click this to be awesome person

Thursday, 22 May 2014

Entry 2 : Majlis Aqiqah & Kesyukuran Muhammad Darwisy Affendi


(entry bersambung)

Sampai je adik2 dan ustaz dari 
Team Qasidah IKTBN Sepang tu
terus jemput diorang masuk.
Nasib ibu sempat bersiap
dan touch up apa yg patut.
Maklumlah ibu pengantin cilik.
Very the busy. Ekekekek.


Memandangkan team qasidah ni
berkaum adam maka abah
lah yang kena pegang dan 
duduk di situ.
Elok pulak Darwisy duduk
di riba abah.
Khusyuk mendengar.
Si dik cah ni menyelit
je kat Pak Lang die.
Takut orang amek adik Darwisy tu.


Hehehe.
So comel lah anak abah ngan ibu ni.
Muka makin lama ikut
muka abah.
Huwaaa. Sedih ibu.
Mata bulat besar memang ikut abah la.
Nasib hidung 
ikut hidung ibu sikit.
Hihihi.
Jadilah ye.

Puas juga ibu cari baju
melayu ni untuk Darwisy.
Habis google semuanya.
Majoriti saiz besar
yang untuk new born mmg
x banyak untuk ready made.

Hasil usaha mencari
ibu jumpa di website 
banyak sangat pilihan dan harga
pun xdelah mahal sgt.
Pada ibu masih mampu beli la.
Baju Darwisy pakai ni
saiz 0-6 bulan.
Tapi cutting kecik.
Tak tahu la brp lama
Darwisy boleh pakai.
Rasa nak pakai raya x muat dah kot.


Darwisy memang jenis
yang suka meliuk lentuk.
Tulang dah keras dan tegap
berbanding baby lain seusia die.
Tapi die kalau baring ke,
meniarap ke,
duduk ke suka meliuk lentuk.
Ntah kenapa tak tahu lah ibu.
Dah betulkan, die buat balik.


Team Qasidah IKTBN Sepang
memenuhi ruang tamu rumah kami.
Adalah dekat 20 orang semuanya
termasuk ustaz yang lead.
Ada yang tanya berapa Iza 
bayar untuk team ni.
Jawapan Iza seikhlas hati
tapi x bermakna RM50 tu dah memadai
ye. Kena fikir kita jemput mereka
untuk memberi dan menambah berkat
di dalam majlis kita.
Dan mereka alunkan selawat dan zikir
secara tak langsung rumah kita
ni "berisi" sket dengan majlis ilmu
dan yang mendengar turut berselawat
serta mendapat pahala mudah-mudahan.

Yang paling penting
bagi bayi yang baru mengenal dunia
elok kita selalu perdengarkan
selawat, zikir dan sebagainya
supaya perkembangan nya lebih sihat 
secara rohani.

Iza juga provide goodies bag
untuk team ni.
Just letak dalam tu kain pelikat,
air kotak, kuih muih dan bunga telur.
Pastu jemput diorang makan
sepuasnya. 
Kata aqiqah kenalah menjamu 
tetamu makan.


Selesai Qasidah,
berselawat pula.
Sayu pula hati ibu ni Darwisy.
Bukan kerana apa,
ibu niatkan dalam hati ni
moga Darwisy ni jadi khalifah
Allah yang sebenarnya dan
jadi ummat Nabi Muhammad yang
beramal soleh.
Moga Darwisy dapat bezakan
yang baik dan yang sebaliknya ye sayang.
Abah dah niat nak hantar
Darwisy ke tahfiz.
Mungkin itu cara untuk
Darwisy lebih kenal 
Allah dan agama.
Ibu dan abah x hebat di dalam
beragama, xnak nanti Darwisy 
sama2 leka dengan nikmat dunia.
Mungkin dgn cara itu dapat membantu
Darwisy dan keluarga di 
kemudian hari.


Team Qasidah ni bukan setakat
berqasidah kosong
tetapi siap dengan peralatan muzik
diorang. Ramai juga
sedara mara yang berminat
dengan team ni dan
nak jemput diorang ke majlis
tertentu. Alhamdulillah
dapat beri manfaat pd yang lain.


Ada yang x percaya makanan
yang dijamu itu adalah dimasak sendiri.
Inilah buktinya.
Hehehehe.
Ada jiran sampai bau ayam goreng
dekat umah diorang.
Rupanya jenguk dapur tengah
goreng ayam berempah.
Siap ada yang nak buat order catering
dengan mak Iza.
Hehehe. Lawak lah korang ni.
Kembang mak Iza kena puji setaman.
Kikikikikiki.


Okey gambar tiga beranak ni
asalnya x teringat nak amek
sebab Ibu sibuk sgt ke hulu
ke hilir nak layan tetamu
dengan check makanan kot dah habis.
Tapi bila ternampak
abah dgn Darwisy dok depan
mini pelamin ni terus
minta acu wan snap kan.
Macam biasa Darwisy akan
meliuk lentuk dulu.


Ala, Darwisy tak pandang
kamera pulak.
Tu pun jenuh abah dok
pegang tangan die ngan 
badan die dari meliuk lentuk.
Ibu macam biasa bajet cantik.
Hahahaha.


See,
memang ibu kejam nak
gambar ibu sorang cantik
sehingga mengabaikan abah
dan Darwisy. Hihihi.
Alolololo.
Bagi laluan kat ibu
nak gedik2 sket setelah sekian
lama jadi baik dan sopan.


Darwisy punya akal sangat lah banyak.
Kejap kang buat mcm nak tido
ngantuk sgt. Kejap kan
bukak mata bulat besar.
Jadi abah letak lah 
Darwisy dalam play pen tu
memandangkan abah pun nak layan
tetamu ibu posing dulu ngan 
mak ngah ina n acu aida.


Okey jom berlakon
konon2 tengok Darwisy tengah tido.
Masing2 pakar di dalam lakonan.
Hehehehe.
Gambar dalam ni memang ibu
jadi putih melepak tang muka
sebab make up tak hengat.
Lama x make up pastu 
muka kena flash trus jadi suci.
Tapi tang tangan fail.
Hahahaha.


Yang ni pun ibu tak tau
Darwisy tdo betul2 ke main2.
Pandai berlakon jugak si kecik ni tau.
Tak padan dengan kecik.


Seronok tengok diorang ni makan.
Bertambah2.
Alhamdulillah.
Makan kenyang2 ye korang.
Nanti nak jalan kaki
balik asrama pulak.
Hehehe.


Ni sesi suai kenal jiran.
My yayang sgt famous dekat DSQ ni konon.
Hehehe.
Siap sapa lalu depan umah
semua die tegur.
Elok juga peramah
sama macam Iza.
Tp kuat jugak loya buruk
abah Darwisy ni.
Rasa esok Darwisy ikut abah
lah sebab skrg pun dah 
nampak talent kuat berlakon tu.
Hehehehe


Cadang tak nak tunjuk
gambar kat dapur sebab sangat lah
bersepah. Sana sini penuh barang.
Tapi nak membuktikan
bahawa segala kerja
buat sendiri dan kesibukan
tu wujud maka Iza up gambar ni.
Mak Chaq n MIL tengah
siapkan air dan buah-buahan.



Masa ni tetamu dah ramai
jugak yang datang.
Cuaca macam mendung semacam.
Dalam hati doa moga Allah
permudahkan semuanya.
Melayan tetamu yang kenal
amat berbeza dengan tetamu
yang kita baru nak kenal.
Ni tetamu yang kenal
memang ramah dan borak sakan lah.
Siap mak Iza join sekaki.
Next entry will be update later ye.
Nak g klinik check up Darwisy dulu.
Dah lambat dah sebab 
macam2 urusan kena selesaikan.

Stay tune!

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. fuh, gila detail ni..abis jugak membacanya...anyway, majlis mmg sangat meriah...

    ReplyDelete
  2. > O'gosh, detail ke? hehehe. bab membebel memang kepakaran i. kikiki. alhamdulillah..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails