click this to be awesome person

Tuesday, 15 April 2014

Susunatur / Gantung Baju Konsep Terbuka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam aktivit mengemas
dan dekorasi berjalan serentak.
My yayang buat kerja-kerja
tukang kat TV hall
dan Iza buat keje-keje
mengemas di dalam bilik.
Hihihi.

Niat dan hajat dalam hati 
memang teringin sangat nak almari yang
jenis sliding tinggi sehingga
ke siling tu macam umah
MIL kat Ipoh.
Tapi bila calculate balik
banyak nak guna duit
esp. kenduri aqiqah Darwisy 
dengan kenduri kesyukuran
maka terhenti di situ sahaja hasrat itu.

Tapi kita cari solution lain
memandangkan baju Iza paling banyak.
Yela dulu rumah kuarters ada almari
built in so memang asing 
siap-siap baju Iza dengan my yayang.
Ni dah pindah rumah sendiri harus lah 
x muat segala baju tu.
Itu pun banyak baju dah let go.
Takkan lah nak let go semua kot kan?
Haruslah tidak.


Jadinya beli lah mulig chlothes bar, white 
yang berharga RM19.90 kat Ikea ni hah.
Kukuh jugak dan yang bagusnya
panjang mana kita nak boleh adjust ikut ruang 
yang ada pada dinding rumah.
Kalau nak pendek laraskan lah
pendek, kalau nak panjang sket
laraskan panjang dan mati kan skru tu.
Then kena guna skru yang panjang
untuk skru pada besi ni ke dinding.
If tak nanti tak kukuh ye.
Sia-sia je korang gantung baju
bagai at the end nnt roboh ke bawah.
Lagi sakit hati kan?
So kena skru betul-betul
guna skru panjang.

Para bawah baju jalan Iza
siap ikut warna hanger Ikea lagi.
Walhal hanger tu untuk baju budak-budak.
Bantai kan aje guna untuk baju sendiri.

Baju my yayang guna hanger 
beli kat Jusco yang tebal
dan keras sket sebab baju die majoriti besar
dan agak lebar. Hihihi.


Kami skru dan letakkan 
bersebelahan almari
so lebih tersusun bila nak ambil baju
dan match kan bila nak guna.
Kalau boleh ruang atas almari tu 
nak kosong kan untuk deko benda lain
tapi terpaksa letak gak luggage atas tu.
Siapla mengumpul habuk ye.
Bag tu parking sekejap kat situ sebab
rak gantung bag belum pasang lagi.


Almari terbuka Iza
dan my yayang betul-betul berada
di hujung kaki katil.
So ruang akses tu agak terhad.
Hanya orang yang kecil dan slim seperti Iza
yang senang dan selesa nak guna laluan 
tu. Hahaha. My yayang kena bersempit sket la.
Hanger gantung tudung Ikea tu 
tumpang kat my yayang punya.
Nampak sangat banyak betul
barang Iza ni hah sampai 
terpaksa menganggu tempat my yayang.
Ngeh. Ngeh. Ngeh.
Rak tudung tu elok plak
muat2 letak sebelah almari
baju Darwisy.


Setakat ni belum ada kerajinan
nak susun atur baju Darwisy betul2 lagi.
Sebabnya ibu masih mengharap
dapat grab almari baju baru untuk Darwisy
memandangkan ni merupakan almari laci
abah dari zaman bujang dulu.
Bukan x bersyukur dengan apa yang ada
cuma perlukan almari dan laci
yang lebih besar untuk isi
semua barang Darwisy.
Cadang nak buat sudut khas
atau lebih sesuai bilik khas buat anak.
Tapi setakat ni kita
fokus dulu dengan apa yang 
sedang berjalan dulu la.
Kang nak buat macam2 dalam satu
masa apa pun x jadi nnt.
Kena slow and steady.


Dah alang2 mengemas
dan menyusun atur ni terus masuk 
contest susunatur pakaian 
di group FB #kamisukasusunatur.
Sekadar suka-suka aje
nak memeriahkan group KSSA tu.
Lega sket bila dah selamat susunatur.
My yayang kata macam kat kedai
je nak beli baju pilih2.
Iza siap remind
jgn nak sepah2kan kalau
nak amek baju amek elok2.
Tapi kita tengok je lah ye.
Biasa lah Iza lebih mengenali
suami sendiri.
Ekekekeke. Tet!
Btw, thanx a lot
to my yayang sebab banyak 
melunaskan hajat dan impian
Iza nak deko-deko rumah DSQ ni.

Dari sebesar hajat hingga
ke sekelumit hajat.
Syukur sangat dikurniakan suami
yang memahami dan melayan kehendak
isteri. Dan bersyukur kerana
jodoh dengan my yayang 
Iza berada pada tahap sekarang.
Benarlah Alalh lebih bijak
mengatur takdir hamba-hambaNya.
Syukur.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


6 comments:

  1. sis nk tny, beli kat mana rak tudung tu? Nmpk kemas je. Slalu sy lipat je dlm almari

    ReplyDelete
  2. > Basyirah

    beli di jusco taman equine seri kembangan rm39.90...sebenarnya rak kasut tapi jd kan rak tudung. boleh beli online jugak di lazada.

    ReplyDelete
  3. izzah..hr tu syuha beli mulig bar tu.. tp br gantung separuh tudung mama... bungggg jatuh. hehe.. iza beli screw bp pnjg? beli dkt ikea jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai ye ke?
      tak lah Iza beli skru tu kat hardware biasa aje.
      kalau boleh sis bawak sekali mulig bar tu g hardware boleh ukur panjang mana skru yang sesuai.
      lepas drill guna wall plug tak? should be klu dah guna wall plug dan skru pjg okey aje. Then jgan selalu tekan mulig bar tu ke bawah. Iza punya sampai hari ni msh kekal mcm tu.

      Delete
  4. Suka tengok susun atur ni. Boleh dijadikan idea untuk rumah saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. kalau kemas tersusun mmg suka tengok. kalau hectic day tunggang langgang sakit mata sikit.hihi...boleh sis. moga bermanfaat utk sis juga semua.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails