click this to be awesome person

Tuesday, 4 March 2014

MDA Anugerah Terindah Dari Allah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah
kerana kurniakan anugerah terindah
yang selama ini dinantikan.

Lahir pada 17 Februari 2014
bersamaan hari Isnin ke dunia 
sementara untuk menjengah keindahannya.

Doa ibu dan abah buat permata hati
Muhammad Darwisy Affendi (MDA)
moga tidak terbuai indah dan lena
dengan nikmat dunia.
Moga jadi anak yang soleh
dan sentiasa beramal bakti
serta menyumbang kepada ummat Islam.

Cita-cita ibu dan abah sgt besar untuk mu sayang.
Ibu amat bersyukur diberi ruang, masa dan
umur merasai kehadiran kamu yang
sememangnya telah lama ibu, abah dan
seluruh keluarga menanti mu.


Pilihan nama mu ibu dan abah
gabungkan dengan dimulai nama
penghulu segala Nabi iaitu
Muhammad - yang amat terpuji
moga akhlak mu sedemikian rupa
walau tidak banyak, sedikit cukup 
buat ibu dan abah bersyukur sayang.
Darwisy - yang warak juga
impian ibu dan abah supaya
kamu membesar di dalam
suasana Islam sepenuhnya.

Ibu dan abah akan berusaha
untuk membesarkan dan mendidik
permata hati ibu dan abah dengan
sesempurna yang mungkin

Wallahu'alam.
Terima kasih juga kepada ahli keluarga,
sahabat dunia akhirat 
dan yang lain-lain 
tak putus-putus memberi sokongan 
yang padu serta kata-kata semangat
selama ini.

Budi dan jasa kalian
amat Iza hargai,
semoga Allah ganjarkan
keikhlasan kalian dengan pahala 
yang melimpah ruah hendaknya
atas doa-doa
dan ucapan-ucapan selama ini.

**Bermulalah episod seorang ibu dan abah
kepada Muhammad Darwisy Affendi**

Rabbi yassir wala tuassir

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails