click this to be awesome person

Tuesday, 18 February 2014

DSQ - DIY Mengecat / Stripes Wall Paint

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sesi mengecat memang paling mengujakan
Iza dan suami. Walau pun masing2
selalu bertelagah pendapat
tentang warna yang bakal
dicat di dinding tetapi akhirnya
kedua pihak mencapai persetujuan seperti di dalam gambar.
Jom la layan gambar.
Dah x larat nak taip.
Kepala dah berat dan badan pun 
dah tak larat.
Rasa nak melepek je ni hah.


Ruang pemisah antara dapur dan hall
kami cat warna hijau epal.
Memang dari dulu suka hijau epal
sebab nampak segar dan 
membangkitkan semangat.


Ruang menonton TV dan ruang keluarga
ni kami pilih warna lembut
sebab sesuai lah masa menonton
TV mata tertumpu satu sudut kan
so main warna pastel n lembut aje.
Ruang menonton Iza dan suami
pisahkan dari ruang tamu utama.
Lebih privacy.


Pandangan dari ruang tamu 
utama dari arah pintu masuk.


Dapur pun kami cat warna hijau
sebab lebih mengujakan dan memberi 
selera makan.
Dan moga2 menaikkan semangat
Iza untuk rajin memasak.
Hehehehehe. 
Kite guna psikologi lah sket.


Ni main hall kami
pilih untuk buat belang-belang 
a.k.a stripes wall paint.


Buat mcm ni kena lah banyak sabar.
Kena betul2 teliti dgn masking tape.
Kena main garis2 guna pensel dan 
pembaris bagai.


Lepas tu kita cat la ikut warna 
yang padan by lapisan dan garisan
yang dah buat awal2 tu.


My yayang sedang gigih
touch-up bahagian yang comot.


Hampir siap.
Cuma perlu balas cat 2/3 lapis lagi.
Baru warna nampak cantik dan
kemas.


Cat dah kering kita tarik 
je masking tape tu pelan2 ye.
Sebab kalau tarik laju2
nanti cat nya terkeluar 
dan  jadi comot.


Akhirnya siap jua.
Penat dan sakit2 badan jadinya.
Alhamdulillah dapat jugak cat
macam ni.
Salah satu impian terlaksana.
Thanx so much buat En. Suami.


Pandangan dari TV hall.
Segar dan rasa mcm nak gigit je dinding tu.
Dah boleh gantung 
cermin besar yang beli kat Nilai 3 nnt.


Kami ambil inspirasi cat tadi dari
gambar ni. Puas google,
yang ini gak jadi idaman hati.


Terselit gambar pindah barang
sikit2.
Adeh. Penat packing barang n angkut bagai.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails