click this to be awesome person

Tuesday, 18 February 2014

DSQ - DIY Memasang Kelengkapan Langsir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru-baru ni Iza asyik demam aje.
Dugaan betul.
Demam pulak boleh on-off.
Geram pun ada.
Tapi bila fikir, sakit tu kan dari Allah
redha aje. 
Dan sakit itu kafarah
(penghapus doa-dosa kecil).
Mudah-mudahan dosa kecil Iza
ada yang Allah ampunkan. Amin.

Okey, dari awal tahun hari tu
memang dah sibuk dengan urusan 
pindah-randah rumah DSQ ni.
Walau pun asyik kata nak pindah
tapi x jugak pindah2.
Dah kenapa?
Dah masing2 sibuk dengan 
pelbagai komitmen tu jelah 
jawapan basi.

Sebelum pindah-randah ni
marilah kita melengkapkan apa yang
masih belum lengkap seperti memasang
langsir. Kang brg dah siap pindah,
langsir tak pasang harus nampak 
segala isi rumah dari luar.
Memang mengundang perkara yang
tidak elok.


Kebanyakan barang2 ni Iza cari
sendiri kat hardware.
Banyak bertanya dan rujuk
google la.
So beli end cap, rail,
bracket, roller dan siap
beli screw driver kemetot tu lagi.
Cara memasang nya amatlah mudah.
Kalau x tahu boleh tanya
tauke kat kedai hardware tu.
Iza sbb pernah tlg arwah ayah
pasang kat umah kuarters dlu so
masih ingat lagi caranya.
So tinggal praktikkan aje.

Hrga rail tu 1 kaki RM2.50
End cap 1 RM0.70
Bracket (single) 1 RM1.50
Bracket (double) 1 RM2.50
Roller 1 RM0.15

Habis gak lah beratus beli menda ni sahaja.
Cadang nak beli yang jenis kayu tu.
Tp fikir balik mcm penuh sgt hiasa rumah.
Xnak crowded sgt.
So pilih yang biasa aje dulu.


Then baru-baru ni pegi Nila 3
dengan mak dan FIL Iza
so ada la survey2 kain langsir.
Akhirnya beli jugak.
Wrna coklat jugak.
Memang x leh lari minat 
dr dulu.
Bezanya ni coklat pekat.
Yang bagusnya kat Nilai 3 ni
pilih je kain then 1 jam siap 
dijahit langsir secara percuma.
So Iza kena hari tu dalam RM600
lah satu rumah.
Kain langsir tu dapat diskaun 
lagi harga sebab puas 
runding ngan tauke die.
Dapatlah RM12 semeter.

So dapat beli langsir tingkap depan
termasuk day-light curtain,
langsir setiap pintu bilik,
langsir tingkap bilik utama,
langsir tingkap bilik belakang
dan langsir pemisah tembok
antara hall dan dapur.

Skrg tgh gila mengecat dinding 
pulak dah.
Seronok main cat ni.
Nanti Iza update lagi.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails