click this to be awesome person

Friday, 14 February 2014

Keep Calm and Finally Graduated (Alhamdulillah)




Assalamualaikum,

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana berkat 4 tahun pengajian saya di UiTM Shah Alam akhirnya sampai ke penghujungnya. Walau keputusan akhir semester ini tidak seCEMERLANG semester lalu tetapi kesyukuran dan kegembiraan paling dirasai.

Terima kasih tidak terhingga kepada suami tersayang FeNdi Chor, arwah ayah, mak, arwah abah, mak mertua, adik beradik, ahli keluarga, sahabat handai, pensyarah dan semua insan yang menjadi tulang belakang juga menyokong penuh perjalanan pengajian saya tidak kira dari segi wang ringgit, tenaga, masa, kata-kata semangat dan yang paling penting DOA buat saya. Walau banyak dugaan dan cabaran yang datang, kala tersungkur di tengah jalan tetap juga Allah pinjamkan kekuatan untuk bangkit kembali meneruskan perjalanan saya ini. Dalam tempoh 4 tahun juga saya kehilangan ayah dan abah mertua, itu semua buat saya jadi kuat dan tabah. Hanya Allah yang lebih mengetahuinya.

Tiba masanya saya menanti hari graduasi / konvokesyen dan menyarung jubah serta topi kejayaan yang Allah pinjamkan pada saya untuk merasainya semasa hidup ini.

Last word, untuk berjaya bukan semudah yang kita nampak setiap kisah ada turun naik dan dugaannya. Apa yang penting, selagi belum selesai berjuanglah walau pun pahit.

Terima kasih Allah untuk nikmat bahagia ini.
(copy paste status FB pagi tadi)

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails