click this to be awesome person

Thursday, 20 March 2014

Susun Atur Dapur Rumah DSQ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kisahnya pasa rumah baru ni,
dari tahun lepas bawak ke tahun ni
cerita nak pindah x pindah lagi.
Apa kes?
Macam2 kes la dengan
baru dapat baby,
dengan my yayang bz dgn hal opis.

So nak taknak bulan ni kena gak pindah.
Paksa-rela my yayang semalam.
Dengan muka penuh ketidakpuasan hati
terpaksa akur dengan kehendak si isteri.
Sebab si isteri tak sabar nak deko-deko
rumah baru.
Dok rumah kuarters pun dah x senang
sebab banyak gak barang dah angkut
ke rumah DSQ ni hah.

Jom layan gambar yang x berapa
nak meriah ni.
Masih huru-hara terutama sekali
ruang dapur sebab pintu kabinet
masih belum tempah lagi.
So agak berserabut di bawah table-top.



Asalnya memang nak biar dapur luas,
xnak letak apa-apa perabot kat tengah-tengah laluan ni.
Tapi bila fikir balik,
guna pakai meja masa belajar dlu tu
buat meja makan kat dapur
sebab mudah x payah bawak ke
hall depan.
So meja makan utama untuk 
makan besar dengan keluarga
atau tetamu datang.
Rumah taklah besar mana.
Boleh lah untuk berteduh tiga beranak.
Mula-mula letak kerusi yang ada penyandar,
ikea mari la macam biasa.
Pastu rasa macam semak mata.
Rasa sempit sangat.
So nak tahu apa jadi?
Tunggu sampai habis entry ni.


Part ni paling teruja masa beli dlu,
x menyabar nak suh my yayang tebuk lubang
then pasang kat dinding.
Dah duduk rumah sendiri,
suka hati lah nak drill sana sini.
Semua nak drill.
Hahahahahaha.
Yang bekas tupperware tu hanya untuk sementara
sebabnya tunggu pasang kabinet baru pindah
masuk ke dalam kabinet semua.
Maka akan dihias dengan barang
perhiasan yang lain.
Akan difikirkan.


Bekas bawang ni kelakar sebab
memang idamkan yang brand tupperware
tapi sebab dah beli bekas beras 
brand tupperware so bajet telah 
lari di situ ye.
Kite beli yang avon punye aja.
Hahahaha. Beli yang kecik aje.
Yang besar macam makan space.
Konon lah. Pada hal nak jimat.


Hah, jimat pun letak bawang.
Hihihi.
Bersungguh-sungguh sumbat bawang
tu dalam bekas ni.
Sian bawang-bawang ni sempit.
Hehehehe.


Hah, begitu lah rupanya
meja dan kerusi yang diletakkan di 
ruang dapur yang kecil tu.
Beli je kerusi ikea yang RM10 tu.
Ala-ala kerusi kat kedai kopi
tapi ikea mari.
Hehehehehehehe.
Alas meja tu my yayang kata
labuh katanya. Kurang sesuai sebab 
nampak meleret-leret.
Okey, akan ditukarkan nanti.
Yang penting ada bajet.


Yang ni pun dah lama beli,
tunggu masa nak gantung je.
Ni dah ada peluang, ruang dan kebebasan
menghias. Kita gunakan sebaik mungkin ye.
Yehaaaaaaa. I like warna-warni gitu.
Hehehehehe.
Pasni nak buat tagging-tagging projek lak.
Haishhhh. Bergiat aktif balik la nampaknya.
Tapi my yayang x bagi lasak sgt.
Oh, so sweet my darling. :)


Yang ni pun sama,
asyik tengok katalog ikea je.
Dok gantung periuk, kuali bagai.
Harus Iza pun nak kan.
Gila x nak? 
Hook yang panjang tu baru berapa hengget.
If tak silap RM2-RM4 je kot.
Ada dua saiz.
Panjang dan pendek.
Dua-dua Iza sapu.
So ada sifat tamak sikit di situ.
Bekas putih tu pun ikea mari juga.
Nak letak plastik sampah.
Kelas plastik sampah bekas cenggitu.
Umah mak mertua letak bawang okey.
Hahahaha.
Cantek je arwah abah mertua susun atur
kat dapur basah.
Terus berkenan.


Ni agak menyemakkan mata dan
fikiran sebab dah tak ada ruang nak sangkut
segala macam alat-alat pembersihan ni.
So untuk sementara kita gantung lah belakang pintu
dapur ni dulu ye.
Esok ada bajet lebih kita buat 
satu stor khas untuk simpan barang-barang.
Kalau tak memang dah ada satu bilik stor.
Memandangkan kiteorang pecah bilik no 2 so
ada 3 bilik je la sekarang.
Bilik no 2 tu dah jadi TV hall.


Pandangan dari sinki berdekatan 
pintu dapur ala tempat yang
gantung kuali dan bekas plastik sampah 
bagai tadi tu.
Nampak lah sikit kekemasan kalau dari
sudut ni. Sebabnya x nampak 
kebersepahan di bawak table top.
Hihihihi.
Bilik yang nampak tu asalnya
adalah bilik ketiga,
bilik sebelahnya bilik no 4
tetapi bila dah pecah bilik no 2 yang 
kat setentang master bedroom
terus bilik ni jadi bilik no 2 aka 
bilik solat dan bilik utiliti. kot.
Tak habis deko lagi.
Banyak nak deko barang Darwisy.
Ibu dah rambang mata dah ni.


Okey yang ni memang akan dicari
di Jusco nnt.
Asalnya rak kasut tapi
group KamiSukaSusunAtur kat FB
jadikan sebagai rak tudung.
Kelas nampak macam kat butik okey.
Harus Iza pun nak.
Hehehehe.
Tudung berkotak2 kot nak pindah ni.
Tu katanya xde tudung nak pakai?
Harus bising my yayang.

Sekian sahaja entry untuk
setakat ini.
Nak sambung projek tagging-tagging ni.
Kepada yang minat menyusun atur
selamat menyusun atur.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails