click this to be awesome person

Thursday, 1 August 2013

23 Ramadhan - Iftar @ Kiblat Walk, Perbadanan Putrajaya

Salam Alaik.

Kisah semalam ingat nak terus balik rumah
sebab malas nak redah kesesakan
kenderaan dan manusia.
Selalu balik ikut laluan lain
tapi semalam gatal ikut laluan 
masjid putra ni hah.
Pastu teringat bubur lambuk
drive-thru kat depan masjid tu.
Terus pusing satu bulatan
tu sebab nak amek bubur lambuk free.



Masa sampai tu kereta x banyak 
sangat sebab may be awal lagi
baru jam 5.15 ptg kot.
Ramai orang x kuar opis lagi
atau pun tersekat kat basement opis 
masing2. Nasib Iza kuar cepat,
thumb print jam 5.00 tepat
terus lari ke basement sebab
nak elak jammed di basement.


Dah dekat akhir2 Ramadhan baru nak
g amek bubur lambuk ni.
Sebelum ni buat tak reti je 
padahal punya lah dekat JPM tu ngan
masjid ni hah.
Hihi. Cadang nak balik umah terus
tapi my yayang offer buka kat
opis nya makan asam pedas.
Nyum.Nyum.
Memang syiok la ngedate ngan 
my yayang.


Masa sampai opis my yayang tu
awal lagi dalam 5.45 ptg kot.
Pastu ajak my yayang jalan2 kat 
jualan Jom Beli Barang Raya anjuran
KPDNKK. Ala, kat kompleks 
Perbadanan Putrajaya jugak.
So jalan kaki ajelah.
Tapi tahun ni macam kurang skit la
sambutan utk karnival / jualan ni.
Sebabnya tahun2 sebelum ni
buat dalam khemah besar kat sebelah 
MOF tuh.
Ni buat kat PPj memang x brp
nak dapat sambutan kot.
Sebab mcm tersorok dalam
bangunan.
Tengok orang meniaga pun sedih
sebab tak ramai pelanggan.


Ni kisahnya mintak my yayang
snap gambar.
Iza punya la beriya berposing.
Pastu tengok dalam hp
mcm ni gambar yang die amek?
Huishh.. Saje nak nyakat isteri die ye.
Hampeh aje. Menci.


Buat2 merajuk sket
baru la my yayang amek kan betul2.
Hiks!
Siap dapat pujuk belikan
kasut lagi.
Hehehe.
Ala, sekali sekala
belanja isteri kan?
Kan? dapat pahala.


Signage kat karnival / jualan tu.
Banyak kedai n company yang bukak 
booth. Tapi mcm biasa, 
ramai peniaga dari pelanggan.



Lepas jalan2 kat karnival tu
my yayang ajak jalan bazar.
Mcm malas nak ikut sebab x suka
kesesakan kat bazar ngan bau asap bagai.
Tp fikir2 balik,
follow ajelah.
Sian pulak my yayang sorang2
g bazar.
Bukan selalu pun ada bazar kan.
Tahun ni boleh kira dengan jari
berapa kali ke bazar.
Tu pun setakat beli kuih aje
buat alas perut sebelum
makan heavy.


Dan menu kesukaan Iza 
skrg adalah set asam pedas @ Arjuna Village yang
dibuka sempena Festival Ramadhan Putrajaya di
Kiblat Walk, Kompleks Perbadanan Putrajaya.
Lepas ni kalau bulan2 biasa nak 
pekena set asam pedas ni
bole pegi ke kafe KPDNKK.
Sebab Arjuna Village bukak
kafe di sana.
So far harga sgt memuaskan hati pelanggan
macam Iza.
Kuah asam pedas yang pekat
dan memangs sedap.
Berselera makan.
Set ikan RM6.90 - RM9.90
dapat nasi, ulam2, sup, ikan masin.
Boleh buat tambahan lauk lain 
kalau nak. Tapi ni pun dah
memadai. Tak baik membazir.
Cuba kurang2kan pembaziran 
di bulan puasa.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails