click this to be awesome person

Thursday, 29 May 2014

Darwisy Terjah Opish Ibu Pulak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Petang semalam memang
Iza kena amek Darwisy kat rumah
memandangkan mama pengasuh
die ada urusan klinik.
Pagi tu turn abah jaga
Darwisy since abah masuk keje
lepas lunch maka ibu
pun bergegas balik ke rumah
nak amek Darwisy tuk bawak ke
opish baru ibu ni.

Nak half-day dan cuti
macam kurang sesuai pulak
sebab ibu baru lagi keje
kat sini dan x sampai sebulan pun
lagi. Last decision ibu bawak
je Darwisy ke opish.
Syukur semuanya okey, alhamdulillah.


Macam biasa sampai je opish
ibu mesti die kena serbu dulu.
Dok sembang ramah dengan rakan
sepejabat ibu.
Bukan main seronok die menegur
orang dgn bahasa die.

Yang kelakar tu ada
sorang brother kt opis ni
tegur dan tanya anak sapa
yang Iza bawak ni?

Bila tahu anak Iza
siap cakap, "laaa, dah kahwin?
dah ada anak?"

Iza macam blur. 
Hehehe. Muka dah dimamah usia cuma
susuk tubuh je maintain budak sekolah.
Adeh. Sabar ajela.


Dah penat main bergelak ketawa
semua terus je ibu dodoikan.
Nasib lah waktu petang rasa
tak lama. Tuptup! Dah pukul 4 petang.
Si kecik ni pulak bukan main lena
tido dalam stroller.
Semua orang dok cakap
senang nye lah jaga si kecik ni.
Tak meragam.
Syukur, alhamdulillah.
Ibu dan abah doa moga
Darwisy behave dan jadi
anak yang soleh sampai bila2 ye.


Tak menahan pakai baju
Brazil lagi.
Mentang2lah world cup x lama dah.
Macam biasa semua keje abah.
Hari tu pakai baju Argentina.
Lantaklah yang penting berbaju.
Paha dak kecik ni makin debab
rasa macam nak gigit je.
Oh, Darwisy memang jenis
kuat berpeluh even dalam aircond pun.
Sebab tu tak kisah pakaikan
macam ni dalam opis
sedangkan opis ni aircond boleh tahan
sejuk. Tapi bila pegang kaki die
tak rasa sejuk langsung.
Muka pun relax je.
Memang die tahan lasak.

Pagi tadi bangun awal
sebelum subuh dah kejut ibu.
Abah macam biasa buat2 tak sedar.
Ibu dah geram ibu kejut abah
suruh layan Darwisy sebab
die kalau takde org layan borak
mula lah merengek dan menjerit.
Lagi pun die memang suka borak
dengan abah berbanding ibu.
Anak abah kan? **touching jap**


Ni outfit of the day.
Pakai AJ lagi WL
dalam gambar No. 13.
Yang ni tak tutup muka
sebab nanti ada orang komen
nape tutup muka.
Hahahaha! Tet!
Jangan marah ye O'gosh Iskandar.
Kalau ada yang berkenan dengan design ni
macam biasa boleh whatsapp
dan refer pada sticky post ye.

Oh, muka ibu beranak kecik +
bekerja memang macam ni.
Mata macam panda sembab bagai.
Maaf lah ye.
Okey, daaa.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. behave nya kenit kat opis.. klu lin, boss kata "tak pe la, u boleh balik"
    bahahaha nampak sangat anak aku tak reti diam.

    ReplyDelete
  2. > Allene.
    hehehe.alhamdulillah. tp klu bos dah bg balik memang nak balik jgak smlm. hehehe. kikiki

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails