click this to be awesome person

Thursday, 22 May 2014

Entry 1 : Majlis Aqiqah & Kesyukuran Muhammad Darwisy Affendi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seperti yang diketahui
minggu lepas Iza dan my yayang
sangat sibuk mengendalikan
Majlis Aqiqah & Kesyukuran
di rumah baru kami.

Kenduri dan majlis
yang merangkumi
majlis aqiqah MDA,
kesyukuran masuk rumah baru,
kesyukuran tamat belajar,
kesyukuran dalam pelbagai
hal dan perihal yang
dalam kehidupan kami sekeluarga.

Di samping tu nak 
mengeratkan lagi hubungan 
silaturahim kekeluargaan
dan jiran tetangga.
Sesi suai kenal dan 
beramah mesra dengan 
jiran-jiran di sekitar DSQ.

Alhamdulillah
semuanya dipermudahkan.
Asalnya kami nak buat majlis
ni pada hujung bulan Mei
sebab mudah maklumlah
tengah bulan kebanyakan orang
tak berapa nak penuh poket
so nak datang memenuhi jemputan
tu agak susah terutama buat
saudara mara dan kawan
yang duduk luar selangor / KL.

Tetapi memandangkan 
Iza konvo pada 19/5/14,
MIL cadangkan buat dalam minggu
tu sebab mudah die nak datang
terus sekali majlis dan
ke konvo Iza.
Bila dipersetujui oleh semua
pihak Iza kena la
double-effort
dan struggle prepare apa yang
patut. Kali pertama kot
nak buat kenduri besar.
Besar x besar lah tapi
bagi Iza besar sebab Iza dan
my yayang sama-sama penat.
Dan tak sangka dari nak
buat kecil-kecilan
jadi besar sket plak.

Tu pun para tetamu yang bagitahu.
Besarnya majlis korang ni.
Dan kami macam ya tak ya aje
dengan dakwaan itu.
Hehehe.
Nampak mcm mewah dan 
bajet besar kan?
Tapi alhamdulillah kalau pandai
urus dan cari semua barang yang
mengikut bajet untuk majlis tu
memang puas hati.


Tema warna adalah 
biru turquoise dan kuning.
Idea ni dapat masa ada
customer candy buffet request
untuk majlis resepsi die dulu.
Dah alang-alang ada kain back drop
dan alas meja warna ni terus Iza proceed.

Mini pelamin ni 100% 
Iza buat sendiri (DIY).
Sebab kalau nak tempah 
mau dalam RM300.
So baik duit tu Iza
buat bayar khemah ke,
makanan ke, 
kumpulan Qasidah ke kan.


Ada yang tanya,
Iza ni ambil tempahan tak 
untuk mini pelamin jugak?
Iza mcm xnak kata amek
sebab Iza pun kali pertama
buat ni untuk majlis Darwisy.

Alhamdulillah ramai yang berkenan
dan ada jugak yang tanya
berapa harga kalau nak tempah.
Yang itu Iza kena bincang
dgn my yayang dlu lah.

Bunga tu buat pakai
paper creep aje.
Apa yang Iza terlintas di fikiran
Iza terus deko kat mini pelamin ni.
Majoriti guna barang dan alat yang
memang dah ada memandangkan
barang candy buffet pun masih banyak 
stok nya. Hehehe.
MIL masuk bilik serbaguna
tu terkejut tengok macam2 barang
menantu die ada.
Maklumlah small biz kan,
kata nak jadi usahawan wanita.
So kena la mulakan
dengan menyimpan segala stok
dan barang keperluan yang 
diperlukan.


Katil ni asalnya
play pen/play yard
tapi Iza just balut 
guna kain alas candy buffet
dan letak je play gym dalam tu
supaya Darwisy tak bosan
bila duduk dalam tu.

Tapi die duduk dalam tu
sangat sekejap sebab x selesa 
kot maklumlah ramai tetamu datang 
tengok die. So tido pun
sekejap2, kang baru tido
dan berjaga semula.

Nasib baik ibu tak tempah
set pelamin dan katil
untuk majlis ni kalau
tak membazir sangat.
Ibu boleh kira brp lama
Darwisy duduk dalam tu.
Syukurlah Allah beri ibu
kemahiran kreatif untuk berfikir
dan memudahkan urusan keluarga
sendiri supaya tak membazir.
Abah suka kalau bab
jimat cermat ni.
Hehehehehehe.

Cuma kekadang abah
pelik sebab Ibu ni tak reti
penat. Ada je benda nak buat.
TQ abah sebab concern.
Insya'Allah kalau ibu
penat ibu berhenti lah ye.


Hah, ni special bidadari kembar
yang memang setia menjaga
dan memantau Darwisy.
Hehehe.
Sayang sgt diorang ni kat adik
Darwisy tu.
Sampai kan tetamu datang nak
dukung Darwisy diorang mengadu
kat Iza.

Dah besar dah diorang ni.
Dlu masa baby bukan main
debab lagi.
Sekarang dah kurus la.
Dah lasak dan tak nak 
makan sangat kata mak Iza.



Kalau tengok dalam gambar ni
memang dah boleh beza
mana kakak n mana adik.
Sebab kakak muka
sebijik muka along Iza.
Adik pulak muka lebih ikut
abi die. Elok je posing
sebab yang amek gambar ni
acu wan (adik ipar my yayang).
TQ acu wan sebab sudi
dan banyak membantu dalam
majlis Darwisy ni.
Acu wan pun x lama lagi
nak jadi ayah. :)


Di ruang porch
kami decide letak meja buffet,
candy buffet dan dessert buffet.
Bila dalam gambar nampak luas
lah pulak porch ni hah.
Permainan gambar betul.

Ni adik ipar Iza Aida
yang kawen bulan 1 hari tu.
Tengah alah mengandung.
Asal makan nak muntah.
Hehehe.
Pengorbanan seorang perempuan
macam tu lah.
Moga dipermudahkan urusan
sepanjang hamil dan selamat
melahirkan baby yang soleh/solehah ye dik.


Kalau dah nama tokey
Awesome Candy Buffet
takkan majlis Darwisy tak buat kot kan?
Memang asalnya malas nak buat
sebab banyak keje nak siapkan.
Tapi memikirkan kata-kata
mak Iza terus Iza buat.

Alhamdulillah mendapat pujian
dan sambutan yang hebat.
Jiran2 ada yang nak quotation
sebab nak buat majlis kat umah 
diorang nanti.

Urusan amek booking
Iza serahkan pada my yayang.
Sebab Iza amat sibuk 
semasa hari kejadian.
Tak sempat nak entertain sangat.
Maaf lah ye jiran2 yang
bertanya.


Ni merupaka small package.
Iza buat simple decoration aje.
Sebab kesuntukan masa.
All the candy, choc. and etc
pun Iza baru cari hari Jumaat
sebelum raptai konvo tu.
Siap berangkut Darwisy bawak
pegi cari barang.
Nasib Darwisy ibu behave.


Anak-anak jiran datang
nampak ni terus teruja.
Dan Iza suka reaksi macam tu.
Sebab tengok wajah comel masing2.
Eh, bukan budak2 je tau.
Mak budak pun teruja.
Hehehehehe.
Adik2 dari Team Qasidah
IKTBN Sepang pun teruja sama.
Diorang lah tetamu 
awal sebabnya Qasidah/Marhaban
mula jam 10.30/11.00 pagi.
Seronok bergema laungan
zikir dan selawat di dalam rumah.
Alhamdulillah.
Darwisy pun khusyuk mendengar.


Bab masakan memang mendapat 
pujian melambung setinggi 
gunung everest.
Hahahaha.
Kami x hire caterer pun.
Masak sendiri sebab mak Iza suka
masak memasak dan katanya
menjimatkan.
Kalau upah catering belum tentu
sedap. Kelas tau mak Iza.
Hehehe.

Menu

Kambing Aqiqah - Masak gulai kari
Ayam - Goreng berempah
Ulam-ulaman
Sambal belacan
Ikan masin bulu ayam
Sambal goreng tempe, suhun, tahu kering
(makanan orang jawa)
Bubur kacang
Karipap sardin + kentang (order)
Kuih seri muka (order)
Mini choc. moist (sponsored)
Tapai (order)
Dan pelbagai lagi.


Pandangan dari pintu masuk rumah.
Memang nampak macam kenduri
besar kan? Khemah tu dapat harga
murah sangat.
Sekali kerusi dengan sarung,
sekali scallop, khemah jenis arabic
20x20, meja buffet 2, alas meja siap
skirting, bunga hiasan tiap meja. 
Alhamdulillah sekali
lagi Allah permudahkan.
TQ pada fmly member yang bagi
contact no en.hussin khemah ni.


Sudut yang menjadi ruang
keceriaan dan keterujaan
setiap tetamu.
Hehehehehe.
Dipersilakan bergambar.
Tuan rumah beri laluan
sebab sibuk tak dan nak melayan
sorang2 yang hadir.
Maafkan kami ye.


Pengantin cilik tengah amek
mood nak tido.
Masa ni tengah tunggu
rombongan dari Team Qasidah IKTBN Sepang.
Depan rumah je kot.
So jalan kaki je lah adik2 tu semua.
Alahai.
Okey, will continue later.
Ada keje nak buat.
Maklumlah dok opis baru ni
baru nak serasi katanya.
Stay tune!

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


4 comments:

  1. comel kuning biru.
    menyerlah gitu

    ReplyDelete
  2. >cik hani.
    tu la mak iza kata kuning diraja lagi. hehehe. TQ for visiting..:)

    ReplyDelete
  3. wah...gila grand ni...menu tu x menahan dasat...terliur tahu..

    ReplyDelete
  4. > O'gosh Iskandar..
    hahaha. u ni wat i gelak sorang2 lak..xde lah grand...klu grand buat kt hotel grand season...terliur jugak ni, i sebab jd tuan rumah x menikmati pun makanan yg ada.sibuk layan tetamu.:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails