click this to be awesome person

Wednesday, 17 July 2013

Resepi Bergedil Special - Menu Berbuka Puasa

Salam Alaik.

Memandangkan weekend lepas
balik Ipoh dek kerana
berbuka puasa bersama 
law family maka
pelbagai masakan dapat
dihasilkan.

Maklumla, my MIL tu
rajin sgt nak2 ditambah dgn
minat + kerajinan menantu
die yg sorang ni terus
speed gear 5. Hiks.
So antara kegemaran
my yayang dan sume ahli
keluarga mertua adalah
"bergedil"

Tapi bukan yang biasa2 
ni luar biasa
a.k.a istimewa.



Bahan A :

5-10 biji kentang 
(ikut pada brp orang nak makan)
 Potong 4/6 bahagian
dan goreng sehingga garing 
dan agak masak
Lenyekkan sehingga hancur,
lebih mudah korang tumbuk
dalam lesung batu 
untuk dapatkan hasil yang lebih cantik.

Bahan B :

Bawang besar - dipotong dadu
Cili merah - dipotong dadu
Daun sup - dimayang halus
Daun bawang - dimayang halus
Kuning telur (sebiji) - Putih telur asingkan
dan jangan buang kerana ada kegunaannya nnt
Satu sudu besar tepung jagung
Sedikit garam

Bahan C :

Isi ayam / Isi ikan - 
ditumbuk di dalam lesung batu
untuk menghancurkan isi tersebut.

Bahan D :

Biskut Cream Creaker (untuk dijadikan serbuk) - 
ditumbuk di dalam lesung batu.
Usah terlalu halus dan usah terlalu
kasar. Sedang2 sahaja.

Cara - Cara :

Campurkan dan adunkan kesemua bahan 
(A+B+C) ke dalam satu bekas.
Adunkan sehingga semuanya sebati.
Jika taknak guna tangan
boleh pakai sarung tangan plastik
bagi menjaga kebajikan
dan supaya bergedil bertahan lama
(elak dari cepat basi).

Bentukkan kepada bulatan
kecil dan leper.
(ikut korang kalau nak buat
bentuk lain)



Setelah membentuk
boleh panaskan kuali dengan
minyak yang sudah panas.

Celup kan kepingan bergedil ke dalam 
putih telur dan kemudian
golekkan ke dalam serbuk biskut 
seperti di atas.
Dan kemudian goreng
sehingga garing.


Hasilnya.
Tadaaaa!!!
Sedap sgt okeh.
Klu korang pandai
buat kuah nya lagi sedap.
Tapi memang selalu makan dengan 
kuah merah ala2 kuah
cucur udang tu.

Then kalau korang nak goreng
tanpa serbuk biskut ni pun xpe.
Cukup celup pada putih telur 
dan goreng.

Cume bile ada sebruk biskut
rasanya lebih mantap dan terangkat.
Ini adalah resepi my MIL.
Silakan kalian mencuba.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails