click this to be awesome person

Tuesday, 15 April 2014

Susunatur Ruang Menonton TV / Ruang Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mood dekorasi rumah DSQ
masih belum reda lagi.
Selagi ada ruang kosong 
di dinding rumah selagi tu la
kerja-kerja menebuk lubang 
berjalan dengan rancaknya.

Cuma kesian jugak
pada my yayang sebab penat
baru balik keje dah kena buat pulak
keje tukang segala bagai.
Tapi bila diri die sendiri
teruja dan bersemangat nak deko
Iza lagi super-duper suka.
Hehehehe.


Pada asalnya dinding ruang ni 
nak cat stripes jugak atau 
buat kotak-kotak tapi
my yayang kata xnak serabut mata memandang
sebabnya nak tengok tv xnak 
pandang background yang serabut.
So cat plain je la warna
soft peach ni hah.
Tapi betul jugak kata my yayang.
Kalau buat sripes paint
memang nampak serabut
dengan gantung segala rak kat situ kan.


Tahu x yang buat my yayang
bersemangat waja sangat nak dekorasi ruang ni
gara-gara nak display helikopter die tu.
Cehhhh! Ada udang di sebalik mee goreng
rupanya. Ekekeke.
Siap request nak ada satu rak
untuk letak helikopter die ni.
Layankan aje selagi termampu.


Yang ni Iza panggil
pasu tiga beradik.
Hehehe.
Ikea mari jugak lah.
Cadang nak beli pasu yang jenis
jenis besi ada kerawang tu
tapi my yayang x approve pulak.
Maka redha kan hati ye.
Rumput tiruan tu satu RM19.90.
Pasu tu pulak satu RM4.50 kalau x silap.
Ada mcm2 warna.
Kami pilih warna ungu, hijau dan merah jambu.
Bagi naik seri dan warna sket
memandangkan dinding warna lembut kan.


Tang yang rak ketiga ni pulak
asalnya jam dan barang hiasan lain
tu Iza letak di bahagian dapur
pada link di bawah ni
tapi bila my yayang dah pasang rak 
bertingkat bertangga macam ni
terus rasa nak alihkannya ke
TV hall.
Okey jugak. 
Nnt nak cari lagi jam mcm ni lagi.
Susah nak jumpa
yang harga mampu milik.
Hehehehe


Ruand dinding TV hall
yang sudah mula
bertempek dengan segala bagai.
Alhamdulillah sesedap mata memandang.
Rasa tenang dan selesa je mata.
Hope Darwisy xdelah nak
"rajin mengemas" bila dah 
pandai jalan nanti.
Bagi peluang kat ibu dan abah
nak dekorasi rumah ye syg.
Hihihihi


Ruang menonton TV yang 
pada asalnya bilik no. 2 setentang master bedroom
kini menjadi ruang keluarga.
Alhamdulillah, perancangan kami
sekeluarga diizinkan Allah.
Syukur nikmat Allah.

Kepada yang bertanya berkenaan
harga rak putih tu,
Iza beli di Ikea juga
harga RM25 sekeping.
Ada mcm2 jenis ikut kualiti
kayu dan bajet masing2.
Kaki atau stand die Iza
amek yang paling bajet RM1.50
tak silap.
Kukuh jugak sebab jenis
plastik keras yang padu tu.
Nak amek yang kayu mcm
lari bajet. Hehehe.

Buat yang baru berjinak-jinak
nak dekorasi dan susun atur
rumah mulakan dengan mengikut bajet 
anda. Tak semestinya mahal,
kadang yang mahal x cantik 
dan praktikal pun.
So kena jadi pengguna bijak.

Kena banyak google,
banyak bertanya,
banyak try and error
banyak explore 
dan mcm2 lagi la.
Okey then, 
selamat berdekorasi
dan susun atur.

Jom join contest kat bawah ni
di bawa khas dari blog
famous bab susun atur ni


Tajaan hadiah dari
penaja yang bermurah hati



**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

6 comments:

  1. ooo...kaki diy jugak ye..okeh..i folooo

    ReplyDelete
  2. O'gosh Iskandar
    > xdelah DIY sgt pun...awk tu lg marvellous DIY.hehehe.:)

    ReplyDelete
  3. wahh selesa sgt ruang keluarga izzah ni...dan nmpk ceria dan ada 'family touch'..suka tgk! =)

    ReplyDelete
  4. wahh selesa sgt ruang keluarga izzah ni...dan nmpk ceria dan ada 'family touch'..suka tgk! =)

    ReplyDelete
  5. saya pun suka diy... i follow ye... nice family area...

    ReplyDelete
  6. >Fizah..
    alhamdulillah..buat yang ringkas aje..:) TQ dear jom susun atur sekali..

    >Suri
    seronok sbnrnya diy ni kan? jimat duit dan sedap hati serta mata memandang..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails