click this to be awesome person

Wednesday, 19 March 2014

DIY Kotak Susun Atur Diapers MDA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kisah semalam yang begitu semangat
sebab gara-gara blow-walking
terus rasa berkobar-kobar nak buat.
Hihi. Actually Iza memang suka
buat menda-menda DIY ni dari zaman sekolah lagi.
Siap zaman sekolah buat gelang manik la,
cincin manik la, beg kertas guna 
kertas pembalut hadiah la 
macam-macam lagi la.
Pastu jual kat sekolah.
Hehehe, dapatlah
duit belanja masa tu.


Nak dijadikan cerita semalam
kotak dakwat pencetak kat opis 
tu ambil siap-siap.
Masa free terus je transform
kepada bekas letak diapers baby.
So korang lepas ni kalau ada kotak
apa-apa kat opis korang
dari dibuang dan dipandang sepi
baiklah korang kutip bawak balik
Pastu transform kan mengikut 
kreativiti dan tahap kerajinan korang ye.


Selepas membalut dengan penuh gigih
dan tekun maka terhasil lah
kotak yang dipandang sepi tadi
sedemikian rupa di atas.
Actually Iza memang ada terfikir
nak beli bekas khas untuk letak
pampers baby ni.
Sebab ada terperasan kat Daiso
dulu bekas-bekas serbaguna ni.


Then lepas dah selesai membalut 
kotak yang dipandang sepi sebelum tu,
terus guna tack seal yang dibeli di Daiso 
gak suatu ketika dahulu.
Tulis dan label siap-siap
"Drypers Darwisy",
walhal nak tulis Diapers
tertulis lain lak.
Lantaklah asal faham.


Selesai menulis kita lekatkan aje 
pada kotak tersebut yang telah
berubah rupa dan wajah.
Hehehehe.
Tak sabarnya nak outing cari
barang-barang untuk decorate rumah
especially bilik Darwisy.
Sabar ye Darwisy,
Ibu lagi tak sabar nak bawak kamu
jalan-jalan keluar.
Huhuhu.


Tadaaaaaaaaaaa!
Maka ini lah hasilnya
daripada takde buat apa kat rumah.
Marilah kita mengisi masa lapang.
Hehehehe.
Terus rasa mcm tersusun rapi
and well-organized.
Pasni masuk opis
nak kumpul kotak banyak-banyak.
Hehehehehe.
Selamat mencuba semua.
Murah, menjimatkan dan amat puas hati
kerana hasil tangan sendiri.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails