click this to be awesome person

Friday, 28 March 2014

Pindah Rumah - Tips Tagging Perabot

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Secara rasminya kami telah berpindah
pada 26/03/14 (Rabu)
dari rumah bertingkat-tingkat iaitu 
kuarters kerajaan yang banyak
berjasa dari zaman baru kawen sehingga
lah baru dapat baby ni hah.
Syukur alhamdulillah
Allah beri pinjam merasai
ada rumah sendiri.
Okey, jom kita layan gambar.
Honestly sgt berpuas hati
dengan servis yang diberikan 
oleh brother2 Sabahan ni.
Cepat, peramah, yang penting 
sgt prihatin sampai habuk
kat atas almari pun diorang tolong
sapukan. Siap mintak penyapu 
dan bulu ayam. Hehehe.
Segan Iza, sebabnya x sempat nak
menyapu habuk tu semua.
Nak cepat sgt. Alasan bernas.



Idea tagging datang masa sedang
rancak mengemas baju Darwisy.
Tagging beg die,
tagging bakul baju die,
tagging kotak pampers die.
Pastu terus rasa nak buat tagging
untuk tampal kat rumah baru
supaya mudah orang nak angkut
dan letak barang kt tempat yang kte
dah tagging tu.
Tak yah nak kelam kabut.
Sebelum tu dah pesan kat semua
pekerja yang angkut barang tu.
Syukur diorang akur dan faham.


Kami decide sewa lori 3 tan dengan 3 orang pekerja 
termasuk pemandu lori sekali.
Total semuanya RM350 satu trip.
Alhamdulillah barang besar semua muat.
Yang x muat brg2 kecik dan angkut je 
pakai kereta sendiri nnt.
Biarlah kotor sket, 
janji puas hati sebab brg sendiri.
Hehehehe.


Abang2 ni janji sampai kul 10.30 pg kat
rumah kuarters, ale2 kul 10.00 pg dah terpacul
kat pintu rumah.
Siap kemas angkut barang dalam kul 11.30 pg.
Gerak terus g umah baru,
loading barang semua siap kul 1.30 ptg.
Sangat cepat.
Rasa sekejap je.
So skrg mood deko-deko 
dah ada, cuma lemah part 
barang-barang bersepah dalam rumah.
Memang x mampu nak kemas 
cepat2 sebab pergerakan agak terbatas.
So buat keje ringan2 je dlu
lipat baju, susun dalam almari.
Sebab senang nak cari bila 
baju semua dah tersusun.
Kalau x dok menggagau dalam kotak la,
luggage la, bakul la.
Hehehe.
Pindah memang penat,
tapi bila dah dapat duduk rumah bawah,
parking kete depan rumah semua
hilang rasa penat.
Paling x sabar nak tunggu 
Muhammad Darwisy besar, 
pandai jalan main kat porch rumah.
Berangan lebih ibu ni. Hiks.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. Salam puan, boleh share no lori pindah rumah ni? Tq very much!

    ReplyDelete
  2. > Luvabelle Admin

    Wassalam, 019 619 1373 (Wan)
    welcome

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails