click this to be awesome person

Monday, 2 September 2013

Hanger Shawl's

Salam Alaik.

Semalam (Ahad),
pergi terjah Nilai 3
sebab nak menunaikan
hajat mencari hanger 
shawl. Sebabnya
dah x mampu nak lipat shawl
yang ada.
Kalau lipat dan susun dalam
almari pun
x mampu bertahan lama
sebabnya cepat runtuh.

Asalnya my yayang
malas nak pegi 
tapi selepas dipujuk dan dirayu
terpaksa akur dengan permintaan
isterinya ini.
Sampai Nilai 3 agak lewat
sebabnya jammed kat highway.
Suh my yayang ikut jalan
dalam xnak. X tahu le kenapa.
End up menghadap jammed.
Rasakan....

Sampai je Nilai 3,
hujan agak renyai jugak.
Agak membataskan aktiviti
membeli lah jugak.
Cadang nak jugak beli karpet
untuk rumah DSQ.
Apa kan daya, 
my yayang malas nak layan
sebab alasannya esok2
nak pindah banyak barang.
Logik dan boleh diterima lah 
alasan beliau itu.



Hasilnya dapat memberli hanger 
seperti di atas.
RM6 untuk satu ikat.
Dalam satu ikat tu ada 10 unit.
So Iza beli 5 ikat.
Total semua ada 50 hanger.
Boleh klik link di bawah ni
jika sesiapa yang teringin nak beli
atau beli barang lain untuk 
display especially untuk 
mereka yang hendak memulakan 
perniagaan.


Hasilnya begini rupa.
Dah macam kedai jual shawl
pun ada.
Tapi tak sume shawl dapat 
digantung sebegini rupa.
Sebabnya rantai untuk
menggantung tu tidak mencukupi.
Rugi x beli banyak.
Haishh.
Nak beli rail (batang penyangkut) 
tu pun my yayang x bagi.
Sabar lah wahai hati.


Mcm mana lah ni,
baju Iza je dah 2 almari.
Kena beli gak almari
yang sliding tinggi sampai ke
siling tu.
X pun buat almari yang 
terus melekat kat dinding.
Ni belum baju my yayang.
Sakit mata nengok.
Dah kemas, susun elok2
tapi dalam masa sebulan 
keadaan bertukar sedemikian rupa.
Biasalah, dah hari2
dok tarik shawl untuk
match kan ngan baju.
Mana lah tak berterabur kan.
Hish.Hish.Hish.


Kasi close-up sket.
Baru shawl, belum tudung
jenis lain lagi.
My yayang dah bising sebab 
asyik beli tudung aje.
Yang sedia ada pun x terpakai
ini kan nak menambah koleksi.
Nampaknya kena buat 
amal jariah, sedekah pada
yang memerlukan.
Tapi kena tapis dlu la
setiap shawl n tudung.


Sampai tak boleh tutup
rapat lah pintu almari ni hah.
Dah ternganga.
Ada yang ajak suami
g IKEA jugak ni.
Hihihi.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails