click this to be awesome person

Thursday, 17 October 2013

Syukur, 4th Anniversary

Assalamualaikum.

Syukur ke hadrat illahi,
kerana hari ni 17/10/13
genap 4 tahun usia pernikahan kami.

Sepanjang 4 tahun bersama
memang terlalu banyak kenangan
suka dan duka seperti pasangan lain.
Sepanjang 4 tahun itu jugalah kami
kehilangan dua insan tersayang
yang amat bermakna di dalam kehidupan
kami sepanjang bergelar seorang anak.

Perginya arwah ayah Iza pada
24.06.2012 dan pada 17.08.2013 pula 
perginya arwah abah mertua yang mana
hari ni genap 2 bulan pemergiannya.
Moga Allah mencucuri rahmat 
ke atas roh arwah ayah
almarhum Kamarun Majif bin Abu Bakar
dan arwah abah almarhum Mohamad bin Bakar.

Pabila usia perkahwinan 
menjengah ke angka 4 dan seterunya,
pasti banyak persoalan dan pertanyaan
yang akan keluar dr mulut kaum keluarga,
sahabat handai dan juga kenalan semua.

Iya, persoalannya bila lagi nak bertiga?
Mcm mana, dah berisi?
Lamanya "honeymoon"?

Bagi Iza dan suami serta keluarga
yang tahu situasi sebenar smmgnya
tidak melatah sedikit pun
kerana kami tahu kemampuan kami
dan kami sedar rezeki Allah bukan
hanya pada anak semata-mata.

Untuk apa Iza ceritakan kisah
rumahtangga pd org luar secara umum?
Cukup Iza katakan Allah itu maha
pemurah lagi maha penyayang.
Sekurang-kurangnya Iza dapat merasa
"semua" itu walau tidak lama
dan lewat mengetahui tentangnya.

Iza yakin rezeki Allah itu
tetap akan ada.
Cuma kita sebagai hambaNya 
jgn pernah menghukum aturan Allah.
Janjinya adalah pasti tapi
apakah usaha, doa, tawakal 
dan kesabaran kita setanding dgn rezeki
dan rahmat yang bakal Dia kurniakan?
Tepuk dada tanya iman.


Buat suami tercinta,
sesungguhnya diri ini amat bangga
dengan dirimu.
Hanya diriku tahu 
akan kehebatan dirimu.
Usah risau apa kata orang ye syg.
Kita kan ada Allah.

Semoga rumahtangga yang kita
bina bersama ini akan terus kekal
hingga syurga illahi.
Amin ya rabb.

Lafaz Sakinah - Far East

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda


Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Terima kasih Allah atas 
kurniaanMu kepada hambaMu ini.
Terima kasih atas kurniaan
suami yang hebat,
keluarga mertua yang baik
dan hubungan kedua-dua 
keluarga yang selalu mesra 
dan bersilaturrahim atas namaMu 
yang satu. 
Sesungguhnya hambaMu ini
amat bersyukur atas kurniaan
kasih sayangMu yang amat melimpah ruah.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails