click this to be awesome person

Tuesday, 8 April 2014

Projek Mengecat + Susun Atur Bilik Pelbagai Guna (Stor) + Kegunaan Rak Pelbagai Guna (Boltless Rack)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam sesi blog-walking (BW)
aje kejenya. Intai blog otai-otai
#kamisukasusunatur dan 
bila dah intai tu terus rasa
membuak2 nak praktikkan
di rumah sendiri.
Maklumla pindah rumah baru tak sampai
pun sebulan lagi.
Yang dah siap kemas hanyalah
bilik tidur utama, tv hall
dengan dining hall.
Tu pun kemas sedap mata memandang.
Yang ruang lain semua mcm stor.
Nangis jap.
Nasiblah Darwisy kecik lagi
kalau dah pandai mengemas
atau dah berjalan parah gak rasanya
nak mengemas.

Dalam dok BW semalam
berkenan pulak dengan satu rak
yang sangat sesuai dijadikan
tempat letak pelbagai barang.
Mula-mula tak tahu nama
panggil rak pelbagai guna aje.
Bila google je terus dapat namanya
iaitu Boltless Rack.



Inilah raknya.
Ye, rak yang selalu digunakan di 
pelbagai shopping mall,
pasaraya even
kedai hardware pun guna untuk
display barang2 yang diorang jual.
Perasan kan?
Nampak macam sepi je,
nampak macam eiiiii rak ni
nak beli letak kat rumah?
Well, i must said YES okey.
Sebab bila korang dah pasang
dan susun barang baru korang
rasa betapa puas hati 
dan aman damai boleh
tido dengan lena. 


Kat mana nak letak rak ni?
Bagi Iza memandangkan bilik 
dari 4 buah jadi kepada 3 buah 
maka Iza buat bilik tengah tu
sebagai bilik pelbagai guna.
Nak kata stor pun boleh,
nak kata bilik untuk solat pun boleh,
nak kata bilik tetamu kot esok2
time kenduri orang nak tumpang
salin baju ke tido ke apa ke
sume boleh.
Sebab kalau stor selalu mesti kita
sekadar longgok je barang dalam tu kan?
Ni Iza hias okey.
Dengan sepenuh hati dan kasih sayang
Iza dekorasi bilik ni.
Hah, baru bilik pelbagai guna
belum bilik tetamu yang betul lagi.
Ni lah rupa asal bilik tersebut.
Memang sedih.
Macam apa je bila masuk tengok keadaan
dalamnya yang serba daif.
Huhu. Dengan dinding putih yang comot,
dengan main lambak je barang.


Ni susun masa mula2 pindah dulu,
bilik ni lah yang digunakan terlebih dahulu
sebab bilik yang lain masih kotor
dan masih perlu buat minor
keje2 tukang.
So ni jadi bilik solat,
bilik tido kami,
bilik lepak2.
Tu sebab bentang karpet konon
bagi nampak berseri sket la.
Hahahaha. 


Bilik ni siling nya memang tinggi.
Sebabnya bilik ni bersebelahan dengan tangki air
rumah so memang boleh nampak tangki air.
Oleh sebab itu kontraktor dulu
tak berani nak wiring kipas siling.
Sebab tu jugak Iza guna kipas meja aje.
Esok ada bajet nak cari tower fan tu la.
Bilik ni gak Iza sumbat segala baju
bersih yang angkut dari ampaian
yang memang makan masa nak melipatnya.
Sebab tu nama bilik pelbagai guna.
Rak yang lekat kat dinding tu dari umah
kuarters, dulu letak buku belajar
sekarang letak la piala masuk karaoke
puspanita masa KBS dlu.
Siap dah berhabuk dah.
Tunggu lah ada kerajinan akan dibersihkan.


Tengok, kat bilik ni jugak
parking car seat Darwisy.
Memang sesuai dengan nama
pelbagai guna. Hahahaha.


Boltless Rack ni beli kat kedai hardware
Dengkil, memang tinggi okey.
Memang puas hati.
Tingginya 8 kaki kalau tak silap,
sampai ke siling kalau siling rumah yang biasa tu.
Harga dapat dalam RM150 selepas 
ditawar dengan leng chai di kedai tersebut.


Eh, dah alang2 nak mengemas
bilik pelbagai guna ni
baik kita main cat sekali.
Bagi berwarna-warni sket bilik ni.
Baru berseri gitu.
Xlah jadi bilik yang suram,
malap dan kelam.
Baru la mood tu sentiasa ada
bila masuk bilik ni.
Hehehe. Memang akan selalu keluar masuk
bilik ni sebab barang2 memang banyak
akan disimpan dalam ni.
Ramai gak orang tanya,
barang apa lah yang ko nak simpan
sampai kena beli rak bagai semua ni.
Duduk kat rumah ni 3 beranak
tapi macam 10 beranak barang banyak.
Dlu masa umah kuarters elok je
tersusun rapi semua barang
bila pindah rumah jadi tak cukup tempat.
Pelik tapi benar tapi itulah hakikatnya.


Nah, selesai main cat.
Menggunapakai lebihan cat bilik tidur
utama dengan dining hall.
Ngam2 je cat pink tu.
Jadilah dari dinding putih xde warna.
Tapi kalau korang perasan
setiap baris tu x sama besar.
Hahahaha. Sebab malas nak ukur beriya sangat.
Kejenya nak siap cepat aje
sebab x sabar nak susun barang 
kat rak.
Memang x reti nak menyabar.


Dinding sebelah tu balas warna pink
semata aje bagi permainan warna.
Cat masih basah tu nampak macam
bercap2 dan tak rata.


Cat separuh dinding aje 
sebab x mampu la nak cat sampai
ke siling tu.
Tinggi bebenar.
Kalau my yayang panjat guna tangga
pun belum tentu sampai ke siling tu.
Betapa tingginya ia.


Tadaaaaaa, selepas bertungkus lumus
memasang rak pelbagai guna ni
akhirnya ia tersergam indah.
Memang tinggi tau.
Memang puas hati beli.
Rasa macam nak suh my yayang
beli satu lagi.
Sebab amat dan sangat berguna.


Sebelum kita letak di suatu sudut
makan haruslah kita membersihkan lantai
dek kerana berlaku percikan cat di lantai.
Guna scraper untuk keluarkan cat2 
yang dah kering tu then baru mop ye.
Lepas mop dah kering lantai sapu la.
Baru la rasa licin je lantai dan 
sedap je kaki memijak lantai.


Selesai semuanya terus letak tepi sudut 
yang bersesuaian. Hajat macam nak beli gak
lah satu lagi, nak letak sebelah die plak.
Macam kemas je.
Nanti susun barang elok2 
lagi la best sebab dah 
tak semak dah segala barang 
yang berterabur kat dalam rumah tu.


Yang bagusnya rak ni,
korang boleh adjust rak tu nak tinggi 
ke rendah ke sama saiz ke.
Macam Iza ikut suka hati 
dan sesedap rasa buat mcm ni.



Hanya dua dinding yang bercat
yang lagi dua dinding kita biarkan 
aje putih warna asal
sebab satu cat dah habis
satu kesuntukan masa.
Semalaman buat menda alah ni.


Yang tingkap tu lah boleh 
nampak tangki air.
Nak kena upah orang pasang 
jaring hijau supaya nyamuk tak masuk.
Banyak gak nyamuk.
Selalu tutup je pintu bilik ni so
nyamuk x boleh keluar.
Hehehehe. Malam je la
banyak nyamuk nya, siang xde pun.
Ada gak terfikir nak pasang 
langsir or blind curtain ke sebab kalau
siang memang tak payah pasang lampu
dah terang benderang dah bilik ni.
Dinding yang separuh pink 
dan separuh putih.
Nasib lah dah siling nya tinggi sangat.
Gayat kot nak panjat.


Masih dalam keadaan huru hara
selepas mengecat dan memasang rak.
So amek mood nak susun atur balik barang
dalam bilik ni.
Tarik nafas dulu.
Hembus nafas.


Finally, telah disusun
segala barang yang ada 
pada rak tersebut.
Majoriti susun comforter,
tilam toto, bantal,
cadar, tilam Darwisy
dan ada lagi beberapa kotak
yang x ingat kandungan dalamnya.
tapi dah label masa
pindah rumah hari tu.
Nanti lah ada masa
punggah balik.


Pandangan dari pintu masuk bilik
pelbagai guna.
Harapkan yang ada atas rak
tu je lah kemas.
Yang sekeliling tu masih belum
siap mengemas sepenuhnya.
Kena banyak luangkan masa.


Memang kalau baru pindah rumah
akan selalu kelihatan kotak di pelbagai 
ruang dan sudut.
Redha je la.
Esok mood rajin datang
kita balut semua kotak yang ada.
Baru lah segar mata memandang.
Hiks. Angan2 dahulu.


Hah, tengok.
Sarat marat dibuat oleh Iza
semua sumbat aje kat rak ni.
Kalau rak ni ada yang lagi tinggi sampai 
ke siling memang Iza beli gak.
Senang. Tapi tang nak amek tu
kena guna tangga lah kan.
Dah macam kat kilang pun ada.
Tang atas ni banyak
set comforter yang baru, yang lama,
tilam/play mat darwisy, tilam toto,
bantal, cadar2 Iza susun dalam kotak
polka dot pink tu.
Tuala2 pun letak dalam tu.


Ni tingkat 2 dan 3.
Ada gak lagi terselit tilam toto,
banyak gila tilam toto kat umah
kiteorang sebab senang bila
family datang xdelah tido x beralas.
Sebab tu bantal pun banyak jugak.
Kotak/bekas yang colorful tu ada yang 
Iza beli kat DIY ada yang beli kat pasar karat
masa g JB dulu.
Nanti nak cari lagi.
Memang banyak kegunaannya.
Yang bawah tu dalam kotak x silap
pinggang mangkuk.
Yang dalam box hijau bawah sekali 
tu stok shaklee dengan barang niaga.
Penat nak nyusun. 
Tapi bila dan tengok hasil 
rasa puas. Hilang sakit2 badan.


Ada yang label
ada yang x sempat label.
Nanti lah pegi Daiso beli lagi
label macam ni senang.
Siap pelekat.


Ampai ni rasa macam nak let go
sebabnya tak berapa kukuh.
Beli dulu mahal gak dekat nak RM100.
Tapi bila dah sangkut baju macam
nak tumbang aje.
So semantara kita buat gini dulu lah.
Sebelah tu bakul kain,
penuh baju tak lipat lagi.
Huargghh! Ngantuk terus.


Masa dulu semangat suh
my yayang tebuk dinding buat tempat nak 
sangkut2 baju ke,
sangkut sejadah ke.
Tapi bila terfikir beli lagi rak
tu satu lagi rasa mcm kena bukak
balik je penyangkut tu.
Tapi kalau muat biarkan aje.
Senang klu orang datang
nak sangkut tuala ke kan.
Okeyla, dah tak lalu nak menaip.
Penat. Apa pun terima kasih banyak2 pada 
sis Sue sebab kerana 
blog dan sharing dari die lah
Iza dapat manfaatkan segala idea
yang ada. Okey korang,
kepada yang gemar susun atur
leh la mempraktikkannya ye.
Iza dah selamat.
Hahaha

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


5 comments:

  1. kemas n ceria..umah sy pon blk bwh kne wat store sebab bnyak sgt brg...bilik smyg lak wat kt ats..dh tgl 2 blk je yg bole wat tdo...

    ReplyDelete
  2. >ima asyma
    itulah, baur lah lega sket mata memandang. kalau tak rasa nak nangis aje. bnyk lg nak kena kemas.huhu. bestla umah 2 tingkat.kte setingkat aje.huhu

    ReplyDelete
  3. rak tu memang membantu.. satu pun ada satu. tapi DIY sendirik. dapat lagi besar. hehehe..
    sumbat semua barang tapi tak muat jugak sebab barang banyak sangat. hahaha

    ReplyDelete
  4. Salam sis..kedai dengkil tu mana? Hihi..duk area2 dengkil ni..nak mencari jugakk..misi susun atur stor lepas ni..^^

    ReplyDelete
  5. > cik hani..
    wow, DIY? beshnya..jimat kan? mesti hani jenis kreatif..:) meh lah shar elink blog..:)

    > syira syahirah

    wassalam, kalau tak silap centrepoint dengkil lepas tapak pasar malam dnegkil hari khamis. amek kiri ada hotel boutique ke apa ntah..kedai tu betul2 tepi jalan corner lot..tp pegi smlm dah habis..leh gak pegi kedai hardware yang sebelum traffic lite balai polis dengkil tu belah kiri. tapi lagi besar la rak tu..harga rm200. tggi sama 8 kaki.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails