click this to be awesome person

Wednesday, 21 August 2013

Al-Fatihah Buat Abah Mertuaku - 17.08.2013 Bersamaan 10 Syawal 1434H

Salam Alaik.

Bagaimana nak memulakan kisah
sedih ni pun Iza x tahu.
Berita yang amat mengejutkan
dan menyedihkan buat kami
suami isteri terutama sekali
buat suami tersayang.

Jika tahun lepas 24.06.2012
Iza kehilangan arwah ayah,
tahun ini pula my yayang
kehilangan abah tersayang pada 
17.08.2013 (10 Syawal 1434H)
selang 4 hari selepas ulang
tahun kelahiran my yayang.

Sememangnya berita yang
tak disangka2.
Sungguh tidak kami sangka,
arwah abah yang sihat dan ceria orangnya
pergi menemui Ya Rabb
dalam sekelip mata
tanpa ada tanda2 org
yang akan pergi meninggal buat
selamanya. 
Itu semua rahsia dan
ketentuan Allah yang Maha Esa.

Sabtu lepas 17.08.2013
jam 10 pagi Iza n my yayang
gerak balik ke Gombak sebab
nak beraya dan giliran raya 
sebelah keluarga Iza.

Disebabkan my yayang
sakit mata dan xboleh nak drive 
Iza offer diri untuk drive.
Ajak ke klinik die taknak.
Iza pun senyap je lah
spnjg perjalanan balik Gombak.

Sampai rumah mak Iza
kteorang breakfast dan selesai
breakfast my yayang terima 
panggilan daripada kampung.
Daripada orang yang tidak dikenali.
Mengatakan bahawa abah pengsan dan jatuh.
Selang bbrp minit slps itu
Iza dgr suara seakan tangisan
dari luar rumah.
Risau dengan keadaan tu
Iza jenguk ke luar dan tanya 
pada my yayang kenapa die nangis.

Die balas ckp abah jatuh dan
"dah tak ada".
Iza mcm blur.
Mcm tak percaya.
Macam ingat perkara main2.
Iza mula tak tentu arah,
my yayang pulak dah tergamam
dan terpaku kat garaj kereta.

Iza ambil hp dan call
hp my MIL.
Mulanya x berjawab
cuba kali kedua baru my MIL 
jawab dan Iza tanya keadaan
sebenar.
My MIL sempat ckp

"Iza, pakat adik beradik balik
kampung. Abah dah tak ada"

Kata2 my MIL
tu betul2 memukul hati Iza ni.
Lepas Iza selesai bercakap dengan
MIL, my yayang mcm x percaya.
Iza mintak die banyak bersabar.
Dan cuba terima hakikat
bahawa Allah lebih menyayangi arwah.

Call adik2 ipar Iza,
Ina paling terasa sebab 
Jumaat sebelum tu baru balik
ke Putrajaya dari Ipoh.
Die paling lama dok kampung
sbb cuti banyak.
Katanya arwah abah siap
cuci kan kereta die sblm
die balik ke sini.

Si adik Aida pulak
mcm tiada apa yang terjadi.
Barangkali dalam mood terkejut.
Atau die masih tak percaya.
Mungkin fikiran die masih bercelaru.

Iza dan my yayang gerak
balik ke Batu Kurau, Taiping
lebih kurang jam 12.00 tgh.
Mak Iza n mak ngah Iza
pun follow sebab dah alang2
ada kat situ nak ziarah sekali.

Sepanjang perjalanan pulang ke
kampung my yayang speed sgt laju.
180km/j. Naik seram jugak Iza n
mak Iza. Sampai di Tanjung Malim,
kami terserempak dengan kereta
Ina. Bukan main laju lagi.
Sah yang bawak adik Aida
sbb Ina dah x berdaya nak bawak 
kereta sebab rasa down sgt.

Kemudian kiteorang
konvoi sekali.
Pasang double-signal
dan memang speed 180km/j.
Dalam hati Iza mengucap panjang
dan mcm2 doa Iza baca
moga2 Allah lindungi dan
selamatkan perjalanan kami 
ke Batu Kurau.
Yang dah pergi tetap pergi
kita yang masih hidup perlu
tabah hadapi semuanya.

Selepas exit tol 
Changkat Jering, 
kami dapat call yang jenazah
arwah abah telah dibawa
ke Hospital Taiping
untuk bua bedah siasat.
Iza apa lagi,
telefon sedara mara yang 
ada kat situ untuk 
hentikan sebab my yayang
memang xnak bagi 
buat bedah siasat.
Menyeksa jenazah dan 
memang dilarang di dalam Islam.

Sampai di Jabatan Forensik,
Hospital Taiping terus my yayang
pegi cari my MIL.
Syukur jenazah masih belum
buat bedah siasat sebab 
doktor belum sampai. 


Amat sayu suasana ketika ini.
Paling sedih adik Aida tu tanya
mana abah kat my MIL.
Mungkin masa terima berita sedih
dalam hp die masih tdk percaya.
Bile dah saksikan
jenazah arwah abah terbujur kaku
dalam bilik ni barulah hati
die terasa. Menangis.
Lemah dan longlai.
Allahuakbar.
Dugaan buat keluarga mertua.
Iza dah merasai dan melalui
bagaimana sedih pedih 
pemergian arwah ayah.
Rasa seakan gugur jantung
jika tidak kuat iman 
boleh jadi kurang siuman.
Wallahua'alam.


Selesai urusan di hospital,
jenazah dibawa pulang ke rumah
di Batu Kurau, Taiping.
Kami pun bergegas mengekori
kereta jenazah.
Sampai di perkarangan rumah
kereta dah memenuhi laman rumah.
Jenazah selamat dimandikan dan dikafankan
di rumah kampung.
Jenazah disolatkan di masjid
berdekatan dengan rumah.
Dikebumikan di tanah perkuburan
Changkat Semambu, Batu Kurau, Taiping.
Dekat dengan rumah.

Alhamdulillah,
my yayang sendiri telah menguruskan
urusan mandi, kafan, solat dan pengebumian
arwah abah dengan bantuan
orang kampung serta saudara mara 
yang hadir ziarah.


Sewaktu di tanah perkuburan,
hujan rintik mulai turun seakan
memahami perasaan hiba kaum keluarga.
Selesai memasukkan jenazah 
ke liang lahad,
my yayang duduk sebentar memandang
ke arah kubur arwah abah.
Tergambar perasaan sayu.
Kesal, sedih dan sebagainya.
Apakan daya,
Allah jua yang berkuasa ke atas
hamba-hambaNya.
Kita milik Allah.
Sampai masa dan ketika
pabila Dia memanggil
tiada apa yang dapat menghalang.
Sama ada kita sedia
atau tidak, janji Allah tetap
datang. Wallahu'alam.

Buat arwah abah mertuaku,
walau pun Iza hanya sempat 
menjadi menantu sulung selama
4 tahun tetapi terlalu
banyak jasa dan pengorbananmu
buat anak-anak dan menantu.
Perwatakan arwah abah
saling tak tumpah seperti arwah
ayah Iza.
Sekali pandang dikata pendiam.
Tetapi penuh dengan
gurauan dan kasih syg 
serta sifat pemurah kepada
sesiapa sahaja.
Semoga Allah merahmati roh
arwah abah 
MOHAMAD BIN BAKAR
(12.02.1957 - 17.08.2013)
serta arwah ayah
KAMARUN MAJIF BIN ABU BAKAR
(14.11.1955 - 24.06.2012).

Insya'Allah doa2 anak-anak
dan menantu akan sentiasa
mengiringi arwah abah dan arwah ayah.
Rabbi yassir wala tuassir.


Gambar kenangan bersama arwah
abah dan arwah ayah pada 
majlis resepsi kami 18.10.2009.
Kini menjadi kenangan.

Al-fatihah.

Allah, 
aku mohon padaMu
agar sedarkan aku
bahawa tanggungjawab
dan amanah suamiku
kini lebih berat selepas
pemergian arwah abah.
Kuatkan lah iman 
dan semangat suamiku
di dalam menghadapi semua ini.
Kuatkan lah hati ku
agar terus patuh dengan
ajaranMu agar aku
tidak menjadi isteri
yang menambah dosa kepada
suaminya.
Kerana ku sedar
bahawa,
dosa-dosa adik perempuan 
dan mak nya juga
menjadi tanggungan suamiku
jua. Allahuakbar.
Ampunkan tiap kesilapan
dan kekhilafan ku kerana
menurut nafsu syaitan.
Aku tidak mahu menjadi
penyebab suamiku
diseksa di akhirat kelak
kerana kesilapan
dan kedegilan ku.
Wallahu'alam

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails