasa nak peluk
insan yang sgt membantu sepanjang 
perjalanan bergelar pelajar.


Seusai mendakap suami 
tersayang di luar dewan terus 
pergi ke khemah yang 
disediakan untuk para tetamu
sebab family semua tunggu kat situ.
Masing2 kepenatan seharian 
menunggu. Terharu sgt rasa.


Dakapan penuh makna
dari seorang yang bergelar ibu.
Apa yang mengharukan
pabila mak menitiskan air mata
sambil ucap 
"tahniah anak mak dah berjaya,
cuma mak terkilan ayah tak bersama"
luluh hati.
Terus erat peluk mak
ucap terima kasih atas 
segala pengorbanan
dan curahan semangat
serta kasih sayang yang tidak
dapat dibalas.


Sesi air mata biasa
di kalangan kaum hawa.
Kami mempunyai jiwa yang lembut,
mudah terusik pabila
emosi terusik dek 
situasi dan sentimen.
Penat lelah seorang ibu
akan terhenti pabila
melihat saat indah begini
terutama dari anak-anaknya.
Sebab tu kite perlu berjuang
dan berusaha selagi terdaya.
Kerana usaha keras
kita belum sehebat mereka
yang susah payah membesarkan kita.
Iza dapat rasa perasaan itu
pabila bergelar ibu kini
walau anak masih kecil
tetapi harapan menggunung tinggi.


Adik ipar pun x lepas
memberi ucapan tahniah
dan pelukan
siap bagi bunga lagi.
Katanya dari MIL, 
Mak Chaq, die dan suaminya.
Terima kasih banyak adek.
Kak Iza doakan adik
dapat lahirkan baby 
yang bijak dan berjaya
dunia akhirat.
Jaga kandungan baik-baik ye.


Sekali lagi sesi
dakapan syahdu suami isteri.
Uhuk.Uhuk.
Sangat sayu hati masa ni.
4 tahun my yayang jadi
penguat semangat.
Jatuh bangun,
penat lelah hantar g kelas
dan exam.
Tunggu berjam dalam kereta
sementara Iza habis kelas 
malam dan exam.
Banyak sgt pengorbanan die
sebagai suami.
Thanx a lot syg.



Iza yang beriya nangis
lebih, my yayang relax je.
Ceh! Rasa mcm feeling sorang2.
Hehehe.
Orang lelaki kan,
emosi sukar diluahkan.
Terima seadanya.
Dah bagi bunga ngan
bear besar pun dah cukup.
Ekekekekek.


Tengah menunggu giliran
untuk bergambar di studio segera 
satu keluarga.
Nasib Iza dah siap2 bayar
masa raptai sebelum tu.
So jimat masa.
Tunggu gambar siap aje la...


Tengok lah belakang kami tu
betapa ramai nya yang berebut
nak amek gambar satu keluarga
dalam studio yang disediakan tu.
Ada gak kawan2 yang ambil di studio
luar UiTM.
Iza malas nak pergi so
selesaikan je kat sini
sebab masing2 dah penat.


Acececece.
Sampai tak reti nak pose macam 
mana ntah sebab
ramai sangat orang tengok.
Sampaikan adik yang
amek gambar tu pun tak perasan
rambu kat mortar board Iza tu.
Kalau rambu tu belah kiri
means belum grad
tapi once pro canselor announce dalam 
dewan konvo we all graduated baru
tukar rambu ke sebelah kanan.
Budak tu siap tanya,
"kak, ada beza ke belah kiri dan kanan"
mestilah ada beza dik oii..
Hehehehe


Family Iza,
gambar yang sempat acu wan
snap tapi x nampak keseluruhan
sebab tempat sempit.
Xpe, kita tunggu gambar sebenar ajelah.
Minggu depan dah boleh pegi amek.


Baru dan amek gambar ngan
si kecik ibu ni.
Sian die seharian ibu
x pegang die.
Dengan stokin xde sebabnya
muntah terkena stokin die.
Dah la bergambar tak pakai stokin.


Si kakak
posing pakai mortar board
mak lang.
Kakak belajar rajin2 tau
biar pandai boleh tlg
ummi ngan abi nanti.


Si adik yang mula2 malu
nak pakai bila Iza
pujuk baru nak pakai.
Nak pakaikan jubah konvo besar
sangat lah pulak. 


Sampai tak sempat lah nak bergambar
berdua suami isteri ni hah.
Nak bergambar bertiga ngan anak 
pun x sempat sebab kejar masa.
Bas last kul 6.45ptg.
Iza keluar dewan konvo pun 
dah pukul 5 macam tu x silap.
Kuar je terus cari makan dan 
solat semua.
Pastu terus berjalan ke tempat 
menunggu bas.
Orang punya lah ramai.
Maka bergambar kat depan kereta ajela.
Xpe, nanti kalau
jadi further master
kita well-prepared ek.
Hehehe.
Insya'Allah moga dipermudahkan
oleh Allah hendaknya.

Untuk berjaya bukan semudah yang
diimpikan. Banyak pengorbanan
yang perlu dilakukan.
Masa, wang ringgit, tenaga 
dan pelbagai lagi.
Jika Allah menjadi keutamaan
kita, Insya'Allah
akan dipermudahkan oleh Dia.
Kita ni milik Dia kan?
Dia sahaja yang tahu akan setiap
perihal diri hambaNya.
Semoga kisah ini
menjadi dorongan dan semangat buat
mereka yang memilih jalan 
spt Iza. Jika korang
sedang meniti dugaan dan cabaran
di dalam belajar,
tabahlah. Akan ada kemanisannya
walau berhabis duit dan tenaga.

Sekian.
Belajar lah sehingga ke negeri cina.
Ilmu Allah maha luas.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^






10 comments:

  1. menitis air mata baca entry izzah ni. Tahniah izzah..

    ReplyDelete
  2. > Mona Lea...
    Allahu cc, yang menaip ni pun lg la menitik air mata. hehe. TQ cc. :)

    ReplyDelete
  3. sebak baca entry ni kak.. menitik air mata.. inn shaa Allah saya pun tamat study bulan 12 ni.. da inn shaa Allah akan konvo bulan 5 di Penang.. dan nak further master pulak lepas ni.. moga cerita akak menjadi penguat semangat saya juga ye kak.. tq sebab share.. :')

    ReplyDelete
  4. > Cik Aishah

    hehehe.tq dear sudi baca entry yg pjg lebar ni. btw, best of luck for u. jgn pernah berhenti walau kita kehabisan tenaga sekali pun. wlu perlu merangkak. smgt usah luntur. :)

    ReplyDelete
  5. Salam, saya memang tengah blogwalking untuk tag konvokesyen sebab saya punya Nov'14 ini, tapi entry ini sebak sungguh haih, saya siap berkaca kaca mata, hehehe .. Congrats, saya pun PLK Student dalam OM Dip .. tak sabar nak konvo .. tahniah tahniah

    ReplyDelete
  6. > Mio Asmara

    wassalam, oh yeke? hehe. berkaca xpe lagi jgn menitik jatuh je.haha. btw, slmt berkonvo. slmt further study lg. UiTM di hatiku. :)

    ReplyDelete
  7. salam,

    sedihnya baca sampai kuar air mata,

    saja search pasal konvo coz insyaAllah 1.11 ni sy baru nak konvo.

    sy lg lama buat part time study degree sampai dah ada anak 2 org..hehe xdpt hbskn on time..

    apa2 pun thanks sharing story & tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam

      maaf lah ye buat awak nangis pulak. hehehe. xpe yang penting bila dah di penghujung kita rasa saat manis tu kan. btw, tahniah dan selamat berkonvo ye. :)

      Delete
  8. boleh sy tahu konvo bulan may sidang pertama brp hb yr

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sis..sy x brp ingat lah...may be dalam 18/5/2015 kot.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails