click this to be awesome person

Friday, 28 March 2014

Pindah Rumah - Tips "Packing + Wrapping"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekejapa je dah nak sampai ke
penghujung bulan Mac kan?
Eh maknanya dah makin
bertambah usia dak Iza ni.
Hehehehe.
Alhamdulillah Allah kurniakan usia
dan merasai nikmat sehingga usia 28 tahun 
(kalau masih panjang umur esok 
genaplah usia 28 tahun).

Okey, beberapa hari ni
kami sekeluarga sangat sibuk.
Sebab packing + wrapping barang
rumah. Maklumlah nak pindah asyik 
bertangguh-tangguh aje.
Maka kami suami isteri nekad
pindah dalam bulan ni juga.
Dan kami dah pun pindah beberapa
hari yang lepas.
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan
kami sekeluarga.

Nak share beberapa tips 
yang Iza dan suami guna pakai masa packing + wrapping barang rumah.
Terutama sekali tang buka atau uninstall perabot
seperti bingkai katil, meja makan dan lain-lain lagi.


Memandangkan masa tengah packing + wrapping
barang memang rumah secara automatik
dan secara sepantas kilat menjadi huru hara
seperti kapal pecah.
Iza hanya mampu membantu apa yg patut,
kerja berat serahkan pada my yayang.
So bila my yayang dah bukak skru pada meja
ke, almari ke, rak ke Iza
akan masukkan dalam plastik
macam gambar kat atas ni.
Boleh beli plastik ni kat Daiso ye.
Selepas masukkan dalam tu
kita label kan sebagai skru rak ke,
skru meja ke ikut perabot yang
kite bukak tu.
Then tepek je kat perabot yang kita wrap
tu supaya x hilang dan nak pasang balik
mudah nak cari ye.


Wrapping ni amat berguna waktu 
pindah rumah.
Boleh beli di kedai hardware.
RM20 segulung.
Banyak jugak boleh wrap.
So setakat yang kiteorang dah guna
adalah tiga gulung.
Gila banyak barang rumah.
Duduk 5 tahu kuarters dah macam duduk
berbelas tahun.
Mula lah menyesal membeli macam2.
Masa beli x hengat dunia.


Contoh yang dah siap wrap + pack
macam gambar di atas.
Wrap sekali skru dalam tu.
Kebarangkalian nak tercicir atau 
hilang amat lah tipis.
Hehehehe.


Yang ni pulak skru meja makan.
Punya lah berat kayu meja makan ni.
Gila la.
Nasib tubuh badan my yayang besar.
Hehehe.
Ada hikmah dapat suami bertubuh
ala-ala sasa. Wakakaka.


Sebahagian perabot rumah yang 
telah kami wrap.
Kenapa beriya nak wrap?
Kenapa x hire mover terus?
Kalau hire mover tak yah la susah payah nak wrap bagai.
Semua mover yang buat kan.
Masalahnya Iza jenis suka kemas barang sendiri
sebab nnt nak pakai or nak cari senang.
Kalau mover yang buat semua
harus meraba-raba cari barang sendiri tak jumpa.
Lagi pun a bit cost kat situ.
Baik kita sewa lori dengan pekerja 
yang tlg angkat barang naik atas lori
dan turun lori.


Berjaya jugak my yayang bukak
bingkai katil ni.
Ketat jugak installer dlu pasang,
sebab diorang kan ada alat khas 
untuk tebuk skru ke dalam perabot.
My yayang pakai manual je guna
pemutar skru dan spanar hidup.



Ada yang kata, banyak sgt barang rumah korang ni
duduk kuarters tapi barang macam duduk rumah teres.
Hahahaha. Haruslah banyak sebab 
Iza kan pembeli yang bijak.
Banyak barang kecik-kecik la.
Ni dah da baby ni lagi lah menambah
barang baby.
Nak beli baby coat la.
Apa la. Harus tahan nafsu.


Untuk langkah penjimatan,
Iza dan my yayang setuju untuk 
gunapakai semula sofa dari 
rumah kuarters ni.
Sebabnya masih elok lagi.
Dan amat membazir kalau buang 
begitu sahaja.
Kalau buang confirm cleaner kat bawah rumah
yang amek dulu.
Hahahaha.
Sedangkan barang lain let go pun
dah clear awal-awal.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails