click this to be awesome person

Tuesday, 27 August 2013

Kisah Hati - "Kosong"

Salam Alaik.

Seminggu dua ni balik rumah
rasa "kosong" aje.
Mcm xde seri.
Uhuk.Uhuk.
Sebab my yayang stay kat
kampung lama sket nak 
settle urusan keluarga die.

Selalu kalau balik rumah
mesti ada je barang dalam rumah
beralih.
Maknanya kalau Iza kemas
rumah malam or weekend
esok pagi or balik keje
mesti ada je benda
yang xsedap mata memandang.

Sebabnya my yayang ni 
suka mengalih barang.
Boleh dikategorikan sebagai
suka buat sepah.
Huhu.
Bukan sepah mcm mana,
kadang tu amek barang 
pastu x letak tempat asal balik.
 Tempat fav. yg menjadi persinggahan
adalah atas meja makan.
So mula la berlaku adegan
perang-mulut ngan Iza.
Hehe.

Iza kan jenis xsuke sepah2.
Pastu kang jap g mula touching2
sendiri. Hahaha.
Ni bile my yayang xde
rasa rindu lak.
Rindu nak "gaduh" ngan die.
Uwaaa...



Sunyi je balik rumah skrg.
Esok2 kalau dah pindah rumah baru
lagi la sunyi kot.
Sebabnya rumah yang x brp nak luas
ni pun dah rasa sunyi.
Ni kan rumah baru esok.
Kena sesuaikan diri lah nampaknya.
Tapi xpe,
rumah baru boleh aktif berbisnes.
Hiks!


Asalnya rak tu nak letak koleksi
buku sahaja.
Tapi tengoklah apa dah jadi.
Segala mcm ada kat situ.
Stok barang #shaklee pun letak situ gak.
Cadang nak beli almari kaca
ala2 display untuk letak stok #shaklee.
Insya'Allah. Sedang berusaha lagi.


Memandangkan arwah abah yang
sponsor freezer tu.
So Iza telah merasmikannya.
Baru guna minggu lepas.
Arwah abah pun x sempat nak tengok
freezer ni.
Arwah sempat bagi duit je
dgn harapan biz homemade eskrem 
anak-menantu berjaya hendaknya.
Insya'Allah abah, 
Iza dan abang xkan sia2kan
apa yang abah harapkan.



Bulan 10 ni kiteorang 
bakal menerima cabaran besar
sebab dapat tempahan dari pelanggan
untuk siapkan 400 cups homemade
aiskrim sempena majlis perkahwinannya.
Nak mencipta kelainan.
So kena lah buat persediaan rapi.
Dan di samping tu boleh jugak
promosi kepada orang ramai nanti.
My yayang pun ada plan nak
buat flyers, bunting dan baju.
Tapi disebabkan musibah yang
menimpa, kami tangguhkan dahulu.


Semalam dilanda kebosanan,
so kerajinan tukar cadar + comforter
pun datang.
Actually,
my yayang...
Balik dah malam tadi.
Hiks.
Dari Ipoh ke KL Sentral
naik ETS.
Dari KL Sentral ke ERL Putrajaya.
So Iza amek di ERL shj.
Nasib dekat ngan rumah.
Masa keluar malam tadi pun
pakcik2 yang lepak
di lobi rumah dah pandang lain macam.
Yelah, bayangkan 
wife orang kuar sorang2 
kul 1.00 pagi.
Mestilah org fikir bukan2.
Dah my yayang call pun
tibe2 suh amek.
Macam x caya.
Terus hati berbunga riang.
Terima kasih Allah.

Malam tadi x sempat nak
tanya apa2 pun kat my yayang.
Sebab tahu die penat.
So biar jelah die rest n
tenangkan fikiran.
Nampak lagi wajah sugul.
Mungkin masih rindu pada arwah
abahnya.

Al-fatihah.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails